Selamat Hari Bapa untuk abah k.fiezz, mr hubby (coming soon..Insyallah..hehe), serta semua yang bergelar bapa dan bakal bapa (adik k.fiezz salah seorang darinya)..Semalam sambutan hari bapa. Mr hubby dapat diskaun voucher sempena hari bapa kat Food Panda. So apa lagi, meh lah order kek sempena hari bapa. hehe. K.fiezz ada post gambar yang ke-2 tu kat FB Story dengan caption d-t-b (daddy to be)..hehe..Berangan tu kan percuma dan tak salah. Betul tak?hehe..K.fiezz cakap kat mr hubby, tulis caption tu. Mr hubby cakap nanti orang salah sangka pula ingat sis pregnant. hehe.. Sis aamin kan je dalam hati..hehe..

ORDER KEK DURIAN SECRET RECIPE


Semalam mr hubby tanya nak makan apa untuk minum petang sebab kebetulan dapat baucer sempena hari bapa kat Food Panda. Mula-mula nak order Dunkin Donut tapi dah tutup. So next. Mr hubby tanya nak ke 'kek durian'. K.fiezz okey je. Sis semua pun bedal. Tak memilih. haha

Jadi order kek durian Secret Recipe. Harga RM149.00 (kalau tak silap). Dapat baucer RM10. 


kek durian secret recipe

Kek Durian Secret Recipe


kek durian secret recipe

Ambil aura bakal daddy. hehe..

SEDAP TAK KEK DURIAN 


Rasa dia sedap. Tak manis meleting. Terasa isi durian dalam kek cuma durian tu jenis frozen. Bila gigit isi durian, terasa ais sekali. Tekstur kek durian lembut sangat, bila potong jadi tak cantik. Lepas tu bila makan banyak sikit, agak muak. 

Overall rasa kek durian Secret Recipe ni, sedap je & boleh lalu kat tekak cuma memang tak boleh makan dalam portion yang banyak. Kena makan sikit-sikit. Jimattt. Haha. Idak lah sebab rasa dia tu creamy, cepat rasa muak. Jadi tak suggest makan banyak sekaligus. 

Mr hubby order kek durian secret recipe ni hat sebiji. Jenuhhh perabiskan weiii sebab kitaorang ber2 je. So sharing dengan jiran sebelah yang baik dengan kitaorang. Sharing is caring...

Happy Fathers Day to All Fathers..Future Fathers to be...

3 Comments