Tq Rabia for this gift. Love it..Bulan lepas birthday sis, Rabia ternampak post k.fiezz kat IG sis & mr hubby celebrate birthday.. Rabia dm k.fiezz kat IG tanya alamat..Wahhh ada orang nak bagi  hadiah kat sis lah..Perasan sangatt tau orang nak bagi hadiah..haha..Secara logik mesti lah bagi hadiah sebab tanya alamat..Betul tak?So betul ke Rabia nak bagi hadiah ni?hehe..

DAH SAMPAI BARANGNYA

Minggu lepas, barang yang Rabia order untuk k.fiezz dah selamat sampai kat rumah. Buka plastik parcel & tadaaa..Ada note Happy Birthday K.fieza sani..Hah betul kan tekaan sis..Hadiah..hehe

Tima kaseh Rabia..Suka lah warna dia..Memang jenis pilihan warna yang k.fiezz suka..Walaupun sis belum bertudung lagi, tak apa sis kumpul dulu untuk koleksi tudung..Mana tau tetiber dah terbuka pintu hati nak bertudung nanti, koleksi tudung dah banyak..hehe..

hadiah untuk kawan perempuan,tudung bawal cotton

Bagi mini love sikit...Salah eja pula nama sis tu..Tak apa lah..small the matter...

hadiah untuk kawan perempuan,tudung bawal cotton

Tudung bawal cotton yang Rabia bagi hadiah ni..

Apapun tima kaceh Rabia..Moga dilimpahkan lagi rezeki..Rabia, birthday bila?Nak balas bagi hadiah nanti...Meh bagi tarikh birthday..

So kalau korang nak mencari hadiah untuk kawan perempuan, tudung ni antara yang menarik juga untuk dijadikan hadiah...K.fiezz pun ada beberapa kali bagi hadiah tudung kat top pengomen blog...Perempuan senang nak cari hadiah. Untuk lelaki, pening sikit...haha

Pssttt - Dah tua-tua pun tetap excited tau dapat hadiah..hehe..

0 Comments