Yeay..Kali ke-3 dapat bayaran adsense blog k.fiezz ni. Alhamdulillah..Rezeki..Siapa sangka mula-mula menulis blog dulu, saja suka-suka. Tak ada aiming nak jadikan sumber pendapatan tepian. Sekarang alhamdulillah, dapat duit hasil dari job berbayar (review, tulis artikel, orang tumpang iklan), google adsense. Alhamdulillah. Walaupun income k.fiezz dari blog ni tak lah fixed income tapi ada lah juga kena tempias sikit-sikit bila ada offer job atau dapat duit dari google adsense ni. Rezeki rezeki. Siapa kata menulis tak ada faedah. Bila kita selalu kongsi maklumat/info yang orang cari di Mr Google & jumpa blog kita dari situ dah tarik trafik. Bila trafik naik & ada iklan-iklan dari Google Adsense yang menari-nari dalam blog kita menarik minat reader untuk klik, dah boleh dapat income dari klik tu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Cukup jumlah 100USD, automatik boleh cash out

Terbaru k.fiezz dapat bayaran adsense blog ni bulan Mac 2022 yang lepas tapi k.fiezz boleh cash out bulan April sebab masa cukup 100USD dah lepas tarikh pembayaran adsense (setiap 21hb). Bulan April baru boleh adsense transer ke bank k.fiezz. Ngam-ngam masa tu nak raya. Wahhh rezeki raya. Ada duit extra untuk raya. 


bayaran adsense blog, google adsense

Untuk kali ketiga bayaran adsense blog ni, k.fiezz berjaya kumpul 100usd dalam tempoh 7 bulan. Dalam entry masa pengeluaran bayaran adsense blog kali ke-2, k.fiezz ada mention nak cuba keluarkan setiap 6 bulan. Jadi yang ni terlebih 1 bulan. Hehe. Tak apa lah. Cuba lagi sampai berjaya misi keluarkan duit dari adsense setiap 6 bulan. Lepas tu baru naikkan target ke 3 bulan pula. Caiyok caiyok k.fiezz..

Bayaran adsense blog kali ke-3 ni, k.fiezz tak beli apa-apa. Buat duit belanja raya haritu. Takut ter over belanja masa raya. hehe. 

Masih aiming untuk keluarkan duit dari Google Adsense setiap 6 bulan. Yakin Boleh!!!

0 Comments