G-SHOCK & BABY-G

Orang cakap kalau ke Jepun ni, kena beli jam keluaran dari sini..Terutama Baby-G & G-Shock..Kak fiezz pun tak ketinggalan la gedik2 nak jugak jam Baby G walaupun sejenis jarang keluar rumah..Tak kira..nak jugak jam..Mr hubby dari kat Malaysia lagi dah cakap nak beli jam limited edition G-Shock..Dah sampai ke sana, misi mencari jam la kome, weiii..Kalau nak cari yang murah..kak fiezz tak boleh nak suggest sebab kitaorang sendiri usya cari jam ni kat Tokyo tu, merata...Dari satu kedai ke satu kedai..so dari keluar masuk kedai-kedai ni, kak fiezz boleh rumuskan harga tak jauh beza..Sampai kak fiezz muak nengok jam sbb mr hubby mencari jam yang dia nak..ada tu ada tapi harga tak memenuhi kriteria...haha..Luar dari bajet..Biasa la limited edition..Harga pun jenis limited edition gak la..Kak fiezz jangan di tanya!!Setiap kali gi mana-mana kedai jam ni, ada je yang berkenan tapi mr hubby nak matching2 dengan kak fiezz..Jadi mr hubby kena pilih dulu, baru kak fiezz pilih..Kak fiezz tak cerewet..Kak fiezz pilih  yang mana lawa je..Yang penting jenama Baby-G..hehe...

Hasil memusing entah berapa belas kedai, dapat gak jam sama dengan mr hubby di Don Quijote...haih...Ingatkan bila dah beli jam, setel..Tak abis lagi, chuolls..Mr hubby nak tambah lagi koleksi jam..Dia nak jugak jam G-Shock limited edition tapi apa nak buat..harga mahal...sampai kat airport masa dah nak balik Malaysia, duk cari jam yang mr hubby nak..tetap sama jugak, harga agak tinggi...

Harga jam kat Jepun compare dengan di Malaysia, jauh lebih rendah bila dah kira dengan nilai mata wang kita..Tu yang ramai orang Malaysia ke Jepun, misi mencari jam G-Shock atau Baby-G ni..Sebabnya masa kitaorang mencari jam, ada terjumpa dengan orang Malaysia yang tengah usya jam jugak..Lelaki..Of course..Sama macam mr hubby gak, dorang mencari yang jenis limited edition...

www.fiezasani.xyz

Jam kak fiezz & mr hubby..Merah chuolls...Tapi kak fiezz jarang pakai sebab tak sesuai nak matching dengan baju kurung ke pejabat..Kalau keluar berjalan, baru kak fiezz pakai...


Okey, bawah ni gambar-gambar jam kat kedai-kedai yang kitaorang terjah..
Ni sikit ni..Sampai kak fiezz masuk kedai jam, kak fiezz tengok sama je design dia..haha

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Mak chek mr hubby tengah try jam jenama Citizen..Kat sini, jam2 semua letak dalam almari berkunci macam ni..Kalau nak tengok yang mana berkenan, baru kita panggil sales person kat situ..Sales girl ni siap pakai sarung tangan masa layan customer..



Kalau nak beli bag-bag berjenama jenis pre loved banyak ada kat sini..tapi harga dia kak fiezz tengok macam tak pre loved..Mahaiii..Lagi satu kalau nak beli jugak, sila belek betul-betul..Sebab kak fiezz ada ternampak beg berjenama jenis pre loved ni ada yang dah terkopek kulit dia..Condition beg pun macam kureng la..tapi harga tetap tak berapa nak kurenggg..Jadi kalau ada yang nak beli jugak bag-bag jenis pre loved ni, sila belek betul-betul bag dia...


Bag berjenama jenis  Pre Loved..

www.fiezasani.xyz


Ni tempat shopping dekat dengan hotel kitaorang, Don Quijote, Asakusa..Don Quijote ni banyak cawangan di Jepun...Antara cenderahati yang kak fiezz beli untuk family, beli kat sini je sbb murah & ada sales...1 tips kalau nak beli barang kat sini, kalau masa ke sini dah nampak barang yang korang nak tu ada sales, terus grab je...Jangan tunggu esok baru nak beli sebab harga akan naik balik...Sebab pengalaman kak fiezz sendiri, masa mula2 sampai haritu dah nampak barang nak beli untuk mak & adik ipar..So masa  dah nak balik ke Malaysia, cadangnya baru nak pi beli..Sekali harga barang tu dah naik..lorrr..So penyudahnya beli je la ...Kalau beli masa ada sales tu, save sikit duit...Jadi konsep dia, dah nampak murah tu terus beli je..Sebab tak tahu sales dia sampai bila...

Don Quijote ni di buka 24 jam...Dan lagi satu yang kak fiezz perhatikan harga jam di sini lebih rendah dari tempat lain sbb kitaorang dah survey kebanyakan kedai di Tokyo..Jam kak fiezz & mr hubby pun beli di sini jugak selepas duk survey merata...Kat sini juga ada kaunter claim tax untuk sesetengah item yang tersenarai seperti jam..So kalau korang ke sini, ada barang yang boleh claim tax, boleh tebus kat sini terus di kaunter...

1 Comments