Masa ke Port Dickson cuti hari Merdeka haritu, mr hubby bawa kitaorang ke Extreme Park Port Dickson sebelum check in. Tak plan pun nak datang sini tapi lepas melawat muzium tentera Port Dickson, cadangnya nak check in hotel. Sekali tak boleh check in lagi sebab belum pukul 3ptg. Jadi mr hubby ajak ke Extreme Park Port Dickson ni sementara nak tunggu pukul 3. Dari hotel yang kitaorang nak menginap tu nak ke sini lebih kurang setengah jam. So moh lah buang masa kejap kat Extreme Park Port Dickson..

Ada apa kat sini?Mainan-mainan yang ala-ala extreme walaupun family k.fiezz idak lah extreme sangat.  hehe. Tapi dah mr hubby yang ajak, follow sajo..hehe


EXTREME PARK PORT DICKSON


Sebelum tu mr hubby tanya adik k.fiezz nak naik ATV ke idak?Adik k.fiezz cakap okey je. Tapi dah sampai kat Extreme Park Port Dickson ni dia tak berani pula. haha. Sebabnya adik k.fiezz baru lepas jatuh motor. Macam fobia lagi lah ceritanya. Jadi idak lah naik ATV. Adik k.fiezz tukar naik go-cart je. Itu pun bawa slow motion je. haha. Takut tak hilang lagi sebab baru jatuh motor..


extreme park port dickson

Dari arah depan jalanraya, boleh nampak sign flag tanda X Park ni, dah sampai lah tu maksudnya...

extreme park port dickson

Pemandangan dari arah parking. Luas yea uoll..Ada booth jual makanan juga. Dah penat main, lapar. Boleh order kat sini. 

extreme park port dickson

Bahagian dalam

extreme park port dickson

Bahagian dalam lagi tapi yang ni k.fiezz ambil mengadap belah belakang..Kat depan banyak lagi kerusi meja..So no worry yea...

extreme park port dickson

Anak buah k.fiezz baru lepas naik go cart dengan adik k.fiezz. K.fiezz, mak & abah duduk di tepi sambil minum air je. Nak main sekali, idak lah..Sis bukan adventure orangnya...

extreme park port dickson

Rate harga mainan yang ada kat sini..

extreme park port dickson

Adik & anak buah k.fiezz naik go-cart. Sebelum mula, staff dia bagi penerangan sikit...Tempoh main go-cart ni 10 minit..Go-kart ni ada 2 jenis. Satu single & satu double seat. Kalau yang nak naik ada partner atau bawa anak-anak, boleh ambil double seat...


extreme park port dickson

Sesi memanah...Pilih jangan tak pilih...Untuk memanah ni sekali main, 12 arrow. Ni adik k.fiezz & mr hubby berlawan, jadi 6 arrow seorang...


extreme park port dickson

Adik k.fiezz & mr hubby berlawan siapa yang paling teror. Kononnya lah..Rasanya keputusan lebih kurang je..haha...


BEST KE EXTREME PARK PORT DICKSON NI?


Best ni subjektif tapi nak tahu best ke idak kena lah cuba sendiri ke Extreme Park Port Dickson yang ada aktiviti ATV, memanah, paintball & go-cart. Bagi k.fiezz tempat dia luas, selesa & bersih. Kemudahan tandas pun bersih. Tempat laluan untuk go-cart boleh tahan panjang. Cuma laluan untuk ATV, k.fiezz tak pasti lah pula yea sebab kitaorang tak naik ATV masa ke sini...

Masa kitaorang ke sini tak ramai orang jadi memang rasa tempat ni kitaorang yang punya..hehe..

Ada booth untuk beli makanan/minuman. Tak tau pula k.fiezz tempat extreme park macam ni ada jual makan/minum juga tau. Maklumlah jarang masuk tempat-tempat macam ni. Sis bukan kaki adventure punya orang..

Overall Extreme Park Port Dickson ni boleh diterjah untuk siapa yang suka buat aktiviti adventure..

Lokasi - Jalan Pantai, Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, N.9

SIAPA SUKA AKTIVITI ADVENTURE?Tak geng sebab sis bukan..hehe...

3 Comments