Shopping Barang Keperluan Untuk Cuti-Cuti Keluar Negara

08:30

Okey, sambung story kak fiezz yang entry sebelum ni, kitaorang shopping di IOI Mall beli barang2 keperluan untuk cuti2 minggu ni..Nak tengok tak barang2 kitaorang shopping..eh!!macam ada orang kisah je..tak kira..Nak tunjuk jugak..hehe...Ini la barang2 yang kitaorang beli untuk bekalan makanan, kesihatan & penjagaan diri semasa bercuti nanti...


Stok makanan/minuman..Sebab negara yang kitaorang nak melancong ni, ada makanan HALAL tapi agak mahal & susah nak cari..Jadi stok makanan ni spare..Beras pun ada..haha..Biasalah tekak melayu..Ni cadangnya kak fiezz & mr hubby nak cari periuk nasi kat sana nanti..Kenapa tak bawak dari Malaysia?Elektrik kat sana guna volt rendah..Berbanding kita guna volt tinggi..Jadi kalau bawak periuk nasi kita ke sana, tak tahu la berapa jam baru masak nasi..Tapi mak chek mr hubby bawak periuk nasi..Nanti kita try ujikaji sendiri berapa jam masak nasi..Kalau ambil masa yang lama, mr hubby & kak fiezz cadang cari periuk nasi kat sana..

First Aid Kit..

Just in case..masa cuti2 ni, kena beringat juga..Kadang time tu la sakit perut la, sakit kepala la, tangan terluka la..Jadi kita bawa ni sebagai langkah berjaga2...

Pillow Neck 

Untuk mengelakkan sakit tengkuk di dalam flight..

Lactacyd Feminine Wipes..Make Up cleansing tissue..

Feminine Wipes tu memang dah lama cari..Kak Fiezz dah beberapa kali cari sendiri kalau ke Watson/Guardian tapi tak jumpa..Dalam erti kata lain  tak reti nak cari..Nak tanya pekerja situ, tak ada..Masa ke Watson dalam IOI Mall ni, nasib ada pekerja dia yang layan kitaorang..Kak Fiezz pun tanya dengan pekerja tu..Terus dia tunjuk yang mana sebab kak fiezz confuse samaada Make up Wipes tu boleh guna ke kat bahagian intim kita..Tanya dengan pekerja tu, dia cakap tak boleh sebab kawasan intim kita sensitif..Jadi dia tunjuk tempat Feminine Wipes ni..Oo..ada rupanya..Ingatkan tak ada..Sebab cari sendiri tak pernah jumpa...Ada dua jenis Feminine wipes ni..Kak fiezz ambil brand Lactacyd sebab ada promotion..hehe...Make up cleansing tissue tu promotion kat Elianto..RM9.90 (5 packet + 1 packet) yang ada 10pcs setiap peket..Yg lagi 2 depan tu, kak fiezz & mr hubby redeem guna MyDigi Rewards..Dapat harga RM0.99 setiap peket..Ada 30 pcs / 1 peket..

Elastic Ankle Support

Ni mr hubby punya..Untuk mengelakkan sakit kaki..Maklum la confirm banyak berjalan nanti..

Kasut

Yang ni dah shopping awal haritu..Brand Mydin saja..Tak kisah la,kan..Janji murah & selesa..Dah berapa kali gak kitaorang beli kasut kat Mydin..Tahan & harga berpatutan.Yang kasut merah tu kak fiezz punya..Mr hubby yang 2 pasang tu..satu jenis getah/plastik..Memang dah lama cari kasut jenis tu..Sebab tahan kalau kena air..Kasut kak fiezz tu cadangnya tak nak beli pun..Tapi masa mr hubby duk try kasut dia..Kak fiezz try kasut merah tu..Kebetulan mmg tinggal satu je..ngam2 pulak size sebab kasut ni jenis cutting kecik..Masa tu wasap adik ipar kak fiezz, tanya over tak kalau pakai kasut tu masa melancong nanti..tapi dia lambat jawab..kak fiezz beli je la..Elok dah otw balik rumah baru adik ipar kak fiezz reply..Dia cakap tak over tapi pastikan selesa..Nampak kasut tu tapak dia nipis jadi kemungkinan sakit kaki..Adehhh..Dah beliii..Mr hubby bagi cadangan beli lapik tapak kaki untuk letak dalam kasut tu supaya kaki tak sakit..Nasib jumpa semalam kat Daiso..okey, yang ni next entry..Motip sangat sambung2..haha..Kisahnya nak auto publish entry sepanjang kak fiezz cuti2 ni...

You Might Also Like

4 Comment

  1. happy holiday kak :) rabia pun nk pergi bercuti jugak..nnti rabia update dalam blog k

    ReplyDelete
  2. seronoknya nak bercuti.. bagus buat list gini boleh check sama ada keperluan dah cukup atau x. ubat2 mmg perlu la

    ReplyDelete
  3. wow preparation semua dah siap, happy holiday akak sekeluarga :D

    ReplyDelete