K.fiezz ni peminat coklat. Jadi hadiah pun suka bagi coklat. hehe. Ni idea hadiah terbaru untuk top pengomen blog k.fiezz. Rezeki siapa yang dapat gift box coklat ni. hehe. Siapa yang rajin terjah blog k.fiezz ni, tahu lah kan k.fiezz suka bagi hadiah pada top pengomen blog setiap bulan. Seronok berkongsi rezeki dengan orang lain tapi kebuntuan nak bagi hadiah apa?Terutama kalau top pengomen dapat pada orang yang sama lebih dari sekali. Takkan nak marah pula. Orang rajin datang blog k.fiezz & tinggalkan jejak patutnya kena syukurrr. Bukan senang tau orang nak rajin jalan-jalan masuk ke blog kita. Jadi hadiah penghargaan untuk yang rajin berkunjung ke blog k.fiezz. Idea idea!!Untuk yang pertama kali jadi top pengomen, k.fiezz dah tahu nak bagi apa. Cuma kalau dapat lagi sekali pada orang yang sama. Jammed idea nak bagi apa?


Baru-baru ni kawan pejabat k.fiezz cerita pasal gift box coklat. Dia bagi sempena birthday adik dia. Dia tunjuk kat k.fiezz ada apa dalam gift box coklat yang dia order tu. 

Eh macam menarik pula k.fiezz tengok gift box coklat ni. Boleh bagi kat top pengomen blog k.fiezz terutama yang dah masuk kali ke-2 dapat. 

GIFT BOX COKLAT


K.fiezz minta link yang dia beli gift box coklat ni. hehe. Kita order saja. K.fiezz memang selalu order barang yang nak bagi hadiah direct kat shopee je. Klik klik..tunggu je hadiah sampai kat penerima. Tak payah susah-susah nak keluar gi J&T untuk pos barang. Lagipun jimat sikit kos postage. Kadang ada yang k.fiezz dapat claim free shipping. hehe. Bijak tak!!

Jom tengok ada apa dalam gift box coklat yang k.fiezz order ni. 

Kat kedai yang k.fiezz beli ni harga gift box ikut pakej mengikut bajet masing-masing. Paling mahal RM2x.xx je.

K.fiezz punya gift box coklat ni RM18.00 saja. hehe. Ikut bajet poket k.fiezz. Kos pos dalam RM3.xx



gift box idea, gift box coklat,gift box

Ni isi dalam gift box coklat ikut pakej yang k.fiezz pilih. Coklat-coklat & handcream. Coklat tu bergantung pada pilihan pakej masing-masing tau. Bukan kita pilih nak coklat apa. Kalau nak pilih coklat boleh cuba tanya dengan seller


gift box idea, gift box coklat,gift box

Boleh letak notecard untuk penerima. Lepas order, chat dengan seller apa yang kita nak tulis kat notecard


OKEY TAK GIFT BOX COKLAT NI?


Haruslah okey sangat. Penghantaran cepat. K.fiezz order 3.11.2021 & sampai kat penerima 5.11.2021. 4hb cuti Deepavali -  kurier tutup. So 5hb baru boleh hantar. Untuk k.fiezz tetap okey dalam masa 3 hari gift box coklat dah dapat pada penerima.

Benornya risau juga takut coklat cair. Haha. Tapi masa penerima dapat gift box coklat ni, keadaan coklat okey. Penerima tak complaint, jadi barang okey lah tu maksudnya. hehe


BELI KAT MANA GIFT BOX COKLAT?


Dah lama tak menyopping kat Lazada,kan? hehe. Gift box coklat ni k.fiezz beli kat situ. Risau masa nak beli sebab takut ada probem ke apa. Maklumlah asyik shopee shopee shopee je bila nak beli apa-apa. hehe.  Ni baru menyopping  kat Lazada semula. Alhamdulillah, proses beli kat situ berjalan lancar. Sampailah ke proses penghantaran. Ooo cuma kurier Lazada tersalah hantar gift box coklat ni kat rumah jiran yang sama nombor dengan penerima. Nasib baik jiran jujur, dia hantar ke penerima yang betul (penerima top pengomen blog k.fiezz).

Kalau korang nak bagi hadiah kat tersayang (keluarga, kawan-kawan atau sesiapa saja) & tak tahu nak  bagi hadiah apa. Boleh cuba bagi gift box coklat ni. Reasonable price & confirm penerima suka. Coklat weiii. Siapa tak suka coklat?Macam tipu je tak suka coklat. 

Nak hadiah best ni, rajin-rajin lah komen kat entry blog k.fiezz. hehe. Mana tau rezeki korang pula nanti. hehe.


BELI KAT SINI-


8 Comments

  1. ada nampak kak syaz update entry. Cantik gift box coklat ni. Semoga makin murah rezeki kak fiezz

    ReplyDelete
  2. wah..bestnya dapat gift box cam ni..:)

    ReplyDelete
  3. Okay dah tu dapat gift camtu. Seronok kot kalau dapat

    ReplyDelete
  4. Bestnya hadiah giftbox camni.. betul lazada sekarang dah better sikit apps dia dari dulu yang macam serabut sikit.. sekarang pun dok scroll lazada smooth je

    ReplyDelete
  5. best sgt hadiah coklat macam ni. siapa la yg tak suka coklat kan

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik juga gift box ni . Berbaloi dengan harga

    ReplyDelete