Program Buai LPPKN untuk pasangan yang tengah TTC..Sebelum tu yang tak tahu apa TTC..TTC maksudnya trying to conceive..Jadi apa pulak BUAI tu..BUAI ni singkatan pada Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BUAI) bawah LPPKN yang dilancarkan pada Februari 2025. K.fiezz dapat brochure ni dari team LPPKN yang buat kunjungan hormat pada bos k.fiezz sebelum bulan puasa yang lepas. K.fiezz dah lama nak up entry kat blog..Tapi tak tahu lah tiap kali nak letak gambar dalam ni je tak berjaya nak masuk..Aihhh ..Tu yang jadi tersidai lama nak share kat blog..K.fiezz ada lah up ni dalam group IUI/IVF kat facebook tapi admin tak approve sampai sekarang..K.fiezz tulis status dalam group tu bulan Februari, sampai sekarang tak lepas-lepas..Agaknya admin ingat k.fiezz nak buat iklan agaknya..Padahal niat sis nak kongsi maklumat je..Tak dapat komisen pun..Tak apa lah..Sis ada blog, tulis kat sini je lah..Ni pun nasib baik try upload gambar dalam blog berjaya pun lepas..Yeay..

program buai LPPKN

So untuk korang pasangan TTC yang berkelayakan untuk mohon program buai LPPKN ni, sila lah cuba..Sis nak cuba dah terlajak umur..haha..

program buai LPPKN

Syarat-syarat kelayakan, korang boleh baca kat atas ni..Macam tak clear yeak..Sis taipkan semula

Syarat-Syarat kelayakan untuk mohon program BUAI LPPKN

- Warganegara MALAYSIA
 - Perkahwinan yang SAH & BERDAFTAR
- Pendapatan isi rumah kurang RM10,000 sebulan
- Tidak mendapat bantuan kewangan rawatan kesuburan lain
- Umur isteri kurang daripada 36 tahun
- Masalah subfertiliti primer & sekunder
- Hadir sesi konsultasi dan saringan di fasiliti kesuburan LPPKN

program buai LPPKN

Cawangan LPPKN yang boleh dihubungi..

Bagi korang yang nak mencuba program BUAI LPPKN ni, selamat berjaya..K.fiezz faham sangat proses nak buat IUI ke IVF mmg perlu sediakan ongkos yang banyak..Tambah kalau IVF, percaya lah sebab sis antara yang pernah buat IVF tapi tak berjaya & sis tahu nilai yang dikeluarkan untuk buat IVF, mencecah 5 angka yang kena keluarkan tapi tak apa lah demi seorang zuriat, sis cuba juga..Walaupun tak berjaya tapi sekurangnya sis & mr hubby mencuba..

Jadi bila ada program bantuan macam ni, sila lah rebut peluang untuk cuba terutama untuk kita yang dari golongan B40 ni..Tak banyak, sikit pun dapat kurangkan sikit bebanan kewangan..

Pssst  Korang yang ttc ni, jaga pemakanan selain berusaha dan berdoa..Yakin pada Allah, lambat atau cepat Allah akan bagi juga kalau dah sampai rezeki..

0 Comments