Kedai makan ni pernah viral dulu,kan. Kenapa viral? Sebab kedudukan kedai yang dikelilingi pokok getah.  Jadi best lah bila makan kat sini. Makan sambil tengok pokok-pokok hijau keliling.Kat mana ni, k.fiezz?Lokasi kedai makan ni dalam daerah terletaknya kampung sis. hehe. Orang Perak sebut Kola kangsor..Orang Kay Ell sebut Kuala Kangsar. hehe. Kedai makan ni viral sebab lokasi dia dalam kawasan pokok getah. Faktor tambahan yang menyebabkan warung ni yang jadi tarikan orang ramai untuk menyinggah makan kat sini. Apa nama kedai ni?Warung Selera Kampung Bendang Panjang, Kuala Kangsar. Ataupun dikenali dengan warung makan pokok getah Kuala Kangsar.

APA YANG MENARIK LAGI KAT WARUNG SELERA KAMPUNG BENDANG PANJANG

Tarikan utama dia lokasi dalam kawasan pokok getah dan redup. Makan sambil menjamu mata dengan pemandangan yang jarang-jarang dapat di bandar macam KL. 

Faktor pelbagai jenis pilihan makanan di bawah satu bumbung pun menarik juga. Ada menu Malaysia, western, Korea/Jepun. Pilih lah ikut selera masing-masing. Masa k.fiezz & family ke sini time makan tengahari, ada menu berlauk (nasi putih) dan lauk-pauk cuma pilhan tak banyak. Mungkin sebab ada pilihan menu yang lain, jadi tauke kedai buat sikit saja lauk untuk yang nak makan nasi berlauk. Menu pilihan untuk nasi berlauk masa kitaorang ke sini, asam pedas + ulam-ulaman + sambal belacan. Tue saja. 

Jadi kitaorang order menu lain. 

warung makan pokok getah kuala kangsar,warung selera kampung bendang panjang

Pemandangan sekitar kawasan warung selera Kampung Bendang Panjang. 
Masa ni tenghari benornya tapi nampak redup je kawasan sekeliing sebab terlindung dengan pokok-pokok getah..


warung makan pokok getah kuala kangsar,warung selera kampung bendang panjang

Dari bahagian dalam kedai. Depan tu, stall untuk menu pencuci mulut. Salah satunya wafer..

warung makan pokok getah kuala kangsar,warung selera kampung bendang panjang

Kedai ni kat tepi jalan je tapi bila lalu tak nampak bahagian dalam yang pelanggan duduk ni. Dari jalanraya nampak bahagian depan kedai saja yang bertutup penuh. Masa kitaorang lalu ingatkan tutup sebab dari arah depan kedai tak nampak bahagian dalam yang ada kerusi meja tempat pelanggan duduk. Bila dah terlepas, baru k.fiezz nampak kedai buka rupanya sebab tengok ada pelanggan. Mak & abah k.fiezz cakap nak tahu kedai ni buka ke tutup, tengok kereta yang parking tepi jalan. Kalau banyak kereta, kedai buka...Kebetulan masa kitaorang lalu tak ada kereta kat sekitar tepi jalan area kedai ni sebab masuk kat dalam parking ada lagi yang kosong. Tempat parking jangan risau ada ruang cuma kalau dah penuh kena parking kat luar. 

Jadi kalau ke sini, korang kena perhatikan sikit. Mata kena tajam. Pandang bahagian dalam yang tersorok sikit dari arah jalan raya. Kalau nampak ada pelanggan duduk kat dalam kedai maksudnya kedai buka lah tu...

Apa yang kitaorang makan masa ke warung makan pokok getah Kuala Kangsar ni?

warung makan pokok getah kuala kangsar,warung selera kampung bendang panjang

Tengok dalam menu ada Sizzling Yee Mee. Yeaaa, my favourite. Harus lah order...
Yang ni nak letak telur & cendawan kena tambah RM..hehe...

warung makan pokok getah kuala kangsar,warung selera kampung bendang panjang

Wafer coklat pilihan anak buah k.fiezz..

warung makan pokok getah kuala kangsar,warung selera kampung bendang panjang

Nasi Goreng Pattaya jadi pilihan mak & abah..

warung makan pokok getah kuala kangsar,warung selera kampung bendang panjang

Ni menu pilihan adik k.fiezz. Set Mega tak silap nama dia. RM15..
Ada Oden macam kat family mart, Udon & Ramen...

warung makan pokok getah kuala kangsar,warung selera kampung bendang panjang

Favurite mr hubby, mee rebus..

Air...lupa pula k.fiezz nak ambil gambar. haha. Sebab air sampai lepas makanan dah dapat. Dah makan khusyuk lah menjamu selera. Perut pula lapar..Memang win..hehe..

Air yang kitaorang  order - ABC, Chocolate, Kopi Ais, Air Suam & Ais kosong.. Abah k.fiezz order air kopi ais tapi tertinggal. Kitaorang semua dah dapat air, abah tak dapat. Panggil balik staff, beritahu satu lagi air tak dapat. Tak tunggu lama, kopi ais abah sampai ke meja. Time bayar baru tahu kopi ais abah tak ada dalam list order. Tapi tak apa, small the matter. Order kemudian, cepat je sampai. So okey le tu..Servis tip top...

Overall makanan kat sini boleh tahan. Just nice orang putih cakap. Boleh lalu kat tekak. Setiap menu-menu yang kitaorang order ni ada rasa. Idak lah plain rasa dia. Jadi okey lah menu-menu kat sini. Selain yang kitaorang order ni, ada lagi menu-menu lain tapi kitaorang ke sini time makan tengahari, jadi order menu berat kecuali anak buah k.fiezz yang order wafer. Biasalah budak, bukan macam kita ni time makan tenghari nak menu berat. Apa yang diaorang nampak best dalam menu, itu lah yang jadi pilihan. Tak kisah lah kan ikut selera sendiri.

Harga mahal tak? 

Untuk k.fiezz standard harga macam kat KL juga. Tak murah & tak mahal. Insyallah, rasanya mampu di bayar. Total kitaorang makan & minum > RM60 lebih..

Rekomen tak ke Warung Makan Pokok Getah Kuala Kangsar ni?

Rekomen..Kalau nak kelainan menjamu selera kat kedai makan yang sekelilingnya penuh dengan pokok getah boleh cuba ke sini. Menarik sebab pemandangan yang susah nak jumpa kat kedai makan area bandar besar macam sis yang duduk kat KL ni. Jadi sesekali makan dengan environment macam ni, layannns...Tambah pula kat kampung halaman. Bangga sebab ada kedai makan viral kat sini. hehe..

SUKA JALAN-JALAN CARI MAKAN.....

5 Comments

  1. viral kan tempat ni dulu..sekarang macm slow skit..

    ReplyDelete
  2. Wahh area kuala kangsar ya .. Enviroment tempat makan dalam pokok getah ni memang tenang . Makanan pun banyak pilihan lagi best laa nak buat family:gathering

    ReplyDelete
  3. wah tak penah tau ada warung ni bolehlah try nnti

    ReplyDelete
  4. Bestnya boleh JJCM ni...SA kurang ada masa nak pi berjalan....

    ReplyDelete