Start 1 Ogos 2026, kerajaan perkenalkan Hari Bekerja Hibrid (HBH) untuk semua penjawat awam..Apa HBH ni? HBH ni menggantikan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) yang di buat sebelum ni susulan konflik Asia Barat. Kalau sebelum ni BDR, sekarang ditukar kepada HBH.

HBH ni Norma Baharu Perkhidmatan Awam yang diperkenalkan iaitu kerja lebih fleksibel kepada penjawat awam..3 hari bekerja di pejabat & 2 hari bekerja di rumah atau lokasi alternatif yang diluluskan oleh Ketua Jabatan. 

Kalau masa BDR sebelum ni, sis tak layak sebab ada syarat perkiraan jarak dari pejabat ke rumah melebihi 8km..dan jarak km dari rumah sis ke pejabat 7.6km yea...haha..Sikit je lagi..Tapi tak boleh buat apa lah..Dah memang gitu jaraknya..Bila di tukar ke Hari Bekerja Hibrid (HBH) ni dah tak ada lagi perkiraan jarak..Yeay..hehe..

Terus automatik dapat HBH..Lagi satu kelebihan HBH ni, kitaorang penjawat awam cuma perlu check in (pagi) & check out (petang) kat website/aplikasi Spot Me..Kalau sebelum ni masa pelaksanaan BDR, kena update setiap 1 jam..Jenuhhh..Nasib baik juga masa tu, sis tak layak..hehe...

PILIHAN HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Untuk HBH ni, sis pilih hari Selasa & Khamis untuk bekerja di rumah..Sepatutnya sama dengan bos sebab sis PA tapi minggu ke-2 ni tak dapat nak follow jadual bos..Jadual dia minggu ni pack..Jadinya bos cakap tak apa, sis proceed je BDR..Apa-apa whatsapp sajo..

HBH ni hari Isnin & Jumaat wajib masuk ke pejabat..Pilihan untuk bekerja di rumah boleh pilih Selasa, Rabu, Khamis..Ikut lah masing-masing..Sis, pilih Selasa & Khamis...

BUAT KERJA APA KAT RUMAH TU?

Buat apa je kat rumah ni..Boleh ke buat kerja kat rumah..Kita sekarang ni menggunakan teknologi so ada kelengkapan / peralatan macam laptop/smartphone/line wifi yang cukup untuk buat kerja, boleh je.. Macam sis sendiri sebagai PA, banyak gunakan e-mel..Kalau tanya sis, boleh je bekerja kat rumah sebab untuk semak e-mel bos macam biasa kat handphone je..Lepas tu forward dulu kat bos untuk dia semak dan minit melalui aplikasi Whatsapp..Dah setel tu, dia akan maklum e-mel tu untuk siapa..Sis forward pada pegawai-pegawai pula..E-mel/whatsapp..Yang penting kerja tetap jalan walaupun duduk kat rumah..Nak update jadual bos, dalam telefon pun boleh juga..Eh semua di hujung jari konsepnya sekarang ni..Rajin dengan tidak je nak gunakan...

Selain dari tugasan yang sis story atas ni, haritu terima last minute jemputan untuk bos hadir ke satu majlis melalui whatsapp..Terus proceed tanya bos nak hadir ke tak & buat pengesahan kehadiran dia melalui e-mel dan whatsapp..Seee senang kerja...

HBH, hari bekerja hibrid

Sepanjang waktu bekerja di rumah memang handphone sis ready je kat tangan sebab takut bos atau pegawai-pegawai call nak tanya apa-apa...Laptop pun standby mode..hehe..Cuma tu lah kerja kat rumah ni untuk sis yang ada anak kecik, cabaran sikit..Mami on laptop, anak dah ready depan nak menekan-nekan jugakkkk..haha..Tu belum bila bercakap kat telefon, ehhh dia nak jugak walaupun dia duk uuu aa uuuu aaa (tak boleh cakap lagi)..haha

Petang dah nak habis time kerja, kena buat laporan (aktiviti/tugasan) yang dibuat kat rumah (format excel)..dan juga update tugasan harian dalam website Spot Me..

Kalau dari satu sudut, agak menjimatkan juga kerja kat rumah ni sebab jimat duit makan..hehe...Cuma tu lah kena masak kat rumah..haha..Kalau kat pejabat, terus je pi cafe tapau breakfast/lunch...Tapi besa lah setiap perkara tu ada kekurangan/kelebihan sendiri...Kurang tang sini, lebih tang sinun..Gitu juga sebaliknya..

Pssstt - Suka pula kerja secara HBH ni..Tak pasti lah sampai bila ni, dah ada ni kita guna je lah sampai kerajaan tarik balik pelaksanaannya..hehe...

0 Comments