Mini Chopper Blender Pembantu Baru Kat Dapur
Baru ni bawa mak & abah ke rumah adik sepupu k.fiezz. Elok pula masa kitaorang kat rumah adik sepupu tu, barang dia order online baru sampai. Pastu dia cerita pula barang apa yang dibeli tu. Sibuk lah sis & mak suruh unboxing kotak nak tengok mana ke rupa mini blender chopper yang dia duk cerita tu. Macam menarik je..Anak beranak sejenis cepat terpengaruh..haha..Adik sepupu bitau dah lama dia pakai mini blender chopper ni dari anak no.2 dia yang dah umur 5 tahun sekarang. Cuma ni kali ketiga dia beli mini blender chopper ni sebab dah rosak. Tapi setiap satu tahan lebih kurang 2 tahun rasanya.
Dia cakap mini blender chopper yang jenis ni memang elok berbanding yang lagi satu, boleh baca entry k.fiezz kat bawah mana ke rupa dia. K.fiezz pun pernah beli hat chopper jenis dalam entry bawah ni 2-3x kali tapi pakai beberapa kali je lepas tu rosak...Membazir je..Lagi satu bekas dia kecil tau so bila guna tak boleh sumbat bawang/cili banyak-banyak. Nanti tak boleh pusing. Letak ikan bilis pun macam serupa tak payah kisar..Aihhh sabor je lah sis...Agak tak puas hati juga lah beli..
Boleh baca kat sini < Mini Chopper Garlic >.
MINI BLENDER CHOPPER
So kali ni ada review jujur dari orang yang sis kenal beritahu mini blender chopper ni lagi elok, so why not..
K.fiezz order untuk mak dari Shopee sebab mak suruh buat cash on delivery hantar ke rumah di kampung. K.fiezz punya order kat tik tok shop..Kat shopee lagi untung sebab dapat coupon free delivery..Tapi tak kisah lah kan..
Lepas order beberapa hari, mini blender chopper ni selamat mendarat depan rumah..Apa lagi jom try...Basuh dulu sebab takut ada habuk-habuk ke apa melekat kat blender ni..Tak nampak kat mata kasar tapi tak semestinya tak ada..Jadi untuk selamat, basuh & bagi kering dulu..
K.fiezz ni ada sejenis penyakit was-was sikit bila part kebersihan..hehe...
6 Comments
MY pun ada mini chopper ni, tapi awal awal dulu je rajin pakai. sekanag malas pula..hahaha
ReplyDeleteAda juga 2 biji beli kat Shopee. Best pakai. Senang nak buat sambal.
ReplyDeleteBest ada chopper mcm ni
ReplyDeletelagi memudahkan kerja dapur , sepantas kilat dah boleh tumis bahan yang di blend tu
ReplyDeletebetul kak, kita kalau order, harini... kalau boleh harini juga sampai. kahkahkah jenis nak cepat je kan XD
ReplyDeleteSaya pun nak beli chopper. Soalnya kalo pakai blender, halus sangat, susah nak dibuat kasar 🤣. Sementara beberapa sambal sebaiknya jangan terlalu halus kan.
ReplyDeleteDi sini juga ada Chopper yg terkenal bagus kualitas dia. Tapi Hrg memang agak mahal. Makanya nak nabung dulu 😄