BAJET KE JEPUN

Lama pikior tau nak share ke idak bajet masa cuti-cuti ke Jepun tahun lepas..berapa bulan duk pikir..eh yea ke fikir k.fiezz..ke Malas..haha..Ada jugak yang bertanya kos cuti-cuti ke Jepun..kak fiezz teragak2 nak beritahu..kang beritahu, takut orang cakap eksen pulak..macam banyak duit..padahal tak tau menabung tu, tau..tapi kak fiezz share juga la sbb sharing is caring...Kalau korang bercadang nak jadikan Jepun salah satu wishlist untuk bercuti, memang kena spare duit sikit..Harga makanan ke apa memang mahal...fuhhh..lap peluh..tapi kita fikir nak bercuti,kan..rilekskan minda, nak tengok negara orang..kita buat-buat tak perasan la angka yang kita keluar tu..Kalau duk sayang duit je..memang tak ada la istilah cuti-cuti...duk je lah kat rumah..

okey, meh kak fiezz kongsi bajet masa cuti-cuti ke Jepun tahun lepas..Bawah nanti k.fiezz kongsi entry Jepun..

Tambang Kapal Terbang (Thai Airways) Pergi - Balik : RM901.90 / seorang
**Transit di Bangkok* [KL-Suvarnabhumi -Narita / Narita-Suvarnabhumi -KL]
Booking terus di website..Mr hubby rajin check & kebetulan masa tu dapat harga murah ni..

Hotel Shirobara Inn Asakusa (7 Malam) : RM3,085.08
**25 Ogos 2017 - 1 September 2017
Booking melalui Agoda


Hotel Narita Tobu (1 Malam) : RM522.47
**1 September 2017** Bermalam di sini sebab dekat dengan airport Narita..Takut terkejar dari Tokyo nak ke Narita..Flight pukul 11pg, 2 September 2017
Booking melalui Agoda

Tiket Tokyo DisneyLand (StarLite) : RM200.00 / seorang

Mount Fuji Tour : RM360 / seorang

Kad PASMO (Tren) - RM400 / seorang
**Pasmo ni macam kad T&G kita untuk naik tren..Kat Jepun ni kita byk turun naik tren, jadi digalakkan beli kad je..senang..Kalau nilai dalam kad ni tak habis, jangan risau..Nanti boleh pulangkan balik kad di mana-mana stesen yang kita turun & dapatkan balance semula**

Total keseluruhan utk atas ni : RM6531.35

Duit perbelanjaan kak fiezz & mr hubby : RM*000.00
Memandangkan kitaorang tak ambil pakej dengan mana-mana agen untuk 8 hari di Jepun, makan semua sendiri..Kecuali trip sehari ke Mount Fuji tu je, kitaorang guna agen...Yang lain semua sendiri, jadi duit perbelanjaan kitaorang bawa lebih sebab sekali untuk kad PASMO + beli barang + makan + cenderahati...Untuk makanan, kitaorang bawa juga makanan segera dari Malaysia selain dari makan kat luar untuk perbelanjaan berhemah konsepnya..Korang boleh rujuk kat SINI...

Entry JEPUN