Siapa yang suka mekap, kita geng..Rajin mekap kena rajin juga cuci berus makeup yang kita guna hari-hari tu. Kalau idak, segala kotoran/bakteria yang dah melekat kat berus makeup, boleh berpindah ke muka bila kita duk guna hari-hari tanpa cuci berus makeup. Basuh ni bukan lah hari-hari pula basuh tapi sekali atau dua minggu sekali. Macam rajin je orang yang menulis ni cuci berus makeup dia. hehe. Idak lah rajin juga, ada kadang sampai berbulan tak basuh weiii. Haha.. Perangai sangat tau..

Nak cuci berus makeup ni ikut mood juga benornya tau. Datang mood rajin, cuci berus makeup yang ada. Datang malas, guna je lah berus mekap yang dah macam-macam warna melekat kat situ. haha. 

Kalau tetiba mood rajin nak cuci berus makeup, k.fiezz cuci brush makeup pakai apa, yea? Sebelum ni k.fiezz nak cuci berus makeup, guna cleanser muka je. Hehe. Jimatt..haha. 

K.fiezz memang nak beli daiso makeup brush cleaner ni tapi sebabkan k.fiezz & mr hubby ni sejenis jarang keluar, mana nak menyinggah ke Daiso nya. Daiso  pun biasanya  semua dalam mall. Memang idak rajin lah mr hubby sis tu nak masuk mall. haha. 

Baru-baru ni, kitaorang ke MidValley nak tengok wayang. Masa otw ke panggung wayang tu, nampak ada Daiso kat level yang sama. Wahhh. Blink blink mata sis. Ajak mr hubby masuk Daiso. Mr hubby cakap habis tengok wayang, singgah dulu situ sebelum gerak balik rumah. 

Habis tengok wayang, terus remind mr hubby lagi sekali cakap nak masuk kat Daiso. 

Rambang mata sis bila masuk ke Daiso ni tapi tarik nafas, lepas. hehe. Stick pada misi mencari Daiso Makeup Brush Cleaner je. Lepas dah jumpa apa yang di cari, saja lah cuci-cuci mata kat situ.. hehe. Mana tahu ada benda lain yang berkenan lagi ke. hehe. Gedik kan. Tapi dalam duk cuci mata, sis tahan je nafsu shopping ni. Kalau idak, banyak sangkut tapi sabar sabar sabar. Kena berjimat bulan ni. Tapi ter ambil juga 1 pack shower cap. hehe. 

Selain dari 2 barang ni, k.fiezz berjaya control nafsu dari ter ter ambil benda-benda lain. hehe

JOM CUCI BERUS MEKAP


Apa lagi daiso makeup brush cleaner dah dapat, jom lah cuba cuci berus-berus &  span muka yang k.fiezz guna untuk mekap hari-hari. Bukan main meriah warna yang dah melekat kat berus-berus dan span muka tu. 

daiso makeup brush cleaner,cuci brush makeup pakai apa,cuci berus makeup

Sebelum cuci berus mekap


daiso makeup brush cleaner,cuci brush makeup pakai apa,cuci berus makeup

Dan tadaaa selepas cuci berus mekap. Cantik tak?Berseri elok dari sebelum (gambar atas) tu. hehe

SENANG TAK MEKAP TANGGAL GUNA  DAISO MAKEUP BRUSH CLEANER NI?


Senang juga. Eh juga. Macam tak okey je, k.fiezz? Bukan lah kata dia tak elok pula. Berfungsi. Bila masuk je berus dalam air yang dah di letak daiso makeup brush cleaner ni, memang nampak air yang dari warna jernih bertukar warna kepada coklat cair (macam teh tarik) yang keluar dari berus-berus mekap. 

Cuma untuk kotoran mekap yang tebal melekat macam berus kecil hat k.fiezz guna untuk concealer & span muka untuk loose powder, susah sikit nak keluar kotoran warna-warna yang melekat kat situ.  Hat yang degil sikit nak cuci, k.fiezz tambah letak cleanser sikit. Dah gabung daiso makeup brush cleaner + cleanser, baru lah senang sikit tanggal segala kotoran yang melekat kat berus dan span. 

Overall memang membantu daiso makeup brush cleaner ni cuma untuk kotoran yang degil dan susah nak bersihkan,  kena guna juga cleanser muka sebagai tambahan. Cleanser pun guna je pencuci muka sendiri. Logiknya kita bersihkan muka dengan pencuci muka jadi tak salah nak guna benda yang sama untuk cuci berus mekap & span muka yang memang sah-sah kita guna untuk muka. 

Harga Daiso Makeup  Brush Cleaner > RM5.90
Tempoh ketahanan > Anggaran 2 bulan ke atas (bergantung pada kekerapan mencuci berus mekap)

PERLU KE CUCI BERUS MEKAP?


Bagi yang bertanya soalan di atas, jawapannya perlu yea sebab :-

  1. Mengelakkan Cik Jerawat muncul pada muka.
  2. Katakan tidak kepada bakteria dan kuman.
  3. Berus mekap tahan lama.
  4. Bulu berus mekap sentiasa lembut.
Jadi untuk yang rajin bermekap tu, rajin juga cuci berus makeup masing-masing yea. Cakap kat diri sendiri juga ni. hehe. 

KEBERSIHAN LAMBANG PERIBADI DIRI..Ewahh..hehe...

4 Comments

  1. Bagusnya ada alat pembersih berus mekup begini.
    Memang rasa selamat dan selesa gunakan berus mekup yang sudah dibersihkan.

    ReplyDelete
  2. wahh.. lama juga tahan yea kak fiezz

    ReplyDelete
  3. oo ada rupanya brush mke up cleaner.. mama selalu rendam dgn sabun mandik je ahaks

    ReplyDelete
  4. Nak beli jgk la
    Tp kt shopee ada dia jual mesin mini basuh berus makeup .

    ReplyDelete