Hari Isnin yang lepas, 12hb Oktober 2026 k.fiezz, mr hubby dan dak Kinah ada urusan di JKM & JPN untuk permohonan pengangkatan si dak Kinah ni secara rasmi..Permohonan pengangkatan ni boleh dibuat selepas cukup tempoh 2 tahun menjaga si Kinah ni...

Bermacam ragam & dugaan menjaga dak Kinah ni dalam 2 tahun sebelum permohonan pengangkatan dia ni..Kena jaga macam-macam sebab tak nak proses permohonan pengangkatan ni ada masalah bila dalam proses..Tapi walaupun begitu, tetap juga ada je insiden2 yang terjadi..Haha..Tak pe lah cabaran namanya tu..Apa dugaannya?haha..Kat bawah nanti sis story sikit..Sebelum tu nak share sesi nak memohon pengangkatan dak Kinah ni...

KE JKM DULU

Pagi Isnin tu kitaorang kena ke JKM kat KL dulu sebab pegawai yang jaga kes kitaorang ni nak terangkan sikit prosedur permohonan pengangkatan & juga nak tengok si dak Kinah ni okey ke idak..Kinah ni okey je cuma tu lah dia ni bila pi tempat-tempat yang lain dari rutin atau kebiasaan dia jejak contoh pejabat JKM ni, mula lah nak menangis..haha..Adeh..Kejap je kat sini, tak sampai 1/2 jam pun..Lepas tu terus gerak ke JPN kat Jalan Duta pulak..


FiezaSani

Ni sementara pegawai JKM buat fotostat dokumen, kitaorang wefie dulu..hehe...

KE JPN PULAK

Sampai kat JPN Jalan Duta, ambil nombor dulu, lepas tu baru lah ke kaunter untuk ambil borang permohonan pengangkatan & juga borang angkat sumpah..Isi 2 borang ni dulu, kemudian kena ke pejabat Pesuruhjaya Sumpah kat dalam bangunan yang sama..Dah siap isi & cop angkat sumpah, kena pi semula ke kaunter JPN untuk hantar borang permohonan pengangkatan..

Dak kinah masa ni dah tak mau duk diam..Adeh..Duk melalak dalam tu..Sabor je lah mami & dedi nengok dia..Dedi dah macam nak darah tinggi dengan dia..Haha..Sebab dia duk nangis, orang sekeliling harus lah menengok..Takkan tak tengok, yea tak?haha..

FiezaSani

Ni masa mula-mula nak ambil borang..Kena tunggu giliran, dia behave lagi..Lepas tu baru dia dah start meragam...Tapi rasanya dia nak susu..Sis lupa nak bawa turun sekali..Sebelum tu dalam kereta dia dah minum susu, ingat dia dah kenyang..Eh rupanya nak lagi masa tengah duk tunggu giliran nak hantar borang permohonan pengangkatan dia kat kaunter...Adeh...Mami pulak sejenis suka bawak beg kecik comey..Lupa anak kecik lagi kena standby susu dalam beg..haha..

FiezaSani

Selesai hantar borang permohonan pengangkatan, staff JPN terangkan nanti kitaorang akan dipanggil untuk temuduga pula..Bila?Bergantung kepada kepantasan pihak JKM untuk hantar laporan ke JPN..Slip ni sebagai bukti dah hantar borang permohonan untuk kitaorang follow up..Staff JPN ada kongsi juga permohonan biasanya ambil masa antara 2 - 8 bulan untuk kelulusan..Pegawai JKM yang handle kes kitaorang pulak share, bulan Jun yang lepas ada client dia hantar permohonan pengangkatan & bulan Ogos dah dapat surat pengangkatan..

Kitaorang?Tak pasti..Harapnya dipermudahkan & tak banyak masalah..

Masa hantar permohonan ni, sijil lahir Kinah yg asal JPN ambil..Nanti dapat sijil lahir yang baru dengan nama baru yang kitaorang dah pilih..

ANTARA CABARAN / DUGAAN 2 TAHUN JAGA DAK KINAH NI?

Masa mula-mula ambil si Kinah ni dulu, dia pernah yea terjun dari katil baby..Ni terjadi depan-depan kitaorang..Bila ingat balik sambil sembang topik ni memang tergelak..haha.,Masa tu k.fiezz, mr hubby & mama ada kat situ..Dah nampak si kinah ni berdiri dalam katil baby tapi yang k.fiezz 'farah..farah..duduk'..Mama pulak 'sit..sit..sit'..Mr hubby pulak dah cakap awal-awal kang terjun si Farah tu..tapi k.fiezz & mama duk cakap macam yang k.fiezz citer atas ni..Sekali amikkk ko..Memang si kinah terjunn..K.fiezz dah macam penjaga gol melompat sambut dia..haha..K.fiezz yang luka kat dahi & tangan sikit..Nasib baik dia tak apa-apa..yang penting dia tak apa-apa, sebab risau cedera ke apa, bawak ke hospital dah ada rekod..Tu yang kena jaga dia supaya tak ada masalah apa-apa untuk mudahkan proses pengangkatan dia ni..

