Raya Raya Rayaaa..Selamat Hari Raya..Penangan dengar lagu raya Dolla hari-hari sebab lagu favourite Kinah..hehe..Dengan mami sekali asyik teringat lagu ni..Sedap lagu Dolla ni, boleh jadi evergreen...Dah raya ke -11 harini..Pejam celik pejam celik, eh semalam dah start kerja lepas seminggu lebih cuti rehat sempena raya..Mami & dedi biasa lah tiap tahun cuti raya sebelum & selepas..Memang sejenis suka cuti tambah-tambah bila musim raya ni..Lagi lahhh..hehe..

Raya tahun ni turn Ipoh dulu tapi kitaorang di pagi raya bersalam-salaman dulu di Sg Siput..Lepas setel salam, makan-makan baru kitaorang gerak ke Ipoh pula..Nasib baik rumah mak & mama setengah jam je jaraknya..hehe..

Apapun sempena raya ni, sis nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dengan semua pembaca blog sis..Eh ada lagi ke yang baca blog ni..Ramai dah beralih kat Tik Tok..Tapi tak kisah lah kan..Kalau yang masih ada setia lepak di blog & rajin singgah ke sini, sis susun jari 10 andai ada tertulis yang mengguris hati..Walaupun sekarang sis sendiri pun dah jarang update blog..Tapi mana lah tahu ada entry yang terselit, ada mengguris perasaan atau emosi korang mohon ampun dan maaf yea..Salam 0-0 dari sis..

CORAT CORET RAYA PERTAMA / KEDUA

So lepas je sesi bersalam-salaman dengan family sis di Sg Siput, kitaorang ke Ipoh pula untuk beraya dengan family mr hubby..Sebelum tu harus lah ada juga sesi bergambor..Wajib kan..hehe

FiezaSani

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari family Abu & Paridah...Mak abah bersama anak-anak, menantu-menantu & cucu-cucu..

FiezaSani

Mami Dedi & Kinah..Da best yang kinah boleh post sebab dia behave sikit time bergambor ni..hehe..

FiezaSani

Mintak maaf selalu cari pasal kan..hehe..

FiezaSani

Duit raya dari ayah ngah..Yeay...

Ni kat Ipoh pula..Sampai je kat Ipoh, kitaorang terus joint mama & yang lain beraya ke rumah adik-beradik, sedara-mara mama..Mr hubby pergi beraya satu rumah je, lepas tu dia balik rumah sorang-sorang sebab cherry berry...K.fiezz n kinah ikut mama, adik ipar, biras & anak buah pi beraya...

FiezaSani

Rumah mak sedara mr hubby kat Batu Gajah..Mami, Kinah & Abg Arip..Ni rumah pertama yang masih maintain..

FiezaSani

Rumah sepupu mama..Kat sini selesa sebab besor..Mami suka sebab sejukkkk ada aircond..hehe...

FiezaSani

Kinah salam pak lang dapat duit raya..Yeay...

FiezaSani

Kat sini dah macam air terjun dalam baju..haha..Bertabah lah..haha..

FiezaSani

Jom wefie Kinah..

FiezaSani

Nak amik gambor sekali dengan anak, ehhh sekali anak merentan buat perangai masa ni..aihhhh..Mami je lah...

FiezaSani

Selepas beberapa biji rumah pi beraya..Keletihan semua..Anak & anak buah vengsann dalam kereta...

FiezaSani

Tema raya ke-2, maroon...Open house rumah kakak mama...

FiezaSani

Masa ni memang dah berkicap..Dalam baju dah macam air terjun berpeluh..Tuan rumah hidangkan sizzling yee mee panas-panas..Makan sambil berpeluh dalam baju..haha...

So raya pertama & kedua je kitaorang pi beraya..Raya ke-3 sampai ke-5, kitaorang cuti-cuti raya..Nanti next entry lah sis story..

Pssstttt -  Di musim perayaan ni, hati-hati juga tau makan/minum tu..Jangan belasah je semua..hehe..Faham, sebulan puasa..Balas dendam tapi kesihatan jangan lupa.. 

0 Comments