Cari Makan Lepas Berbuka
Ni cerita masa balik kampung sempena raya haritu. K.fiezz & mr hubby balik kampung awal sebab nak elak jammed kat highway. Alhamdulillah memang kitaorang gerak hari Khamis (4hb April), highway clear. Gerak lepas kerja, mr hubby ambil k.fiezz kat pejabat. Sampai Ipoh lagi beberapa minit nak berbuka..Anggaran dalam 2-3 jam lebih kurang..
Lepas berbuka adik ipor k.fiezz ajak pi jalan-jalan jap. Dia bawa gi Jusco kalau tak silap..Dia nak jalan-jalan cari makan benornya...Tapi minta akak ipor & abang dia yang belanja..Haha..Sebab dia tak kerja lagi..Tak apa lah, kitaorang belanja lah..
Masuk je kat mall, mula lah misi mencari makan..hehe...Cari punya cari, adik ipor ajak beli Krispy Kreme dulu lepas tu beli air kat TeaLive sebab adik ipor ada baucer diskaun...Penutup, makan kat satu restoran Jepun ni. Aihhh lupa pula k.fiezz nama Restoran ni...Masa ni dah banyak kedai makan start nak tutup..Jadi cari lah yang mana masih buka...
Kat Restoran Jepun tu, ingatkan adik ipor nak tapau. Rupanya dia ajak makan kat situ. K.fiezz okey je lah..
K.fiezz ni menu makanan Jepun, failed sangat tau..haha..Lagi satu tak kena dengan selera...Biasalah tekak melayu..Macam susah sikit nak terima menu lain..
Sebabkan kenyang lagi baru makan untuk berbuka kat rumah, k.fiezz pilih menu bawah ni. K.fiezz nak menu yang simple-simple je sebab perut kecil tak boleh nak makan banyak..Itu pun mula-mula nak order 3 ketul je benda alah ni entah apa nama dia tapi rupa macam dimsum goreng. Pas tu adik ipor k.fiezz cakap tak apa boleh share dengan dia...Tapiiii dia dapat makan seketul je..haha..4 lagi k.fiezz perabiskan..Ater tengok dia duk ralit makan menu dia yang berat tu, ingatkan dia tak larat. K.fiezz habiskan lah hat k.fiezz punya ni..haha...
5 Comments
sedap juga tu mcm dimsum goreng! hehe
ReplyDeleteItu namanya gyoza kak. Semacam dumpling memang. Saya pilih2 kalo gyoza. Ada restoran jepang di sini yg gyozanya sedaaap sangat. Tapi ada juga yg saya tak suka.
ReplyDeleteTergantung dari isian yg mereka pakai. Kalo dikasih daun ketumbar, confirm saya tak akan makan 😂😂. Menyengat sangat aromanya
Kalau pedas sedikit laju makan.
ReplyDeleteSaya bolehlah cuba semua makanan asal jangan tawar atau masin sangat.
Dimsum goreng . Sedap x ?
ReplyDeletelidah mama pun nak kena ada pedas baru tak muak hihi, power menu moreh
ReplyDelete