Total Pageviews

Cara Memasak Nasi Dengan Microwave Semasa Cuti-Cuti Ke Jepun

09:00

Masak Masa Travel

Ingat tak entry kak fiezz yang ni >> Japan Trip 2017 Hotel Shirobara Inn Asakusa , kak fiezz ada cerita pasal bergunanya microwave bila bercuti & kebetulan bilik yg k.fiezz booked di hotel ni ada microwave..Faham la cuti keluar negara macam ke Jepun ni..Perut melayu ni, cuti tu cuti juga tapi nasi wajib untuk mengisi perut..Kalau tak ada microwave ni, mencabar juga la weii nak masak nasi kat celah mana..

Kat entry ni kak fiezz nak ajar korang, cara memasak nasi dengan microwave..Kak fiezz pun masa mula-mula tak tahu boleh masak nasi guna microwave ni..Masa cuti-cuti ni memang la bawa beras bagai tapi tak tau nak masak guna apa..Siap cadang dengan mr hubby nak beli periuk nasi kat jepun la..haha..Nasib baik adik ipar kak fiezz cari kat you tube cara masak nasi dengan microwave..legaaa..setel 

CARA MEMASAK NASI DENGAN MICROWAVE


Tadaaa..Nasi yang dimasak dengan microwave..alhamdulillah..menjadi..kenyang perut..habis la beras 2 kilo yang bawa masa bercuti ke Jepun ni..



Ni la menu sarapan pagi kak fiezz & mr hubby masa cuti-cuti ke Jepun..Selalu breakfast, apa yang ada..Kadang makan dengan sambal goreng che nor tu je..Masa kak fiezz snap ni, kebetulan ada ayam yang kitaorang tapau kat kedai kebab masa sesi meronda kat Tokyo..Esok pagi panaskan, makan dengan nasi..hah!!pagi-pagi makan berat..ghasak la..janji perut kenyang..hehe..Maklum la travel sendiri tanpa guna agen..Kena pandai-pandai la part makan..


Okey, bahan utama yang diperlukan untuk masak nasi dengan microwave..wajib la ada microwave,kan..

Langkah Pertama - Masukkan beras dalam bekas yang boleh digunakan untuk microwave.  **kak fiezz guna bekas seperti di gambar yang pertama..Suka hati la nak sukatan banyak mana.. 

Langkah kedua - Basuh beras & letak air ikut sukatan beras..(Ni korang agak-agak je la..sama macam masak nasi guna periuk nasi)

Langkah ketiga - Masukkan dalam microwave & ambil suhu yang paling tinggi..Letak masa memasak dalam 10 minit..

Langkah keempat - Boleh tambah masa sekiranya nasi belum cukup masak..Sebab ni ikut pada jenis beras.. **macam k.fiezz haritu, masak guna beras wangi, dalam 15 minit..**

Langkah kelima - Siap..

Makanan Mudah Untuk Dimasak

Sikit tips ketika bercuti, kalau nak jimatkan sikit part makanan terutama yang travel sendiri tanpa gunakan agen..korang boleh bawa makanan mudah untuk dimasak yang banyak ada di pasaran seperti makanan yg dah siap dalam peket (rendang/kari)  cuma panaskan je atau maggie yang boleh masak dengan microwave je..

Ni antara contoh makanan yang kak fiezz bawa semasa bercuti keluar negara, korang boleh rujuk kat sini >> Shopping barang keperluan untuk cuti-cuti keluar negara

So korang kalau nak memasak semasa travel, pastikan ada microwave di hotel korang booked tu...

Ooo..lagi satu tips part makan - jangan lupa biskut atau makanan ringan untuk kudap-kudap..Macam mak saudara mr hubby, bawa kurma/kismis & siap peketkan dlm plastik kecil..Yang ni untuk lapik perut sementara cari tempat makan sbb pengalaman kitaorang sendiri yang bercuti tanpa guna travel agent..

You Might Also Like

9 Comment

  1. wahhh.. baru tahu nasi boleh masak guna microwave..

    ReplyDelete
  2. wah bagus juga idea ni, tak terfikir pulak boleh masak nasi dalam microwave..nnt nak try la, masak nasi utk 2 org je kat rumah kadang membazir pakai periuk nasi biasa tu, kerak
    je lebih....

    ReplyDelete
  3. boleh simpan siap-siap tips nie.. mane tahu next travel pergi oversea pulak..

    ReplyDelete
  4. Ehhh first time dengar orang masak nasi guna microware. Nasi pun masak elok je. Boleh cuba ni

    ReplyDelete
  5. tq share FS ... mrs pip suka jer guna microwave, tp tak pernah lagi try masak nasi kat microwave ni, selalu panaskan lauk saja ...

    ReplyDelete
  6. Umi rabia siap beli mugen lagi nak masak nasi.aduh..microwave ada je kt rumah ni.tp jrg guna

    ReplyDelete
  7. kalau ke luar negara tpt susah mkn. wajib masak,kan kak !

    ReplyDelete
  8. Assalam.. tumpang tanya..

    Masa Cik bawa beras ke Jepun hari tu, nak kena declare ke sebelum sampai ke airport sana? Kastam diaorang ada check ke beras tu?

    Maaf bertanya, ingat nak bawa beras juga ke sana bulan 2 ni..

    T. Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..x de declare apa2 pun sbb beras buh dlm luggage..bkn dlm beg hand carry yg kita bwk naik dlm flight.Masa sampai sana, alhamdulillah tak sangkut pun kastam sana...Beras tak payah declare..

      Delete