Macam entry yg sebelum ni,aku ada citer appt.ngan gynae.Masa register kat kaunter, aku dah request nak jumpa Dr.Mukhri (encem jugak Dr.nye..hehe)..Masuk2 je bilik,dia pun dah tau kes aku..jadiknye dia terus cakap proceed ke iui..dia explain apa proses2 iui ni.masa aku & mr hubby jumpa dia,ada sorang student omputih dlm.bilik dia tengah buat praktikal.So Dr Mukhri explain proses iui tu kat kitaorg ckp omputih..Dr Mukhri dah inform awal2 so aku cakap tak pe kalau tak paham,aku tanya..iui ni sperma akan dicucuk terus ke dalam rahim aku..lepas 2 minggu proses ni,kena jumpa Dr untuk check samaada proses ni berjaya atau tidak.tapi part yg tak bestnye,Dr cakap peratus untuk berjaya dari 10 pesakit yg mencuba kaedah ni,hanya 1 @ 2 yg berjaya..tak pe lah,at least kitaorg mencuba..

Sebelum nak cucuk sperm ni,ada le beberapa step aku kena ikut..antaranya masa 2nd day period,makan clomid lepas tu masa day ke baper nnti,aku kena mengulang ke hospital untuk scan size telur..yg paling bagus size telur antara 18-22mm.kalau kata size telur aku tak memberangsangkan dgn clomid ni,kena amik sejenis ubat..ubat ni dari luar negeri & harganya mahal sikit..even aku staff gomen tapi proses iui ni, kitaorg kena bayar sendiri dulu & boleh claim..hopefully,aku tak kena le amik ubat ni..cukup ngan clomid je saiz telur aku dah membesar dengan jayanye..amin..then,kalau saiz telur aku dah cukup besar baru Dr buat iui..okey tue la serba ringkas pasai discussion ngan Dr.Mukhri.aku harap kitaorg antara pasangan yg berjaya dengan kaedah ni..Disebabkan cik P aku dah pun menjengah bulan ni,so kena amik clomid untuk next cycle.. so boleh la kumpul duit nak buat proses ni memandangkan kitaorg kena keluar duit sendiri dulu..

untuk share info,ni berkenaan iui..kredit to Metro IVF


Intrauterine Insemination (IUI) 

 IUI adalah proses inseminasi sperma yang telah diproses ke dalam rahim wanita pada hari ovulasi dijangka akan berlaku. IUI hanya diadaptasikan bagi wanita yang mempunyai rahim yang normal dan tiub fallopian tidak tersumbat. Indikasi bagi IUI termasuk:
1. masalah ovulasi
2. cecair serviks yang tidak memadai
3. endometriosis
4. masalah sperma (oligozoospermia, asthenozoospermia, teratozoospermia)
5. faktor immunologi (antisperm antibodies)
6. ketidaksuburan yang belum dikenalpasti puncanya
7. Pendermaan sperma


 Dalam IUI, wanita tersebut perlu menjalani ransangan ovari. Ini boleh dicapai dengan mengambil pil clomiphene citrate atau suntikan gonadotropin setiap hari. Apabila diameter folikel telah mencecah 18 mm, suntilan hCG akan diberi untuk mematangkan ovulasi sekaligus mematangkan telur. Di Metro IVF, suntikan hCG biasanya diberi pada pukul 12 malam dan prosedur IUI dijalankan 36 jam berikutnya.


Pada hari prosedur IUI dijalankan, pasangan lelaki perlu mengeluarkan semen untuk diproses. Berikut merupakan beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian.
  • mengekang diri dari hubungan seks 3 hari sebelum mengeluarkan sampel
  • memaklumkan sekiranya pernah jatuh sakit atau mengambil sebarang ubat-ubatan dalam tempoh 2 bulan sebelumnya.
  • digalakkan mengeluarkan sperma secara masturbasi
  • mencuci tangan sebelum mengeluarkan sperma
  • elakkan menggunakan pelincir atau sabun
  • elakkan semen dari tertumpah

Embryologist akan memproses semen dengan mengasingkan plasma, sel-sel dan sperma yang telah mati. Proses pemilihan sperma dilakukan dengan mencampurkan media khas dan beberapa siri pengemparan. Larutan akhir yang mengandungi kepekatan sperma aktif yang tinggi akan diinseminasi ke dalam uterus.

 Prosedur IUI tidak memerlukan bius dan ianya hampir sama seperti pap smear. Spekulum digunakan untuk membuka bukaan vagina. Ini memudahkan doktor untuk memasukkan kateter ke dalam serviks. Keseluruhan prosedur hanya mengambil masa 5 minit untuk selesai.
Selepas IUI, pesakit memerlukan sokongan peleutenan seperti tablet vagina atau suntikan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
  • banyakkan rehat dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan. Anda tidak perlu berehat di atas katil sepenuhnya
  • minum air secukupnya
  • elakkan pengambilan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor

Ujian kehamilan akan dilakukan 2 minggu selepas prosedur untuk menentukan status kehamilan.



8 Comments

  1. semoga dipermudahkan segalanya... amin...

    ReplyDelete
  2. Semoga semua berjalan ngan lancar. sy pun nak buat june tp KIV.. so lepas raya nnt. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. salam..

    semoga semuanya berjalan lancar ;)


    jemput joint contest syira :

    http://www.sissyira.com/2012/05/contest-2-kata-kata-indah-sticky-post.html

    ReplyDelete
  4. kak fieza : semoga berhasil usaha akak dan suami..

    ReplyDelete
  5. br th proses dia cmtu...smoga brjaya ye...

    ReplyDelete
  6. Syira : salam,insyallah..harap semuanya berjalan lancar jugak :)

    Sheila : tima kaceh..amin..moga2 berhasil

    Kaisara : tima kaceh jugak..gitu ler prosesnye..nmpk senang je tapi byk step kena ikut.

    ReplyDelete
  7. salam, boleh tanye..brp kos iui tu?

    ReplyDelete