Post ni bukan nak menunjuk yea..Saja berkongsi cerita saja..

Arwah mak semasa hayat dia, memang suka shopping telekung..Pantang lah tengok telekung harga murah, k.fiezz lah yang kena order kan..Layan je lah sebab dah hobi mak gitu..Beberapa hari sebelum mak pergi, kitaorang ada attend wedding anak jiran masa duk rumah lama, mak bagi hadiah telekung & sejadah untuk pengantin baru..Telekung untuk pengantin perempuan & sejadah boleh lah digunakan suami isteri..Lepas mak dah tak ada ni, check koleksi telekung mak boleh tahan juga kuantitinya..Ada lah dekat 7-8 pasang rasanya..Pernah k.fiezz tanya dengan arwah mak, dah kenapa beli telekung sesaja, telekung yang ada dah tak elok ke..Mak cakap ada lah tukar-tukar bila solat..Idak lah asik guna telekung yang sama sampai dah bertaik lalat..Hah, gitu lah ayat mak...Hobi arwah mak beli telekung ni bukan lah baru, sebelum ni lagi..

Sejak mak dah tak ada ni, k.fiezz cuma ambil 1-2 helai telekung yang ada dalam koleksi arwah mak..Selebihnya dah bincang dengan abah k.fiezz, sedekah kat surau/masjid untuk digunakan dari terbiar dalam almari..Sekurang-kurangnya pahala orang yang gunakan telekung arwah mak ni dapat juga mengalir untuk arwah mak..


2 helai telekung arwah mak ni dah di letakkan kat surau pelawat blok rumah k.fiezz ni..

Tingkat yang ada surau ni pun agak meriah sebab ada dewan wedding, unit-unit perniagaan, taska. Jadi mungkin ramai lah yang singgah ke sini untuk solat..Harapnya telekung ini dapat dimanfaatkan oleh sesiapa yang menggunakan dan semoga jadi pahala berterusan buat arwah mak..Al-fatihah.

Ada beberapa helai lagi telekung arwah mak, cadangnya nak letak kat surau untuk penduduk blok k.fiezz ni kat tingkat 6..Tapi kena cari tempat sangkut telekung & hanger sebab kat situ, k.fiezz tengok diaorang letak gitu je telekung yang ada..Erm macam tak best pulak..Nanti lah ada bajet lebih, beli 2 benda tu dulu, baru letak telekung arwah mak..


Surau pelawat blok k.fiezz yang berada di aras 1..

Saja nak kongsi dengan korang, kedai Cik Epal Pizza Mendonia pun ada kat aras ni..

0 Comments