Wireless Mini Garlic Chopper pembantu baru di dapur yang mudahkan kerja-kerja memasak k.fiezz. Walaupun k.fiezz tak lah pandai sangat masak tapi tiap kali masuk ke dapur, memang nak cepat buat sesi potong-memotong bawang sebab sis nak layan tv. haha. Perangai sangat. haha.  K.fiezz kenal wireless mini garlic chopper ni secara kebetulan. Masa duk scroll shopee, terjumpa Mini Garlic Chopper ni. Walaupun nama dia ada perkataan garlic tapi boleh untuk kisar bawang merah, cili & lain-lain atau apa-apa yang kita nak kisar. 

Senang cerita, malas nak potong kecil bawang-bawang ni, sumbatkan saja dalam Mini Garlic Chopper ni. Biar dia yang tolong potongkan untuk kita. 

Manual Mini Garlic Chopper


Sebelum k.fiezz guna jenis USB Garlic Chopper macam dalam gambar bawah ni, k.fiezz pernah guna yang jenis manual Mini Garlic Chopper. Hat tarik-tarik tu. Kita kena tarik sendiri tali dia bila nak kisar bawang-bawang dalam tu. Okey tu okey cuma tak tahan lama. K.fiezz pakai dalam sebulan dua je Mini Garlic Chopper hat tarik tu sebab lepas tu tali dia longgar. Satu kerja pula bila nak kisar bawang kena adjust tali dia bagi elok, baru boleh tarik. Malas lah nak guna dah lepas tali dia dah longgar tu. Dah buang pun yang tu. Lama juga lah baru k.fiezz ganti sebelum beli jenis wireless mini garlic chopper ni.

Entry berkaitan < TEFAL CHOPPER >

USB GARLIC CHOPPER


Mini garlic chopper jenis USB atau wireless ni pun kebetulan ternampak masa scroll shopee.  Tengok video dan gambar yang seller letak Mini Garlic Chopper ni jenis tekan-tekan saja. Mula-mula tengok tu memang dah tertarik nak beli cuma tak berapa yakin. Masuk dulu dalam bakul. Duk lah diam-diam dalam tu sampai sis terbuka pintu hati nak buat pembayaran. hehe. 

Nak jadi cerita ada pegawai k.fiezz dah beli dulu. Masa nak keluar makan tengahari, naik kereta pegawai tu, k.fiezz nampak kotak mini garlic chopper ni dalam kereta dia. K.fiezz tanya lah dengan pegawai k.fiezz tu. Dia tunjuk kat k.fiezz cara guna usb garlic chopper ni. Masa dia tunjuk mini garlic chopper ni bila nak guna kita tekan saja atas dia & nanti dia automatik pusing, memang terus dalam hati confirm nak ni. hehe. 

Lepas dah tengok demonstrasi dari pegawai k.fiezz cara guna mini garlic chopper ni, terus laju-laju buat bayaran. 16hb Jun buat bayaran. 18hb mini garlic chopper sampai ke tangan. Excited nak guna. haha.

SENANG SEJAK ADA WIRELESS MINI GARLIC CHOPPER NI


Sampai je, terus rasmi guna. Memang tak sabar nak cuba sebab nak tengok keberkesanan dia. Eh, tapi sebelum tu kena caj dulu. Sebab dah berapa lama mini garlic chopper dalam kotak sebelum k.fiezz beli. Mesti bateri dia dah habis, yea tak. So bila dah fully charge je terus guna. 

K.fiezz cuba kisar bawang merah dulu. Bawang merah tu idak lah k.fiezz masuk seketul terus. Potong kecil-kecil lepas tu baru masuk dalam Mini Garlic Chopper ni sebab senang nak kisar, jadi idak lah dia tersangkut kat pisau dalam tu. Tekstur bawang lepas dah di kisar dalam Mini Garlic Chopper ni, kasar-kasar gitu. Macam kalau kita tumbuk bawang guna lesung batu. Tekstur dia kan tak berapa halus sangat. Hah macam tu lah hasil guna Mini Garlic Chopper  ni. Guna ni pun lagi best dari lesung batu. Macam k.fiezz kalau tumbuk guna lesung batu, isi dia lagi banyak keluar dari duduk diam-diam dalam lesung tu masa k.fiezz nak menumbuk. Geram rasa. Itu yang memang malas nak guna lesung batu. 

