Ulang staycation kat Glory Beach Resort Port Dickson, uolls..Amboi best sangat ke kat sini, k.fiezz sampai datang menginap ke sini semula..Mesti seronok sangat kat sini, kan..hehe. Tak tau lah nak cakap seronok ke idak, ikut pada pengalaman masing-masing. Macam k.fiezz & mr hubby, kitaorang rasa kat sini penginapan dia selesa & sesuai datang ramai dengan family sebab jenis apartment

Sebelum ni kitaorang menginap kat Glory Beach Resort Port Dickson, booked aparment yang memang bawah management hotel. Kali ni, kitaorang booked hotel dengan owner sendiri. Kisahnya tak tahu pun booked direct dengan owner aparment kat sini. Ingatkan bawah pengurusan hotel juga. Sekali masa nak check in ada masalah. Pihak hotel tak jumpa reservation yang mr hubby dah booked sehari sebelum. Aihh pelik ni. Lepas tu staff hotel cakap mungkin kitaorang booked yang bawah owner sendiri. 

Mr hubby check balik whatsapp, betul rupanya. Patut lah owner ada bagi arahan kat whatsapp tapi mr hubby baca gitu je sebab ingatkan kena register check in juga. Bila tak boleh nak check in tu, baru lah call owner & dia cakap ikut je cara nak masuk ke rumah macam instruction dia melalui whatsapp. Jadi tak perlu nak check in bagai kat lobi Glory Beach Resort. Kitaorang terus ke blok A yang terletak kat sebelah saja. Masih dalam kawasan yang sama cuma blok berbeza. Untuk aparment bawah pengurusan hotel, blok C & untuk blok yang direct owner blok A. Ada lagi 1 @ 2 blok kat situ, tak pasti bawah hotel juga atau owner rumah.

Entry Berkaitan < STAYCATION >

MENGINAP KAT APARTMENT GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON


Jom tengok mana ke rupa aparment Glory Beach Resort Port Dickson yang kitaorang menginap ni. 


glory beach resort port dickson

Ni Blok A yang kitaorang deal direct dengan owner rumah.

glory beach resort port dickson

Pemandangan dari tingkat 9 penginapan kitaorang. Sebelah tu Lexis. Apartment kitaorang menginap ni mengadap kolam renang Lexis. Kolam renang Glory Beach Resort kat belah tepi. Tak nampak dari sini.


glory beach resort port dickson

Rumah yang kitaorang stay kali ni lain sikit design dia dari yang sebelum ni. Masuk je kat dalam rumah, ada tangga naik ke atas. Rupanya rumah ni 2 tingkat weiii..

glory beach resort port dickson

Tangga untuk ke tingkat 2. Ada 1 bilik kat atas ni. Besar bilik dia. 



glory beach resort port dickson

Siap ada mesin basuh lagi tau..Boleh lah nak cuci baju tapi sebab kitaorang masa ni menginap 1 malam je, idak lah gedik nak cuci baju bagai. hehe. 

glory beach resort port dickson

Dapur. Kelengkapan dapur semua cukup. Nak masak air, panaskan makanan boleh je..

glory beach resort port dickson

Ruang tamu..Lengkap dengan sofa, meja kopi, tv..Okey sangat lah...


glory beach resort port dickson

Bilik pertama. Katil single & ada aircond..

glory beach resort port dickson

Bilik ke-2..

Bilik air kongsi kat tingkat bawah ni..


glory beach resort port dickson

Bilik kat tingkat atas besar. Ada 2 katil queen size, extra bantal/selimut..
Cuma bilik atas ni agak sunyi sikit. Adik k.fiezz masa kitaorang sampai, dia tidur kejap kat tingkat atas ni. Penat..Bila dah malam, dia conquer bilik bawah hat katil single tu, padahal mak k.fiezz dah cop dulu. Sabo je lah..haha..Penakut..


glory beach resort port dickson

Kolam renang boleh guna juga yea walaupun kita bukan duduk kat apartment bawah pengurusan hotel. 

glory beach resort port dickson

Mr hubby & anak buah k.fiezz tengah sakan mandi dalam kolam renang. Sis biasa lah, photographer sajo..hehe..


BEST TAK KAT SINI?

So experience menginap kat apartment kali ni best tak?Overall okey, lebih kurang je dengan yang sebelum ni cuma rumah yang kali ni kan ke 2 tingkat..Bila naik ke tingkat atas, dia macam feeling seremmm sikit. Bukan k.fiezz je, mak, adik k.fiezz pun cakap sama..Balik dari bercuti kat sini, adik k.fiezz demam..Tak tau lah sebab dia pi mandi laut tengah-tengah panas ataupun kena tegur, orang tua cakap. hehe. Idak lah tuduh pula kata rumah ni berhantu pula tau. Cuma untuk kitaorang, tingkat 2 yang ada 1 bilik besor tu, agak serem sikit bila masuk dalam bilik dia. Nak naik ambil selimut, bantal kat dalam bilik tu kitaorang naik berdua/bertiga. Tak berani naik sorang. hehe..

Masa menginap kat sini, penyudahnya semua tidur kat tingkat bawah je. K.fiezz & mr hubby tidur dalam bilik no.2. Adik k.fiezz tidur kat bilik no.1. Mak, abah & anak buah k.fiezz tidur kat ruang tamu. Bentang toto, letak bantal, tarik selimut..Zzz..lena sampai pagi esok..hehe..Tak ada lah kena kacau ke apa. Elok je..Alhamdulillah...

Kalau korang nak bercuti ke sini, memang k.fiezz rekomen sangat. Selesa, kemudahan macam kedai makan pun dekat, nak beli makanan/minuman speedmart ada...Terbaik..Strategik..Itu yang kitaorang sampai repeat bercuti ke sini..hehe..


SHORTVACAY SESI TERAPI MINDA...

1 Comments

  1. Morning Fiez... kalo snap gambar mode panorama ke? kite pun nak gi staycation gakkk... jommm, InsyaAllah next entry...

    ReplyDelete