Rutin pagi-pagi time keluar nak pi kerja, selalu nampak budak-budak beratur tunggu bas sekolah kat area kawasan rumah k.fiezz. Mak-mak tunggu kat sebelah, yang anak-anak beratur..Anak-anak berborak sesama dorang, yang mak-mak membawang la kot..haha..agaknya la..pandai je cakap orang membawang..ceh..sabar je la..Bila tengok budak-budak tu beratur tunggu bas, alahai teringat pulak zaman k.fiezz kecik-kecik dulu..Pernah buat menda yang sama..Kak fiezz & kawan-kawan beratur mengikut barisan, mak k.fiezz & mak budak-budak yang lain tunggu kat sebelah..Tunggu la sampai kitaorang selamat naik bas, bas dah bergerak baru mak-mak ni naik ke rumah..alah..sweet pulak bila teringat momen tu,kan..

Moment dalam bas beramai-ramai dengan kawan-kawan, memang best la..Walaupun nak pi ke sekolah time tu tak berapa suka benornya,kan..haha..tapi terpaksa..walaupun terpaksa, demi menuntut ilmu & masa depan, kita gi jugak sekolah..Mak abah berhempas pulas cari rezeki nak sekolah kan kita, besarkan kita..So kita gembirakan dorang dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Hasil paksaan kena pergi sekolah tu menjadikan kita 'kita' sekarang..haha..betul tak..Bila ingat dulu-dulu semua tak suka gi sekolah..Semua duk fikir bila la nak abis sekolah ni..cewah..tapi bila dah kerja, ala bestnya zaman sekolah dulu..eh!!haha

BAS SEKOLAH

Siapa ingat situasi masa kita naik bas dulu camne?best kan..Dulu yuran naik bas sekolah murah je..kak fiezz tak ingat berapa tapi kategori mampu di bayar...Itu dulu la masa zaman kak fiezz kecik..Zaman la ni, korang share sikit berapa yuran naik bas sekolah untuk seorang anak..tapi kak fiezz pasti sangat mesti mahal kan memandangkan kita sekarang dalam zaman ekonomi yang mencabar..harga minyak turun naik..dah harga minyak naik, harus la harga barang pun naik..so kenaikan pelbagai kos dan taraf hidup sekarang ni, mesti la kos pengangkutan bas sekolah untuk anak-anak pun sama juga...haih..mengeluh tau mak pak terutama mak pak yang duduk kat area kota metropolitan Kuala Lumpur ni..serba serbi mahal..


www.fiezasani.xyz

Bantuan Bas Sekolah Percuma

Mesti korang macam terkejut tengok gambar atas ni,kan?ada ke bantuan bas sekolah percuma?kak fiezz masa mula-mula nampak bas ni di area kawasan perumahan kak fiezz, macam terkejut jugak..BAS SEKOLAH PERCUMA..tanda soal di situ...sapa yang sponsor?macamana nak mohon..hah..macam-macam soalan dalam kepala k.fiezz ni..dan lepas tu baru k.fiezz tahu mengenai bantuan bas sekolah percuma ni atas usaha serta inisiatif pihak DBKL untuk warga KL terutama yang tinggal di kawasan Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA)..

Terjawab persoalan k.fiezz.

Sebanyak 165 buah bas disediakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di 74 PPR & PA di sekitar Kuala Lumpur. Inisiatif ini di buat untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah. Jadi pihak Kementerian tumpukan kepada penduduk di kawasan ini. Bantuan bas sekolah percuma ni mula dilaksanakan pada Januari 2017 dan kos sepenuhnya ditanggung oleh pihak Kementerian.

INISIATIF DBKL & KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Alhamdulillah..inisiatif yang bagus sangat dari pihak DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk laksanakan program ni..Kurangnya keluarga yang terpilih untuk program ni boleh menarik nafas lega sebab mengurangkan kos bulanan yang perlu dikeluarkan. Yelah, contoh yuran bas sekolah RM80 untuk seorang..kalau yang ada 3-4 orang anak sekolah, dah berapa kos kena keluarkan setiap bulan..RM80 x 4 orang = RM320..fuhhh..banyak gak tu..Jadi bantuan bas sekolah percuma yang dilaksanakan ni, banyak sangat membantu keluarga yang kurang berkemampuan...

Banyak kan benefit jadi warga KL..jom jadi warga KL..