Bulan lepas pulak, kinah terlibat dalam kemalangan sekali dengan abah & arwah mak masa kat kampung..Nasib Kinah baik, tak cedera apa-apa..Tapi mak yang tinggalkan kitaorang..waaaa..Jadi berbalik pada cerita accident ni, nasib baik juga polis yang ambil report pasal kemalangan ni tak masukkan nama Kinah sebab dia tengok sijil lahir kinah..So dia tahu kinah ni anak angkat dari JKM..Dia cakap tak nak ada masalah nanti..Alhamdulillah..Tak ada lah rekod Kinah terlibat dalam kemalangan ni..

2 minggu lepas pulak, si Kinah ni boleh pulak main-main kat kabinet dapur & duk calit racun lipas yang Rentokil letak sebab kitaorang ambil kontrak dengan diaorang..Setiap 2 bulan, pihak Rentokil akan datang ke rumah untuk letak gel racun lipas kat dalam rumah..Gel racun lipas yang dak kinah calit kat jari tu dah keras & kering pun..Tapi masa tu mr hubby ternampak..So risau lah kot ada pulak sisa yang melekat kat jari yang dia jilat tu..Mula bawa ke klinik bawah rumah tapi Dr advise suruh terus ke Kecemasan untuk pantau 24 jam..

Dah ke hospital kena tahan dalam wad pemantauan 24 jam takut ada effect apa-apa..So masa kat sini memang kena interview lah dengan beberapa orang Dr yang buat round ward..Salah seorang Dr  yang datang tu bitau kena buat report polis sebab masuk kecemasan atas kecuaian..Hmmmm..#pasrah je lah..Nak buat macamana...

Lepas tu Dr yang datang buat check, nak buat test kat dak kinah..Katanya tengok muka dak kinah ni macam pelik..Biasa kita dengar down syndrome, yang dak kinah ni dia nak buat test kromosom & genetik untuk pastikan kinah dalam kategori syndrome yang mana? Lepas tu nak rujuk dak Kinah ke pakar genetik..Masa diaorang duk bincang tu, k.fiezz dengar je diaorang cakap pasal study kromosom/genetik..Dalam erti kata lain nak buat uji kaji..Masa tu Dr nak ambil darah dak kinah untuk buat test kromosom tapi k.fiezz tanya kat Dr tu balik, si Kinah ni status bukan warganegara, caj amik darah tu berapa pulak nak kena bayar, kitaorang ni tak berapa nak berduit..hmmm..Terus tak jadi..Dr rekod je dalam sistem dah beritahu ibu kinah (k.fiezz) tapi KIV dulu..Lebih kurang macam tu lah yang k.fiezz dengar Dr cakap kat assistant dia untuk rekod dalam sistem..

Bukan tak nak buat test ke apa yang Dr cadangkan tu tapi kosss..Sebab sekarang status Kinah masih bukan warganegara jadi kos bila ke hospital, di caj atas tiket bukan warganegara..Biasa kitaorang bawa ke hospital kerajaan (HTA HKL), kos pendaftaran Kinah RM120 setiap pakar yang dia kena follow up..kalau ada 4 contoh macam sekarang, pakar jantung, kanak-kanak, mata & occupational terapi..Setiap satu ni pendaftaran RM120..Bukan berkira..tapi berkongsi..So dah dapat surat pengangkatan nanti, boleh guna GL sebab k.fiezz kakitangan kerajaan..

2 TAHUN PANTAUAN BAWAH JKM SEBELUM PENGANGKATAN

Tu lah kenapa kena berjaga-jaga atau berhati-hati supaya dalam pantauan 2 tahun di bawah JKM ni, elakkan lah anak pelihara tak cedera atau alami apa-apa yang boleh menyebabkan ada rekod..Sebab tak nak ada masalah masa proses permohonan pengangkatan anak ni..

Tapi macam kitaorang ni dah ada rekod yang kat Hospital sebab kes dak kinah jilat racun lipas tu, dah jadi kes kecuaian..Tak tahu lah ambil masa berapa lama permohonan pengangkatan ni..Tapi idak lah kitaorang biar je kinah masa tu..Terus ke Kecemasan, risau ada effect..K.fiezz lah yang jaga Kinah kat wad..Tak mandi, tak tukar baju luar/dalam sebab masa nak gerak ke hospital, ingat barang-barang Kinah je..Pampers, susu, baju, tumbler air panas dan air suam dia je..Harap-harapnya tak makan masa yang lama lah proses pengangkatan dia ni..Tapi kejadian ni, kitaorang sendiri yang terus report kat pegawai JKM handle kes kitaorang..Senang, mengaku je salah sendiri..Malas nak banyak cerita..

Semoga dipermudahkan lah urusan permohonan pengangkatan dak kinah kat JPN ni..Lepas dah dapat surat pengangkatan ni, baru ke step seterusnya pulak iaitu permohonan warganegara di KDN pulak..