Kat area pejabat k.fiezz ada satu food truck. 1 je?Ha'ah korang tak salah baca. Memang satu je. hehe. Baru juga lagi food truck ni menjual kat area pejabat k.fiezz ni. Ada sekali, pegawai k.fiezz belanja ayam goreng kunyit yang beli kat food truck tu. Orang belanja kita ambil. Rezeki jangan di tolak. hehe. Masa makan, member k.fiezz beritahu ayam goreng kunyit yang kitaorang tengah makan masa tu dari food truck yang jual area ofis kitaorang. Memang khas jual ayam goreng kunyit saja. Ayam Goreng Kunyit Mat Rock nama dia. K.fiezz dengar je lah nama dia. Eh rupanya glamour juga ayam goreng kunyit mat rock ni. Bila google, meriah gambar orang share. Laaa. Glamer rupanya weii Ayam Goreng Kunyit Mat Rock ni.

Lepas dari tu, baru k.fiezz ada nampak juga stall yang jual ayam goreng kunyit mat rock ni kat dalam food court AEON. 

Dari situ lah k.fiezz kenal ayam goreng kunyit mat rock ni, hah. Sebelum tu memang tak kenal. hehe. #ketinggalan..

CUBA SEKALI NAK LAGI


Hah..Dah cuba sekali yang pegawai k.fiezz belanja sebelum tu, memang nak lagi. haha. Sebab sedap weiii. Ikut tekak k.fiezz yang tak mengada-ada ni, memang sedap. Tambah pula ada sambal dia tu. Fuhhhh layan bila makan sambil tersrotttt srottt air hidung nak meleleh. haha. Pedass sambal dia tapi sedap. 

Simple je menu dia. Nasi Putih + Sambal + Kicap + Ayam Goreng Kunyit. Itu je..Simple tapi sedap. 

Ni ikut selera k.fiezz lah yea. Lain orang lain seleranya. 

ayam goreng kunyit, ayam goreng kunyit mat rock


ADA APA LAGI SELAIN AYAM GORENG KUNYIT MAT ROCK NI?


Selain dari ayam. Ada juga haiwan lain. hehe. Contoh - Daging, Seafood goreng kunyit. Tapi harga berbeza lah yea. Macam ayam goreng kunyit ni RM7.00...


ADA PILIHAN MAKAN DI OFIS


Yea ofis k.fiezz ni, ada 1 cafe je. Tapi menu dia errrr..haha. Malas nak cakap. Kang kata tak bersyukur pula kan. Tapi kadang-kadang nak juga makan menu lunch yang lain selain dari cafe. Hari-hari makan lauk yang lebih kurang sama, jemu juga weiii..

So ada food truck ni, ada pilihan lain untuk menu lunch kat ofis. Idak lah asyik menu kat cafe yang sama sampai kadang-kadang berkerut dahi nak pilih makan apa sebab hari-hari sama je menu dia. hehe

SUKA PEDAS YANG TAK BERAPA NAK PEDAS..Acane tu..hehe...

0 Comments