Untuk yang rajin masuk ke blog k.fiezz, mesti tahu k.fiezz & mr hubby masih ttc sampai sekarang. Dah berapa tahun?Belas tahun dah uolls. Macam-macam cara dah k.fiezz dan mr hubby cuba untuk dapat fiezasani junior & antara cara k.fiezz buat dengan kesan waktu subur guna OPK test. Masa baru-baru kahwin dulu tak tahu pun ada OPK test ni. Selepas beberapa tahun & joint group TTC baru tahu kewujudan OPK test ni. Apa OPK Test ni?

OPK TEST?

Secara ringkasnya OPK test ni, strip untuk buat ujian kesan waktu subur kita kaum isteri. OPK test ni sama macam UPT test cuma bezanya UPT untuk test pregnant ke tidak, OPK ni pula untuk test mencari waktu subur kita. Perlu ke tahu waktu subur?

Bagi yang sedang berusaha untuk dapatkan baby macam k.fiezz & mr hubby ni, wajib tahu waktu subur supaya senang buat projek suami isteri. hehe.

Lebih detail pasal OPK test, korang boleh baca kat SINI..

RUTIN  SETIAP BULAN BUAT OPK TEST CARI WAKTU SUBUR


Yea..Setiap bulan, habis je period k.fiezz akan buat OPK test ni untuk kesan waktu subur k.fiezz. Untuk period cycle k.fiezz yang tak berapa nak tetap ni, biasanya digalakkan untuk buat OPK test sebaik sahaja habis period. Buat OPK test setiap hari sampai dapat 2 line terang. Selepas dapat 2 line terang tu, buat lagi beberapa hari. Kalau line makin pudar, maksudnya yang masa kita dapat 2 line terang sebelumn tu adalah waktu subur kita. Lepas tu boleh stop OPK test & tunggu 2ww (2 waiting week) samaada kita berjaya hamil ke tidak. 

Masa dapat 2 line terang tu, kita dah boleh start bd (baby dancing) dengan mr hubby, yea. Hehe. Kalau larat boleh buat tiap hari. hehe. Kalau tak, bd selang 2 hari. hehe..Ikutlah pada badan masing-masing, yea..hehe..Ni sebagai salah satu usaha kita suami isteri saja. Berhasil ke tidak, atas rezeki dariNYA..

OPK TEST SAIZ BESAR


K.fiezz dulu masa buat OPK test ni biasa beli yang saiz kecil tu tau. Jenuhhh lah nak tengok kalau line samar-samar. So lepas tu k.fiezz cuba beli OPK test saiz besar sikit dari seller yang biasa k.fiezz beli.

Baru lah puas hati bila tengok line naik. Kalau line samar-samar pun boleh nampak. Tak payah beria nak tenung OPK test bawah lampu. 

OPK test, kesan waktu subur,

OPK test yang memenuhi piawaian k.fiezz sebab senang nak tengok line samaada samar atau pun terang iaitu positif (2 line)...


OPK test, kesan waktu subur,

Ni kedai yang k.fiezz beli OPK test saiz besar kat dalam shopee. 

TRUSTED SELLER


K.fiezz memang banyak kali dah beli kat seller ni. Dipercayai & servis pantas. K.fiezz tiap kali nak top up OPK test je, beli kat dia. Masa mula-mula dulu k.fiezz nak tanya soalan berkaitan OPK test, dia sangat okey layan yea tapi dengan syarat wajib beli kat dia. Kalau beli kat orang lain tapi tanya soalan kat dia, dia tak layan. Sebelum nak tanya soalan pun,dia akan minta kita screenshot apa-apa bukti yang kita pernah beli OPK test dengan dia. Kalau confirm beli dengan dia, baru dia layan.

Untuk k.fiezz fair dia strict macam tu, kalau tak jenuh nak layan. K.fiezz faham sebab pernah jadi seller juga. Customer beli kat orang lain tapi tanya soalan kat kita..Haih, penat nak layan..Orang lain dapat duit, kita yang kena layan..So kalau korang yang baru nak berjinak-jinak dengan OPK test & ada apa-apa soalan, pastikan beli dengan seller ni kalau nak di layan soalan-soalan korang tu. Tapi jangan risau beli dengan seller ni, dia dah bagi guideline cara guna OPK & masa bila nak guna OPK test. So mudahkan kita untuk rujuk. Tak perlu nak cari kat Mr Google atau tanya soalan pada seller

CARA ALTERNATIF


OPK test ni salah satu cara untuk kesan waktu subur bagi mudahkan kita & pasangan berkolaborasi hasilkan baby (hehe). Tapi apapun rezeki dariNYA. Kita usaha saja..Selebihnya doa & tawakal. Insyallah..Aamiin...

USAHA TANGGA KEJAYAAN..hehe...

1 Comments

  1. mama doakan semoga fiezasani jr segera muncul amin. tq for sharing opk test

    ReplyDelete