Berbalas dengan ex officemate sis kat KKR dulu..Dalam hujung tahun lepas, dia bagi ole-ole dari Labuan (gambar pertama) kat k.fiezz..Semua makanan kering dan jajan dari Labuan, Sabah..Ex officemate k.fiezz ni sekarang dah duduk kat sana ikut suami..Dia ni dulu masa kitaorang satu pejabat, memang suka bagi ole-ole..Kalau dulu dari Kelantan, kampung dia..Kali ni dari Labuan pulak..Ya Allah, thank you, u..Baik sangat tau ex officemate sis ni..Suka bagi barang..

Jadi orang berbudi, kita berbahasa..

makanan kering

Ole-ole dari Labuan, Sabah yang kawan k.fiezz bagi...

Mr hubby banyak kali tanya, nak balas apa kat kawan k.fiezz ni..Aduiyai kebuntuan..Kebetulan baru-baru ni masa cuti raya, kitaorang shortvacay ke Lumut & P.Pangkor..Ting ting ting..Sis dapat idea..Beli lah makanan kering/jajan kat sini..Okey kan..Ikan masin belanak tu, k.fiezz beli kat pekan kampung sis..Sebab ikan masin belanak tu tempat lain, susah sikit nak jumpa..Lagi satu kat kedai kampung k.fiezz ni, isi ikan masin tu tebal & saiz dia besar sikit berbanding tempat lainn..Okey lah gabungkan ole-ole dari Lumut & ikan masin dari kampung k.fiezz..Cun ar..

makanan kering

K.fiezz balas dengan ole-ole dari Lumut & Manong, kampung k.fiezz..

Ikan masin belanak tu k.fiezz saja biarkan sehari kat pejabat nak tengok elok ke idak dengan suhu luar..Kalau kata tak elok, sis tak jadi nak bagi pada kawan k.fiezz ni..Kat rumah, ikan masin ni letak dalam peti ais..So k.fiezz risau dalam proses penghantaran dari KL ke Labuan ikan masin ni dalam suhu bilik/panas. Risau rosak..Jadi k.fiezz test dulu biarkan kat pejabat semalaman, pagi tadi k.fiezz tengok elok ikan masinnya..Terus proceed pos pada kawan k.fiezz..

Nasib baik belakang bangunan pejabat k.fiezz ni ada hub penghantaran barang..Laju je lah sis hantar..sebab harini Khamis..Member k.fiezz bagi alamat pejabat..Sabtu/Ahad pejabat tutup..Sis risau ikan masin tu je..Harap elok lah sampai kat member k.fiezz..

Psssttt - Orang berbudi kita berbahasa..Orang memberi kita merasa..Dah rasa tu, hah balas lah balik..hehe..

0 Comments