Tahun lepas kawan kat office lama k.fiezz ada bagi liptint jenama CPG. K.fiezz pun usya juga apa lagi yang ada dalam produk CPG ni..Bila tengok banyak yea produk-produk mekap bawah CPG ni..K.fiezz berkenan eyeliner CPG & mascara CPG..Sebab sis pakai dua-dua barang mekap ni & selalu cepat habis. Selain 2 item ni ada lagi barang-barang lain macam blusher, eyeshadow, beauty blender, lipstick  tapi sebab hat pakai sekarang pun ada lagi, malas nak beli lain. Kita kasi perabis dulu. 

Eyeliner & mascara ni k.fiezz minat nak cuba sebab selalu cepat habis. Lagi satu k.fiezz tengah cari eyeliner & mascara yang best. Best tu maksudnya bila nak lukis kat mata, ink dia senang je keluar tak payah nak oles 2-3x kali bagi warna tu nampak dan juga senang nak cuci. 

JATUH CINTA DENGAN EYELINER & MASCARA CPG

Memang jatuh cinta weiii dengan eyeliner & mascara CPG ni tau..Serius k.fiezz suka. Ada juga beli hat berjenama tapi tak boleh lawan produk CPG ni. Warna dia pekat & tahan lama. Tahan lama tu maksud k.fiezz sampai solat zuhur, masih nampak lagi eyeliner & mascara kat mata. Plus tak comot. Kalau eyeliner lain, sejam dua dah comot bawah mata..Aishhh..Udah lah bawah mata k.fiezz ni ada eye bag. Tambah pula eyeliner yang dah comot merata bawah mata..Kalau pakai eyeliner k.fiezz kena hati-hati sikit sebab risau comot..Tapi dengan eyeliner CPG ni so far so good. Puas hati..

Mula haritu k.fiezz beli 1 je..1 eyeliner & 1 mascara..Baru ni k.fiezz top up beli 3 eyeliner & 3 mascara sebab ternampak seller buat live, harga masa live murah sikit  RM4.99 untuk eyeliner & RM3.50 untuk mascara. So k.fiezz cadangkan kalau berminat nak beli, beli masa seller buat live...Mula tak tahu diaorang jual murah masa live, ingatkan sama je harga dalam live dengan harga biasa. Ada sekali tu ternampak seller buat live, k.fiezz pun macam biasa masuk dulu item dalam bakul. Masa nak buat bayaran lepas seller dah habis live, tengok balik kat dalam bakul dah berubah jadi harga asal..Aisehhh..Itu yang bila nampak seller live lagi, terus laju-laju masuk bakul & check out...Masa beli mula-mula haritu harga dua-dua item ni RM5.99/satu..

produk CPG, eyeliner CPG, mascara CPG

Semalam dah sampai eyeliner & mascara CPG ni kat depan rumah..Yeayyy..Buat stok..Nanti seller buat live jual murah, sis borong lagi..hehe..Nak raya nanti mesti ada promosi lagi ni..hehe..

produk CPG, eyeliner CPG, mascara CPG

Ni eyeliner & mascara CPG k.fiezz pakai...Suka sangat..Nampak kan warna eyeliner tu pekat. Sekali lukis je, warna dia dah boleh nampak & melekat elok kat mata. Sis loike...Biasa jenama-jenama eyeliner yang lain k.fiezz pernah pakai, kena 2-3x lukis baru lah keluar warna dia. Itu pun kadang jenuh tonyoh baru keluar. So lepas ni k.fiezz memang stick dengan eyeliner CPG je.. Mascara CPG pun boleh tahan juga. Bila pakai tu baru lah nampak bulu mata halus k.fiezz ni sikit..Kalau idak, tak nampak..Dalam gambar ni tak berapa nampak sangat sebab bulu mata sis memang malu-malu gitu..haha..


STICK DENGAN EYELINER & MASCARA CPG

So lepas ni tak pandang jenama lain. Sis setia dengan eyeliner & mascara CPG je..Lagi satu bila nak cuci senang je tau. Tapi tak pasti lah juga sebab k.fiezz pengguna cleansing balm. Macam korang tahu cleansing balm ni jenis minyak jadi senang je nak tanggalkan mekap kat muka. Kalau guna makeup remover tissue atau cecair, k.fiezz tak pasti yea..Kalau korang ada experience, kongsi lah kat ruangan komen..

Pssttt - Dah berusia ni baru rajin nak bermekap..Dulu malas..haha...

0 Comments