Baru nk update kisah shortvacay raya k.fiezz & family mertua bercuti di Teluk Batik masa hari raya haritu. hehe. Busy gitu. haha. Raya ke-3 atau ke-4 rasanya kitaorang ke sini untuk shortvacay. Menginap kat Teluk Batik Holiday Apartment ni semalam je. Saja nak cuti-cuti sekejap. Lama tak cuti sejak COVID menyerang. Ni dah okey sikit walaupun tak fully, kita ambil mood cuti-cuti start dengan shortvacay dulu. hehe.


TELUK BATIK HOLIDAY APARTMENT


Part booked hotel, seperti biasa mr hubby yang uruskan. Mr hubby pilih apartment untuk 3 bilik. Tapi yang kitaorang dapat bukan aparment tau, sebiji rumah weiii. Penat turun naik tangga. Eh penat pun tak apa. Berbaloi dengan harga dia. Besar giler rumah dia. Nak cuti ramai-ramai, malas nak sewa 2-3 biji rumah boleh booked kat sini je. Senang berkumpul, buat aktiviti satu rumah sekali. Ruang dalam rumah pun luas. Ada port untuk BBQ (2 tingkat port untuk BBQ)..

Nak tengok rumah yang kitaorang menginap ni..Jomsss

kita ke Teluk Batik Holiday Apartment....

teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Singgah kedai makan - Nasi Ayam sebelum sampai ke tempat penginapan. Masa raya kedai banyak tutup lagi, jadi main singah je mana-mana kedai yang buka untuk isi perut dulu. Ni kat pekan Manjung (kalau tak silap k.fiezz lah). Lupa. Haha. Dah lama baru nak update. Memang ingat-ingat lupa lah ceritanya..


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Dah sampai kat tempat penginapan. Ni tengah tunggu mr hubby register untuk check in. Mak Long & Arif selfie sesambil tunggu pak long..


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Teluk Batik Holiday Apartment.. Register & check in kat sini, nanti staff dia akan bawa ke apartment yang kitaorang dah booked. Penginapan kitaorang bukan kat sini. Sini untuk bilik-bilik saja. Kitaorang yang booked apartment, penginapan kat tempat lain. Tak tahu pun kisahnya, main booked je dalam Agoda. Mr hubby pilih aparment 3 bilik. Imaginasi kitaorang apartment biasa yang ada 3 bilik. Eh sekali rupanya..bukan yea...

teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Ni pattern rumah yang kitaorang menginap haritu
Gambar - Sumber dari Mr Google


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik


Rumah 3 tingkat setengah. Jenuh turun naik tangga. Dalam kawasan perumahan homestay ni (tak ingat nama Taman dia). Kat sekitar sini tak ada apa-apa tarikan. Kalau datang cuma untuk rilex & tak nak buat aktitivi yang heavy,boleh pilih penginapan kat sini. 

Jom tengok dalam rumah...

Rumah ni ada 3 tingkat setengah. Meh k.fiezz introduce setiap tingkat. Tingkat 1, k.fiezz lupa ambil gambar. hehe. Tapi k.fiezz ada rekod dalam video. Boleh tengok kat link youtube k.fiezz kat bawah ni.

Tingkat 1 - Ada 1 bilik, 1 bilik air & bahagian luar ada inflatable swimming pool, mesin basuh & tempat sidai kain

Tingkat 2 -  Ada 1 bilik, 1 bilik air, dapur (dapur basah & kering [tempat untuk bbq]), ruang makan & ruang tamu

Tingkat 3 - Ada 3 bilik (masterbedroom & 2 bilik), 2 bilik air ( 1 dalam masterbedroom & 1 kongsi), iron board & iron

Tingkat 3 1/2 - Ruang BBQ & pemandangan

Dalam rumah fully berpenghawa dingin. So no worry tak ada isu kepanasan..hehe

teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Tingkat 2 - Bilik Tidur..


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Tingkat 2 - Dapur basah & dapur kering [untuk BBQ kat sini]..
Dapur dia pun complete semua perkakas dapur..


