Masak-masak untuk berbuka sehari sebelum raya. Ceritanya kakak mama ajak masak & berbuka kat rumah arwah opah sehari sebelum raya baru ni. Mr hubby suggest sis masak ikan siakap 3 rasa sebab sedap katanya. Mak aih...Tinggi sangat pujian tu..haha.. Sis nak masak untuk diri sendiri & mr hubby, okey je tapi nak masak untuk makan beramai-ramai, serammm sebab risau tak sedap. haha..Tapi udah mr hubby cadangkan suruh masak menu tu, sis ikut je lah..

Jadi menu yang mama & k.fiezz masak > Ikan Siakap 3 Rasa, Ketam Masak Lemak & Pecal..

Masa ni 2 orang biras k.fiezz tak joint sebab seorang tak cuti & seorang lagi malam raya baru gerak balik kampung..Jadi yang sesi masak-masak ni cuma k.fiezz, mama, mak saudara & seorang menantu dia..

CARI BAHAN-BAHAN DI LOTUS

Sehari sebelum sesi masak-masak, lepas berbuka terus sis mr hubby & adik ipar ke Lotus cari bahan-bahan tapi bahan basah - Ikan & Ketam dah habis.. Jadi beli bahan kering je..

Bahan basah, esoknya pagi-pagi k.fiezz & mama ke Lotus semula. Mula mama singgah pasar basah dekat area rumah tapi yang ada jual ayam & daging je..Ikan, seafood tak ada..Jadi kena ke Lotus juga lah ceritanya...

Memandangkan sesi masak-masak ni cadangnya waktu lepas Zohor, lepas je beli bahan basah..K.fiezz siang dulu ikan, ketam kat rumah mama...Yang lain buat kat rumah arwah opah..


Ikan Siakap 3 Rasa

Ni masa sesi potong-potong dulu..Bahan untuk kuah sos ikan Siakap 3 Rasa..Buat ni dulu..Goreng ikan lambat sikit dalam pukul 6ptg sebab nak bagi ikan rasa crunchy-crunchy masa makan...

Ikan Siakap 3 Rasa

Ngam pukul 7 lebih sikit, siap segala menu...Ikan Siakap 3 Rasa & Ketam Masak Lemak, dimasak oleh k.fiezz..Ayam Masak Merah - Menantu mak saudara & Pecal - Mak Saudara...Murtabak tu beli kat bazar...

Overall 2 menu yang k.fiezz masak ni licin. Legaaa..hehe..Seram weiii nak bagi orang makan hasil masakan sis sebab sis bukan pandai masak...Nak masak berdua untuk diri sendiri & mr hubby tak ada hal tapi nak masak banyak makan beramai-ramai, uiiii tak confident...Tapi alhamdulillah masa ni licin 2 menu yang k.fiezz masak..Ikan Siakap tu ada seekor tak ada sos sebab tak cukup tapi tetap licin juga...hehe..Itu pun masa masak, menantu mak saudara try rasa hujung lidah so dia tambah sikit apa yang patut..K.fiezz tahu bulan puasa boleh je rasa masakan hujung lidah tapi sis tak confident takut tertelan..haha..Tapi masa nak panaskan sos & ketam masak lemak tu, sis rasa juga hujung lidah takut termasin ke, tawar ke..Rasa okey baru lah lega sikit..Lepas je rasa kat hujung lidah, laju-laju pi sinki kumur balik...

Apa komen dari orang lain hasil masakan sis ni..

Mak mertua cakap ketam masak lemak sis tawar sikit..Mr hubby pula cakap okey je..Masing-masing punya deria rasa..

Ikan Siakap 3 Rasa pula, mr hubby cakap sedap..Orang lain tak pasti sebab sis malas nak tanya..hehe..Cuma legaa habis 4 ekor Ikan Siakap ni..Alhamdulillah tak membazir...Eh tengok dalam gambar ada 2 ekor je ikan siakap?Kitaorang hidang kat 2 meja sebab ramai...

Pssttt - Mr hubby ni rajin betul promote bini dia pandai masak itu ini..Dia tak tahu bini sejenis tak yakin nak masak untuk makan beramai-ramai..Sabo je lah tau...

1 Comments