Korang dah daftar PADU ke?Sis dah..Amboi eksen..haha..Masa mula-mula PM buat pengumuman semua rakyat Malaysia kena daftar PADU ni, sis buat tak tahu je. Haha. Sebab sis sejenis malas nak isi-isi borang bagai ni. Tambah-tambah online, lagi lahhh malas..Sebab duk sangkut je semedang. Nyampah..Tapi nak tak nak terpaksa juga daftar sebab penjawat awam wajib. Lepas tu bos besor kat Jabatan sis pula bagi arahan, semua kakitangan wajib daftar PADU sebelum 1hb Februari. Halah halah..Sis ni dah la malaih...Nak jadi cerita, bos besor tanya pula k.fiezz? Dah buat PADU ke?Errrrk..haha..Memang jujur je lah sis cakap belum lagi..haha

DAFTAR PADU ONLINE

Lagi dua hari nak due date yang bos besor bagi, baru lah sis kelam kabut nak buat pendaftaran dalam website. Dari pagi sis try nak daftar tak lepas-lepas. Bila tekan button seterusnya dia duk buffering berpusing je..Aihhh..Ni yang malaih ni..Tanya member pejabat. Diaorang cakap kena refresh banyak kali. Ada yang buat pendaftaran dalam talian kat website, sekejap je berjaya..Ada tu beberapa kali..Hat mana yang berjaya pulak, ramai sangkut kat gambar selfie & kad pengenalan. Mr hubby pun sama sangkut kat situ..Sis, nak daftar pun tak lepas..Acane..haha..

TERUS DAFTAR KAT KAUNTER JAB.PERANGKAAN

Dari pagi tak lepas-lepas nak daftar kat website, sampai petang pun duk sangkut juga. Sis terus naik ke Jabatan Perangkaan kat blok sebelah je dengan jabatan k.fiezz. Memang ada pegawai kat Jabatan k.fiezz beritahu dia tak berjaya daftar online, naik kat Jabatan Perangkaan ni, kejap je setel. Bos k.fiezz pun sama juga. Tak lepas daftar kat website, naik ke Jabatan Perangkaan terus..

K.fiezz yang nak daftar pun tak lepas, apa lagi moh lah buat kat Jabatan Perangkaan. Nasib baik satu bangunan cuma blok sebelah-sebelah..Senang sikit kerja..

Sampai je kat Jabatan Perangkaan ni, tanya kat kaunter depan nak daftar PADU. Nanti staff Perangkaan bawa masuk ke bahagian dalam. Ada kaunter di buka untuk pendaftaran PADU..

Masa k.fiezz ke sini belah petang. Tak ada orang. Masuk je, kena tulis nama kat buku pendaftaran diaorang. Lepas tu terus ke kaunter. Bawa sekali kad pengenalan & salinan gaji  sebab nanti staff dia akan tanya untuk masukkan maklumat pasal gaji. Lepas tu staff perangkaan akan tanya juga benda lain yang berkaitan untuk masukkan dalam PADU..Siap...Memang kejap je weiii..5 minit je lebih kurang, dah siap...

Elok k.fiezz nak keluar, ada member pejabat call suruh tunggu dia sekali. Dia baru nak naik...

PADU

Ni duk tunggu member pejabat tengah buat pendaftaran PADU...Sis dah setel...
Dapat kalendar free..

PADU

Ni hah kaunter dia kat belah dalam. Kalau nak ke Jabatan Perangkaan Wisma FGV ni, naik je tingkat 14. Nanti nampak kaunter kat depan dulu. Beritahu nak daftar PADU, baru diaorang bawa masuk ke kaunter dalam ni pula..

SENANG DAFTAR PADU KAT KAUNTER

Untuk k.fiezz, daftar PADU kat kaunter ni lagi senang berbanding online sebab banyak betul cekadak kat website. Lagi satu kat kaunter ni tak payah nak ambil gambar bagai. 

Dalam kes k.fiezz ni nak daftar online pun tak lepas. Masa buat kat kaunter ni, mula-mula tak boleh juga tau. Rupanya related dengan mr hubby yang tak siap lagi PADU dia sebab sangkut kat selfie & kad pengenalan. Mr hubby tak masukkan nama k.fiezz bawah dia untuk ahli isi rumah. Itu yang k.fiezz nak daftar pun tak lepas. Bila beritahu kat staff Perangkaan tu, dia minta no kad pengenalan mr hubby. Dia semak memang betul mr hubby sangkut kat part selfie & kad pengenalan. Staff dia perakukan dalam PADU mr hubby & letak nama k.fiezz bawah ahli isi rumah. Baru lepas nak daftar PADU k.fiezz punya.. Eii macam-macam tau...Yang PADU mr hubby punya staff perangkaan tu beritahu dah tak payah gambar bagai. sebab dia dah perakukan. Cuma lengkapkan je mana-mana maklumat yang tak selesai..

Legaaa sis dah berjaya daftar PADU..Korang?Ehh..haha..Eksen pulak...Padahal sebab risau nama naik antara yang tak siap lagi kat Jabatan sis bertugas..haha...

Pssttt - PADU ooo PADU...Kalau korang ada ternampak booth / kaunter pendaftaran PADU kat mana-mana, sila lah buat..Lagi senang berbanding isi kat website...Ramai yang isi online, sangkut kat part selfie & kad pengenalan..

3 Comments

  1. dah daftar dah but lum penuh lagi isi nya.. senangnya ada kaunter mcm tu

    ReplyDelete
  2. CCL pun dah daftar PADU melalui kaunter pendaftaran diorang jugak . alhamdulillah selesai

    ReplyDelete
  3. Rabia tanya juga boss kena isi tak dia jwb tak payah. Klu dari jabatan bru kena isi

    ReplyDelete