Masa hari Merdeka yang lepas, k.fiezz & mr hubby bawa family k.fiezz ke Port Dickson. Kitaorang gerak awal dari KL jadi sampai sana dalam pukul 12 tengahari. Nak check in tak boleh sebab awal lagi, jadi mr hubby melencong bawa ke Muzium Tentera Port Dickson ni. Sebabnya kebetulan anak buah k.fiezz follow sekali, jadi rasanya memang cun sangat bawa dia ke sini. Boleh belajar sejarah & tengok kenderaan, senjata tentera. Biasa tengok dalam tv je. Ni kita bawa tengok depan-depan. Eh anak buah k.fiezz tak sekolah ke? Ceritanya anak buah k.fiezz ni dapat mc sebulan sampai hujung bulan September ni. Dia baru lepas jatuh motor dengan adik k.fiezz. Alhamdulillah kecederaan dia tak teruk sangat tapi calar balar lah juga kat tangan & muka sikit. Dah kebetulan dia dapat mc sebulan ni, kitaorang bawa lari kejap ke KL. hehe.  

KE MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON

K.fiezz pun excited juga ke Muzium Tentera Darat Port Dickson ni sebab tak pernah sampai lagi. haha. Peghak lah kejap tengok kereta kebal, kapal terbang/helikopter tentera. hehe. Teringat pula dulu pernah bercinta dengan tentera tapi putus di tengah jalan, eh terciter kisah lama pula. haha. Berbalik story jalan-jalan kat Muzium Tentera Darat Port Dickson ni. Meh kita pusing-pusing kat sini. 

Masuk PERCUMA.  Yeayyy. Tapi dalam muzium ada letak tabung, kalau nak bagi sumbangan pun dialu-alukan juga.


muzium tentera port dickson

Ni kat entrance Muzium Tentera Darat Port Dickson. Mula-mula ingatkan tutup. Rupanya tak..Tengok kereta berderet parking. Jenuh juga tunggu parking kosong. 

muzium tentera port dickson

Dari parking dah nampak dua kapal terbang tentera ni. Budak-budak tengok ni lagi lah excited nak masuk ke bahagian dalam muzium...

muzium tentera port dickson

Mak & anak buah k.fiezz...Sebelum masuk ke muzium ni..

muzium tentera port dickson

Secara keseluruhan kawasan muzium dari bahagian depan.

muzium tentera port dickson

Halah halah dalam menahan sakit masa ni, nak jugakkk bergambor..haha...
K.fiezz masa ni baru selesai menjalani satu prosedur rawatan. Effect dia perut k.fiezz agak sakit masa ni. Tapi menahan juga sakit demi untuk berjalan-jalan..haha...


muzium tentera port dickson

Abah & Mr hubby. Ni kat bahagian depan muzium sebelah pintu masuk. Deretan motor tentera lama.        

muzium tentera port dickson

Paparan berkaitan tentera darat. Boleh baca berkaitan sejarah tentera darat kat sini...Kalau rajin baca, tak rajin tengok saja. hehe. Dalam ni kereta kebal ada, senjata-senjata, peluru-peluru pun ada dipamerkan...


muzium tentera port dickson

Abah, adik & anak buah k.fiezz.. Tak tau lah ni tentera masa depan ke camne..hehe...


muzium tentera port dickson

Senjata tentera

muzium tentera port dickson

Deretan senapang tentera...Kagum dalam masa seram tengok depan-depan..Terbayang aksi tembak-menembak yang selalu tengok dalam movie kat TV...

muzium tentera port dickson

Dah puas berjalan dalam muzium, kita keluar pula..Anak buah k.fiezz bergambar kat salah satu jet tentera..jet lah kot nama dia kan..ke panggil kapal terbang..eh mana-mana lah..Pening pula nak fikir nama menda alah ni apa. haha...


muzium tentera port dickson

Mak sis pun tak lepas peluang bergambor dengan salah satu kereta kebal yang ada kat luar muzium ni...

muzium tentera port dickson

Mr hubby & anak buah k.fiezz pula kat depan kereta kebal...

muzium tentera port dickson

Deretan meriam tentera..Adik k.fiezz cuba sentuh kot...Tak tau lah dia buat apa masa ni..K.fiezz snap je..hehe...

muzium tentera port dickson

Kat bahagian depan muzium..Belakang tu keretapi..Belah sana sikit ada kereta kebal juga...

muzium tentera port dickson

Amboiii nak jugak bergambor kat tepi helikopter ni...Kemain tau....hehe...

muzium tentera port dickson


BERBALOI KE DATANG SINI?


Untuk k.fiezz berbaloi lagi pun masuk percuma. Hehe. Masuk percuma tapi macam-macam boleh belajar berkaitan tentera. Untuk anak-anak terutamanya boleh memupuk minat pada tentera. Mana tahu bila diaorang ke sini jadi tertarik untuk berbakti pada negara bila dah besar nanti. Dari  tengok kenderaan tentera, senjata tentera tu jadi berminat untuk menyertai pasukan beruniform ni nanti...

Lokasi muzium pun tak jauh sangat dari KL/Selangor/Melaka. Kalau nak berjalan-jalan yang dekat, k.fiezz rasa sini boleh masuk dalam senarai. Sesambil pi berkelah kat Pantai Port Dickson boleh lajak ke Muzium Tentera Darat Port Dickson ni pula. Tak silap k.fiezz lokasi pantai & muzium ni tak jauh sangat..

Jadi korang tak tahu nak ke mana bawa anak-anak bila cuti sekolah, boleh lah melawat Muzium Tentera Darat Port Dickson ni...Worth it...

SIS SUKA JALAN-JALAN...Menahan sakit pun jalan-jalan tetap onzzz...hehe...

3 Comments

  1. Aip Kak Fiez hati hati teringat kisah cinta tu. hehe (gurau). Cantik lah muzium dia. Saya suka juga tengok benda benda sejarah, rasa macam wow sangat orang zaman dahulu lagi dah ada ahli - ahli bijaksana mereka teknologi seperti ini.

    ReplyDelete
  2. Hahahha lawak la terbuakk kisah lama pulak. comel je

    ReplyDelete
  3. waa lama akak tak ke sini dulu masa syafi kecik mmg suka sgt dia ke sini

    ReplyDelete