Tipu sijil vaksin?Kecoh baru-baru ni baca kat facebook ada pekerja pusat vaksin tunjuk screenshot seorang kawan dia yang anti vaksin minta untuk pekerja ni buat sijil vaksin konon-konon macam dia dah vaksin padahal dia memilih untuk tak nak vaksin. Tak percaya vaksin. Ermmmm. Jujurnya lah, orang macam ni menyusahkan orang lain. Ko tak nak vaksin lepas tu bila kerajaan dah buat pengumuman wajib ada 2 dos vaksin untuk masuk kedai makan, kedai rambut & semua kedai yang lain, udah meroyan marah-marah kerajaan pula. Itu yang agaknya sampai ada sanggup tipu sijil vaksin untuk gunakan kemudahan yang kerajaan dah bagi untuk yang dah cukup dos vaksin. Orang lain sanggup di cucuk vaksin untuk lindung diri sendiri & keluarga, orang sekeliling. Dia nak main tipu. Eiiii. Dah tak nak vaksin suka hati lah, kan sebab itu pilihan sendiri. Jadi sekarang kerajaan bagi kemudahan untuk yang cukup dos vaksin, pilihan kerajaan. Jadi pilihan masing-masing lah kan. Setiap pilihan ada pro & kontra gitu. 

Suka atau tak buat masa sekarang, ini peraturan baru yang kerajaan dah tetapkan memandangkan kita masih dalam pandemik COVID19 sejak tahun lepas. Jadi suka ke tak suka ke, ikut saja lah sebab kita rakyat biasa. 

Untuk yang dah vaksin, tahniah untuk diri sendiri termasuklah k.fiezz juga sebab kita berusaha bantu kerajaan untuk kurangkan penyebaran virus berbahaya ni. 

Sejak pandemik melanda, hari-hari di berita atau sosial media ada je cerita-cerita dari keluarga / kenalan yang terkena virus covid ni. Ada yang jangkitannya tak teruk sangat & ada juga yang agak teruk. Bila baca pengalaman diaorang yang terkena virus ni & apa effect nya memang seriau dengar. Minta lah dijauhkan k.fiezz & keluarga dan korang juga dijauhkan dari virus ni. 

DAH VAKSIN

Korang dah vaksin? k.fiezz dah. Alhamdulillah. Lega dah setel part vaksin ni. Tak ada duk risau bila lah nak dapat turn untuk vaksin. Yang mana masih menunggu giliran, harap bersabar. Insyallah. Cepat atau lambat sampai turn korang. Ada setengah negeri dah ada PPV Walk in. Kalau ada kemudahan yang ni, terus je lah volunteer. Lagi senang. Untuk kita yang dah cukup vaksin 2 dos, alhamdulillah kerajaan dah bagi kebenaran kemudahan untuk bergerak terutama nak ke kedai-kedai / pasaraya. 

Entry berkaitan < Selesai Dua Dos Vaksin COVID >

Sikit kelegaan di situ sebab dah cukup dos vaksin, boleh masuk kedai/pasaraya tanpa was-was. Tapi walaupun macam itu idak lah kita nak hoorey hoorey sangat pun. SOP tetap jaga & wajib pakai mask

Kemudahan Bagi Yang Dah Cukup 2 Dos Vaksin

vaksin

ANTI - VAKSIN

Isu ni agak sensitif nak cakap lebih-lebih sebab pilihan untuk vaksin atau tidak pilihan diri sendiri. Kerajaan tak boleh nak paksa untuk kita di vaksin. Bagi anti-vaksin, diaorang tak nak di vaksin atas sebab yang diaorang lebih tahu. Ada yang tak nak di vaksin ni sebab katanya was-was dengan kandungan vaksin, agenda pihak tertentu, takut kesan sampingan selepas vaksin,  takut jarum (mungkin.haha) & ada lah lagi alasan-alasan yang diaorang lebih tahu. 

Apapun ikut lah sendiri untuk buat pilihan yang mana terbaik bagi diri sendiri, keluarga & orang sekeliling. Cuma kita kena ingat juga, Allah suka orang yang berusaha. Jadi tak salah kita usaha dengan vaksin kan diri. Selebihnya terserah pada Allah. Kita cuma usaha dengan ikhtiar vaksin ni untuk lindung diri sendiri, keluarga & orang sekeliling dari menyebarkan virus ni secara tak sedar. Tak lah bermaksud bila dah vaksin ni, kita kebal dari virus ni. Tapi kurang-kurangnya dapat kurangkan risiko jangkitan & kalau terkena pun, virus ni tak merebak dengan teruk dalam badan kita. Insyallah. Kita hanya berusaha, selebihnya berserah pada Allah. 

VAKSIN ATAU TIDAK PILIHAN SENDIRI

Bagi anti vaksin yang tetap dengan keputusan untuk tak nak vaksin, jangan marah bila kerajaan dah buat peraturan baru sekarang, nak ke mana-mana wajib ada dua dos vaksin. Pilihan masing-masing, kan?Jangan cakap kerajaan pilih kasih ke apa. Buat masa sekarang, ini keputusan yang terbaik untuk semua. 

Untuk anti vaksin, bila dah buat pilihan tak nak di vaksin ni akan sebabkan pergerakan diaorang akan jadi terhad. Huhu. Apa nak buat, vaksin atau tidak itu pilihan sendiri.  Mungkin sebabkan pergerakan terhad sampai ada yang ambil kesempatan untuk tipu sijil vaksin bagi dapatkan kemudahan macam yang dah cukup 2 dos vaksin. 

Bagi kita yang dah cukup dos vaksin, untuk elakkan sijil kita di salah guna, sila ambil perhatian 3 pantang larang dibawah ni : -

  • Jangan upload sijil vaksin kita di sosial media. 
  • Jangan tunjuk batch number vaksin kita
  • Jangan tunjuk status MySejahtera kita

Tipu Sijil Vaksin

Jadi hati-hati tau kalau nak upload sijil digital vaksinasi kita ni di sosial media. Banyak mata yang memerhati. Mana lah kita nak tahu antara senarai kawan-kawan kita yang ada anti vaksin atau tak. Yang kita kenal, si A macam tu. Okey je. Tapi rupanya yang kita tak tahu dia anti vaksin. Bila macam sekarang ni pergerakan tak nak di vaksin ni jadi terhad, memang tak mustahil ada yang sanggup tipu sijil vaksin. Jadi untuk kita yang jujur & sanggup di vaksin, kena hati-hati terutama bila upload sijil vaksinasi kita di sosial media. K.fiezz perasan ada juga yang kongsi sijil ni secara terbuka di platform sosial media masing-masing. K.fiezz pun haritu nak buat juga sebab nak tunjuk lah sis bukan anti vaksin. haha. Tapi nasib baik tak jadi upload sebab was-was. Lepas tu terbaca kisah yang kat atas tu. Erkkk. Nasib sis tak upload weii.  

So to be safe, tak perlu upload vaccination certificate di sosial media kita.

Nak sangat share gambar kita dah ambil vaksin, pi lah posing kat photobooth yang PPV dah sediakan. Lagi senang macam tu. Suka hati nak buat pose macamana pun. 


So korang pilh yang mana?Vaksin atau tak nak Vaksin?

4 Comments

  1. SA blom complete...sedih...nak beli makanan pun x leh masuk kedai...kena la order through food panda

    ReplyDelete
  2. Bahaya juga kalau ada yang slaah guna untuk,sijil vaksin ini . Tambah2 golongan anti vakdin . Perlu berhati

    ReplyDelete