JAPAN TRIP 2017 : HOTEL SHIROBARA INN ASAKUSA

13:35

Sapa2 tertunggu entry kak fiezz ke Jepun ni..Angkat tangan sikit?Perempuan perasan..Tak kisah la ada yang tertunggu2 ke tidak..meh kak fiezz nak share cerita cuti2 ke Jepun kak fiezz dan family mertua baru2 ni..Kak fiezz mula dengan tempat penginapan dulu la..Mesti ramai yang tak sabar..ceh..perasan lagi..haha..Tak pe kalau tak ada yang kisah pun, kak fiezz nak share jugak tempat penginapan kak fiezz masa cuti2 di Jepun ni..Bukan senang nak cuti2 sampai ke oversea ni..Kak fiezz pun tak sangka dah jejak kaki ke Jepun..Selalu tengok je rancangan Jejak Jepun Jihan..Sekali tiba2 eh kak fiezz dah sampai ke sini..Kembang kempis hidung..haha..Hotel yang jadi penginapan kak fiezz dan mr hubby serta 2 lagi keluarga sepanjang kitaorang di Jepun ni Hotel Shirobara Inn Asakusa..Lagi 2 keluarga duduk homestay di kawasan yang sama dengan hotel kitaorang..Cuma jarak sikit..Kawasan ni pekan yang tak berapa sibuk..

Hotel Shirobara Inn ni mr hubby inform 2 bintang je..pada kak fiezz tak kisah berapa bintang janji best..kadang hotel bintang tak berapa nak banyak ni pun bagus.jadi jangan pandang rendah tau..Di Shirobara Inn ni, kak fiezz dan mr hubby ambil bilik type special room..Hotel ni berdekatan dengan stesen LRT..Yang paling dekat stesen LRT Asakusa (Tsukaba Line)..Satu lagi stesen Tawaramachi (ginza line)..Tapi yang ni jauh sikit dari hotel..Jarak jalan kaki dalam 5-10 minit dari Hotel Shirobara Inn Asakusa ni..Berdekatan dengan hotel ni, ada banyak deretan kedai-kedai..Antaranya kedai kebab (HALAL), pasaraya, Family Mart (macam 7-eleven  konsep dia)..

Hotel ni mr hubby tempah melalui Agoda..Cari yang paling murah..sebab kitaorang agak lama kat sini..Jadi kena cari yang murah2..Kang dah total, mau ribu jugak..Cari punya cari, mr hubby jumpa hotel Shirobara Inn Asakusa ni di Agoda..tengok gambar2 dia, okey..review pun okey..so lulus..proceed to booking..

Jom kak fiezz tunjuk gambar-gambar di hotel & bilik kak fiezz dan mr hubby..

www.fiezasani.xyz
Ni la tempat penginapan kitaorang selama 8 hari di Tokyo, Jepun..Gambar kat atas ni luar hotel & sekitar lobi..microwave pun ada di lobi..Jangan tak tau..berguna sangat microwave ni weiii..sebab apa..nanti kak fiezz beritahu..Kipas tu diberi percuma untuk tetamu hotel..Ada samba festival masa kitaorang cuti ke sini...

www.fiezasani.xyz

Ni bilik kak fiezz & mr hubby - special room..Luas untuk 2 orang..Katil ada 2..Satu dekat ruang tamu..Satu dalam bilik..Complete dengan cerek comel nak masak air & sinki..Plus ada microwave..cuma special room saja yang ada microwave..Tetamu bilik lain  boleh guna microwave di lobi hotel...Nasib baik mr hubby pilih special room tak ada la penat turun naik nak guna microwave kat lobi hotel..Tv sepanjang di Jepun, kak fiezz pasang je tanpa tengok sebab tak faham..bahasa jepun..tak jumpa channel lain...Janji ada bunyi bising2..Yang bertutup macam almari tu, tingkap tau..Kak fiezz ingatkan almari mula2..bila bukak, eh tingkap rupanya...unikk gitu...almari tak ada tapi esok tu kak fiezz minta pihak hotel bersihkan bilik, dorang bagi tempat gantung baju + penyangkut baju...

www.fiezasani.xyz

Untuk tetamu..Complete dengan hair dryer, barangan peribadi macam shower cap, sikat, getah rambut, berus gigi + ubat gigi, ladies set (facial cotton + putik kapas)..Kalau terlupa bawa pencuci muka pun tak pe, pencuci muka shiseido ada disediakan..Kak fiezz kadang kalau malas nak guna pencuci muka sendiri..guna yang ni je..

Kimono & tuala disediakan.Kat sini kak fiezz ber kimono je la kalau duk dalam bilik..Malas nak guna baju yang bawak..Malas nak basuh benornya..

Dalam bilik air syampu, conditioner & body wash disediakan..

www.fiezasani.xyz

Ni bilik air dia..lengkap dengan jakuzi, sauna..Jakuzi tu mr hubby je yang ada guna..Sauna, tak dan nak guna..sibuk memanjang kat Jepun ni..Walaupun berjalan sendiri tanpa guna travel agent, penuh itinerary...Tu pun ada skip2..tak lalu wei..turun naik tren..Kat sini hari2 workout uolls..turun naik tren..tren dia bukan satu dua..melambak..kak fiezz memang tak berapa nak hafal la..harap mr hubby, adik ipar, adik sepupu yang guide..kitaorang follow je...

Overall untuk hotel ni, kak fiezz puas hati..berbaloi dengan nilai yang dikeluarkan..

Alamat hotel - 

Hotel Shirobara Inn Asakusa
2-12-5, Nishi-Asakusa, Taito-Ku, Tokyo, Asakusa, Tokyo, Japan, 111-0035

You Might Also Like

5 Comment

  1. Total berapa rm kena standby per pax kalo nak cuti ke sana ya?

    ReplyDelete
  2. bestnya g jepun fiza...bila lah turn kita pulak ni...

    ReplyDelete
  3. waaa...bestnya kak fiza pergi jepun. Nanti story la pasal bajet ye. nak tahu juga hehehe...

    ReplyDelete