Scroll scroll Tik Tok, nampak ada orang kongsi  zikir allahul kafi ni. Tertarik k.fiezz nak kongsi kat sini sebab dari maksudnya yang minta kita sentiasa bersyukur seadanya dengan apa yang Allah kurniakan pada kita.

Zikir Allahul Kafi ni juga elok diamalkan oleh ibu  hamil sambil usap perut. Jadi k.fiezz kongsikan zikir ni kat blog untuk rujukan diri sendiri & juga orang lain. 

Lagipun elok kita sentiasa berzikir, jadikan zikir Allahul Kafi ni sebagai rutin tak kira masa dan dalam apa juga situasi supaya kita bersyukur selalu dan mengingati Allah.


ZIKIR ALLAHUL KAFI


Allahul Kaafii - Allah yang mencukupi

Rabbunal Kaafi - Tuhan kita yang mencukupi

Qashadnal Kaafi - Tujuan kit adalah Allah yang mencukupi

Wajadnal Kaafi - Dan kita menemukannya yang mencukupi

Likulli Kaafi - Terhadap segala sesuatu Allah yang mencukupi

Kafanal Kafi - Yang memenuhi segala keperluan kita adalah Allah

Wani'mal Kafi - Dan Allah itu sebaik-baik zat yang mencukupi

Alhamdulillah - Segala puji bagi Allah


zikir allahul kafi

Sumber Gambar - Pinterest


5 KELEBIHAN ZIKIR ALLAHUL KAFI


Setiap zikir ada kelebihannya bila diamalkan. Apa kelebihan Zikir Allahul Kafi ni?
\
  • Membuat hati lebih tenang 
  • Dikabulkan keinginan 
  • Dijauhkan dari musuh
  • Melindungi diri
  • Dipermudahkan rezeki

Moga kita jadikan zikir sebagai rutin harian tak kira di mana jua dan dalam keadaan apa situasi.


ZIKIR..ZIKIR..ZIKIR....


1 Comments