Dah ada mini garlic chopper ni, senang kerja. Dulu menumbuk. Tung tang tung tang. Kalau duk flat, marah orang bawah sebab tembus bunyi menumbuk lesung tu. haha.  La ni kita sumbatkan saja dalam mini garlic chopper, tekan & biarkan dia pusing-pusing dalam tu. 

wireless mini garlic chopper, usb garlic chopper, mini garlic chopper

Macam ni lah rupa dia dari bahagian luar bila dah habis kisar. 


wireless mini garlic chopper, usb garlic chopper, mini garlic chopper

Ni dari bahagian dalam.

Selain bawang merah, k.fiezz cuba kisar bawang putih, cili padi, cili merah & ikan bilis. Dua-dua bawang tu hasilnya memuaskan hati sebab dia elok potong kecil-kecil. Tapi cili padi, cili merah & ikan bilis tak berapa sangat. Sekali tengok macam sama rupa sebelum & selepas di kisar guna mini garlic chopper ni. haha. Jadi k.fiezz rasa mini garlic chopper ni, sesuai untuk bawang merah, bawang putih, halia & kunyit saja. 

Sejak dah ada pembantu mini ni kat dapur, bila mood k.fiezz malas nak guna blender besar tu sebab leceh nak basuh lepas guna, memang k.fiezz keluarkan saja si kecil mini garlic chopper ni. Saiz kecil & senang nak cuci. Nak simpan pun tak makan ruang yang banyak.   


ADA 3 SAIZ


Sebelum beli wireless mini garlic chopper ni, korang tengok dulu tau saiz apa yang korang nak. Mula-mula k.fiezz pun tak perasan dia ada 3 saiz. Macam biasa baca review dulu dari pelanggan yang dah beli. Terbaca satu review dari pelanggan dia terbeli saiz 100ml (kecil). Komen dia, untuk orang bujang okey lah saiz 100ml. Untuk orang yang kahwin, 100ml tu kecil. Bila baca komen tu, baru k.fiezz perasan wireless mini garlic chopper ni ada saiz berbeza. Mula-mula memang dah masuk dalam bakul saiz kecil (100ml), bila check saiz kat shaker. Berpandukan ml kat shaker tu, agak-agak besar mana saiz 100ml/250ml/300ml ni. Tengok paras 100ml tu memang kecil comel saiznya. Jadi k.fiezz tukar pilih saiz 250ml. Masa sampai Mini Garlic Chopper ni, memang ngam saiz dia. Boleh kisar 1/2 - 1 biji bawang merah besar & beberapa ulas bawang putih. Nak selit masukkan cili padi/cili merah atau sikit ikan bilis pun boleh sebab ada ruang lagi. Cuma jangan terlampau banyak sangat tau, nanti dia tak boleh nak pusing. Kalau tak boleh nak pusing, kena keluarkan sikit isi nya. Lepas tu kisar sikit demi sikit. 


Bateri Tahan Lama Ke?


Takat ni baru 3x caj sejak dapat kat tangan k.fiezz 18 Jun 2021 . Tapi k.fiezz tak lah guna selalu pun. Bila nak kisar bawang jadi tekstur kasar-kasar baru k.fiezz guna. Jadi mungkin sebab tu, bateri dia tahan lama. K.fiezz ada kongsi gambar/video wireless mini garlic chopper ni di IG. Ada orang komen, katanya tak tahan lama. Tak pasti lah k.fiezz nak jawab sebab baru guna. Lepas sampai kat k.fiezz dari bulan Jun sampai sekarang memang masih berfungsi lagi. Harapnya boleh bertahan lama lah, yea. 

Rating - Untuk wireless mini garlic chopper ni, k.fiezz bagi 5* sebab memudahkan kerja-kerja di dapur. 

Beli Di Mana?

Korang nak cari pembantu mini dapur ni, boleh klik link di bawah. 

Link > USB Wireless Garlic Chopper

4 Comments

  1. Semua kerja yang menyenangkan kita kena beli! heheh

    ReplyDelete
  2. lama dh crii heheh tqqq kak fieza share

    ReplyDelete
  3. adoi, mercun betul ni, ramai juga famili yg guna, geram sbb comel..

    ReplyDelete
  4. Berkenan laa mesin chopper ni . Nampak kecik comel semestinya lagi mudah proses nak memasak kat dapur . Lagi2 kalau terkejar dengan masa

    ReplyDelete