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Tingkat 2 - Meja Makan


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Tingkat 2 - Ruang untuk lepak, peti ais, microwave & oven


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Tingkat 2 - Ruang tamu, TV


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Tingkat 2 - Ruang tamu, TV


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Berehat jap lepas penat duk singgah sana sini sebelum sampai ke sini. 


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Ni masterbedroom kat tingkat 3. Sekali dengan bilik air dalam ni. Ada juga almari & meja mekap.


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Laluan nak ke bilik air dalam masterbedroom.


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Bilik air dalam masterbedroom..


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Bilik no. 2 & 3 di tingkat 3


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Bilik no. 2 - tingkat 3


teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Bilik no. 3 - tingkat 3



teluk batik holiday apartment,bercuti di teluk batik

Tingkat 3 1/2 - Naik kat sini dapat tengok view ni & ruang untuk BBQ. Sorry lupa ambil gambar tempat bbq & kat tingkat atas ni.


BEST TAK KAT SINI?

Overall penginapan kat Teluk Batik Holiday Aparment ni menarik juga sebab rumah dia besar. Kelengkapan dalam rumah semua ada termasuk mesin basuh. Termasuk dengan ampaian kain. Cuma satu je, tuan rumah ada hiasan dinding gambar harimau kat tingkat bawah. So masa menginap kat sini, k.fiezz scary bila turun ke tingkat 1. Rasa macam mata harimau tu duk perhatikan je bila k.fiezz bergerak kat sekitar tingkat 1 dan naik tangga. hehe. Mungkin perasaan je rasanya. Gambar tu elok je duk kat situ..Sejenis penakut..Suka fikir bukan-bukan..hehe.

Sesiapa yang suka bercuti beramai-ramai, k.fiezz suggest rumah ni sesuai sangat. Boleh share sewa sorang sikit. Jimat.. Berapa rate kat sini?RM800++ / semalam. Masa check in pihak hotel ambil deposit RM100 tapi no worry, nanti masa check out dorang bagi semula. Cuma jangan bagi rosak barang dalam rumah atau ambil apa-apa. Itu yang kena letak deposit dulu masa check in.

TARIKAN KAT SEKITAR SINI

Area sini tak ada apa sangat tapi nak beli barangan hasil laut, jalan-jalan tepi laut boleh ke Lumut. Pantai ada berdekatan dengan kawasan perumahan ni tapi tak pasti jauh ke tidak jalan kaki. Sebab tengok dari tingkat atas rumah, nampak macam dekat. Kitaorang pun tak ada jalan-jalan ke situ.  Jadi tak pasti nak cakap boleh berjalan kaki ke tidak untuk ke pantai berdekatan.  Boleh lah cuba kalau korang bercuti ke sini. 

Nak gi P.Pangkor?Pun boleh je. Sebab sini dekat dengan jeti untuk ke Pangkor.  

Kat sini untuk k.fiezz, tempat dia rilex je. Tak havoc. Jadi kalau saja nak bercuti release tension, malas nak buat aktiviti yang asyik duk keluar je, sesuai lah duk kat sini. Kitaorang masa ke sini haritu pun, punya malas nak keluar, order makan kat Grab Food/Food Panda. Mr hubby order Pizza Hut untuk makan petang. Adik ipar order makan malam. Benornya ada buat juga BBQ tapi sejenis perut melayu, tetap nak nasi malam-malam. So malas nak keluar sebab kat sini macam k.fiezz mention tak ada apa-apa tarikan & kedai pun agak jauh. Jadi kita order online je lah..hehe..

Alamat rumah yang kitaorang duduk ni > No 132 Jalan Utama Marina Island

Nak tengok dalam rumah, klik video kat bawah ni. Sorry bergegor sikit sebab rekod sambil berjalan. hehe..Lepas ni nak bercuti kena bawa Gimbal k.fiezz tu..




SHORTVACAY YANG VERY DA SIMPLE...

1 Comments

  1. aduyai mmg sesuai la rumah ni utk rilek2.. semua dah lengkap buat apa nak keluar lagi kan.. kalau keluar pun ke pantai je

    ReplyDelete