Sambung entry cuti-cuti ke Jepun lagi..haha..sorry la korang..tak habis2 entry Jepun ni..Kali ni kak fiezz nak share dengan korang yang travel ke sana..Kalau dah sampai ke Jepun,  mesti la cuba pakai pakaian tradisional dorang,kan..Wajib gitu..Kalau tak, tak complete cuti-cuti ke Jepun..Sebelum kak fiezz ke Jepun ni, mr hubby ada tanya nak tak pakai baju kimono & bergambar masa kat sana nanti..Ada promosi kat website mana ntah masa tu..Tapiii sayangnya semua date yang kak fiezz ke sana dah fully booked..uwaaa..Jadi ai is tak mengharap kalau tak pakai baju kimono ni..Main point dapat cuti-cuti ke Jepun pun dah syukur..Tapi orang kata kalau dah rezeki tak ke mana..Tak ingat siapa bagitau, boleh pakai baju Kimono FREE di JNTO (Japan National Tourism Organisation (JNTO)..Yeay..FREE tu yang penting..Jadi mencari la kitaorang JNTO ni pulak..Tapi masa kitaorang ke sini, tak semua member group ikut..Ada yang tak larat (kepenatan)..Lagipun cadangan awal yang kak fiezz dengar nak gi Pameran kereta Honda je..tapi sampai2 kat situ, pameran tu esoknya..laaa..Jadi apa lagi, misi mencari pakai baju Kimono la..JNTO ni terletak di shin-tokyo building - Tokyo Station exit Keiyo Line..Korang boleh cari guna Google Maps..


www.fiezasani.xyz

Ni otw  ke JNTO..Dah sampai kat area situ cuma kena jalan kaki 
dari stesen untuk ke Shin-Tokyo Building..


www.fiezasani.xyz

Pemandangan nak ke bangunan yang terletak JNTO tu..
cantik sangat bangunan kat sini..Nampak mewah chuolls...

www.fiezasani.xyz

Jom masuk..JNTO dalam ni...

www.fiezasani.xyz

Sampai dah...Yeay...Kitaorang yang terawal sampai..Patutnya sebelum pakai baju kimono ni, kena dengar taklimat dulu..Tapi orang Jepun terkejut tengok kitaorang dah serbu awal2 pagi..Terus je dia bawa ke sudut untuk pakai baju kimono ni... :D
Macamana tahu kena dengar taklimat..Kitaorang ternampak orang selepas, macam kena dengar taklimat dari staff JNTO...Gelak2 kak fiezz & makcheck mr hubby sebab kitaorang tak de dengar2 taklimat..terus pakai kimono, terus posing.. :D

www.fiezasani.xyz

Ni la tempat untuk pakai baju kimono..Jangan risau, staff dia akan pakaikan..Pilihan design baju kimono pun, kita pilih sendiri..Banyak pilihan..Rambang mata...Props pun ada..macam kak fiezz haritu, staff dia bagi payung..Mula-mula tak guna props pun..sebab tak tahu ada..Tengah duk posing, tetiba staff JNTO bagi payung..eh..baiknya awak..tq...Baru nampak lagi menarik sebab ada payung tu..perasan.. :D

www.fiezasani.xyz

Staff  JNTO akan bantu kita untuk pakai baju kimono & yukata ni...

Okey, start posing..Masa yang diberi untuk sesi bergaya dengan baju Kimono & Yukata ni 1 jam sahaja..Pakaian tradisional jepun ni untuk perempuan KIMONO & untuk lelaki YUKATA..

Kat bawah ni gambar2 kak fiezz & mr hubby..Kalau tengok berjenis sikit cara gambar tu sebab adik ipar kak fiezz photographer nya..Dia wedding photographer , jadi paham la kan hasil kerja macamana.. :) Gambar2 kak fiezz & mr hubby kat sini, mmg fully photographer by adik ipar kak fiezz..so hasil dia memang lawaaa le..tue yang terus buat canvas print & ceramic tile guna gambar ni jugak... 



www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz



Kalau korang ada bajet lebih, boleh sewa baju kimono yang banyak di tawarkan sekitar Tokyo..Harga yang kak fiezz nampak kalau dekat dengan hotel kak fiezz menginap tu dalam 2,800 yen...tapi kalau nak save budget boleh la ke JNTO ni je..FREE...

3 Comments

  1. comel berkimono. Baca pengalaman traveler pun rasa best dah

    ReplyDelete
  2. Comeinya kak fiza sedondon pulak baju dengan payung tu

    ReplyDelete