Barang tak sampai tapi delivered , guna poslaju. Aiihhh..Masa tengok dalam sistem Poslaju, barang dah out for delivery, suka sis sebab sebelum tu barang k.fiezz pending 5 hari kat Poslaju. So masa 8hb Jun tengok barang dah bawa keluar, memang happy lah. Dalam hati 'bawa keluar pun. Ingatkan nak peram sampai beranak pinak barang k.fiezz tu'. Dalam tengahari update out for delivery, petang dah update delivered. Yes...Semangat sis balik rumah sebab nak tengok baju yang ditunggu-tunggu. 

Sampai je kat rumah lepas habis kerja, k.fiezz tanya family k.fiezz yang kebetulan ada kat rumah masa PosLaju bawa barang k.fiezz ni keluar. Tanya family members k.fiezz ada tak barang dari PosLaju sampai. Semua cakap 'tak ada siapa datang'. Pintu rumah masa family k.fiezz ada kat rumah, sentiasa terbuka sebab abah k.fiezz jenis suka buka pintu bila duduk rumah. Jadi kalau ada orang datang, memang boleh nampak & orang yang datang tu pun tahu ada orang kat dalam rumah. Tapi masa 8hb tu, tak ada siapa pun datang. 

Manalah kimono cardigan sis ni, sesat pula weiii...

REQUEST REFUND SHOPEE


K.fiezz bagi masa sehari, ingatkan PosLaju tersalah hantar kat rumah orang lain & k.fiezz expect kan orang yang salah terima barang akan hantar barang pada k.fiezz. Fikir secara logiknya takut budak pos tersalah hantar kat blok sebelah tapi tingkat & no. unit sama. Cuba positif. Tunggu esoknya memang nan adooo. Rasanya Poslaju memang tak bawa keluar pun barang k.fiezz ni, cuma update dalam sistem je out for delivery & lepas tu delivered

Memang confirm barang pun tak dapat, k.fiezz request refund shopee sebab barang tak diterima. 

Selepas 2 hari, k.fiezz dapat call dari Shopee tanya pasal kes ni & agen shopee explained, diaorang akan cancel request refund shopee yang k.fiezz dah klik kat dalam Shopee tu. Selepas dari tu, semua urusan melalui email. 

Shopee e-mail kat k.fiezz, minta gambar pintu rumah yang ada no. rumah & beberapa detail lain. Masa agen shopee call ni, diaorang tengah minta proof of delivery dari PosLaju tapi belum terima apa-apa lagi. Jadi dalam masa yang sama diaorang minta gambar rumah yang ada tulis no blok, tingkat & unit sebab nak tengok betul ke tak PosLaju hantar ke alamat yang betul. 

BARANG APA YANG HILANG


Ni hah (dalam gambar). K.fiezz dah pernah beli kimono cardigan ni kat kedai yang sama sebelum ni. Dah 2 helai k.fiezz beli, elok je sampai. Masa tu seller guna J&T. Baru-baru ni, k.fiezz perasan seller dah tukar kepada PosLaju pula. Aisehhh tak berkenan poslaju ni benornya. Masa seller baru tukar guna PosLaju ni, k.fiezz ada beli barang lain. Elok je sampai kat rumah. Yang kali ni pula, barang terus missing in action. 

refund barang shopee,cara dapat refund dari shopee,barang tak sampai tapi delivered,request refund shopee

K.fiezz suka kimono cardigan ni. Dah 2 helai beli. Ni k.fiezz saja top up beli design lain. Tapi hilang pula weiii...


refund barang shopee,cara dapat refund dari shopee,barang tak sampai tapi delivered,request refund shopee

Dalam sistem update delivered. Tapi barang tapi sampai pun kat k.fiezz.

REQUEST REFUND SHOPEE APPROVED

Selepas pihak shopee buat siasatan & tak ada bukti yang kukuh dari pihak Poslaju, k.fiezz berjaya dapat refund dari Shopee. Yeay...Benornya tak kisah pasal refund tu, sis nak baju. Nak beli balik dari kedai yang sama. Sis serik sebab seller dah guna POSLAJU sekarang ni. 


refund barang shopee,cara dapat refund dari shopee,barang tak sampai tapi delivered,request refund shopee

Ni e-mail dari shopee (15hb Jun), refund k.fiezz lulus. Duit akan masuk semula dalam ShopeePay (k.fiezz buat pembayaran guna shopee pay) dalam masa 24jam...


Tapi selepas beberapa hari..Tak ada pun duit masuk kat shopeepay sis tu. Aihhhh..Biar dulu. Kita rileks. Takut ambil masa proses dia. Dalam rileks pun, tiap-tiap hari check duit refund dari shopee dah masuk ke belum dalam shopeepay. Tapi tiap kali check, jumlah masih sama seperti asal. Tak ada penambahan RM. Aihhh tak boleh jadi ni. K.fiezz e-mail lagi sekali kat shopee, beritahu masih tak terima duit refund dari shopee. Dalam e-mail sebelum ni, katanya 24 jam je. Ni apa cerita dah berhari-hari tak dapat lagi. 

refund barang shopee,cara dapat refund dari shopee,barang tak sampai tapi delivered,request refund shopee

20hb Jun terima reply e-mail yang ni. Dalam e-mail sebelum,diberitahu 24jam refund akan masuk kat shopeepay untuk pembayaran yang melalui shopeepay. Ni dah jadi 7 hari pula katanya. Tak apa lah tunggu je..


refund barang shopee,cara dapat refund dari shopee,barang tak sampai tapi delivered,request refund shopee

Hari yang sama dapat e-mail atas, dapat notification ni kat shopee. Check shopeepay, yeszaa duit refund dah masuk. Shopping time. hehe


SERIK DENGAN POSLAJU


Sejujurnya bila dah terkena barang hilang guna PosLaju ni, k.fiezz serik yea. Jadi lepas ni tiap kali nak beli kat Shopee, k.fiezz chat dulu dengan seller tanya guna kurier apa. Kalau diaorang guna beberapa kurier & terselit PosLaju, k.fiezz cari barang yang nak beli kat kedai lain sebab tak nak ambil risiko, dapat PosLaju lagi sekali. 

SUKA SHOPPING..hehe..


3 Comments

  1. Kalau tak silap sekarang ni seller tak boleh dah nak pilih kurier apa dah. Shopee yang tentukan kurier. ehh ntahlah sebab dah lama tak bukak kedai sopee kita tu heheh

    ReplyDelete
  2. Fuhh..nasib baik blh refund..:)

    ReplyDelete
  3. yeyy dpt juga akhirnya refund. cantik cardigan kimono tu

    ReplyDelete