Alhamdulillah k.fiezz & mr hubby dah selesai cucuk vaksin covid untuk perlindugan diri sendiri. Kita usaha, tawakal. Selebihnya terserah pada Allah, yang penting kita dah usaha & mengikut saranan kerajaan untuk mewujudkan immunity herd di Malaysia supaya kita boleh jalani kehidupan seperti sebelum ni. 

TAK NAK DAFTAR VAKSIN COVID


Nak tahu cerita tak?Mula-mula k.fiezz tak nak daftar vaksin ni tau. Bukan sebab k.fiezz anti-vaksin. Cuma masa tengah hot pasal kita digalakkan untuk cucuk vaksin covid ni, ada keluar senarai orang yang tak digalakkan ambil vaksin. Salah satunya untuk wanita yang merancang hamil. Alamak. K.fiezz termasuk dalam kategori ni. Jadi serba-salah masa tu nak daftar vaksin ke tak? Mr hubby memang dah lama daftar dulu. Masa kerajaan umum pendaftaran untuk vaksin covid  dah dibuka hujung bulan  Februari 2021, mr hubby antara yang terawal daftar. K.fiezz pun tak tahu. haha. Sabor je lah sis. Nak marah pun ada juga sebab dah kata untuk yang merancang hamil tak digalakkan ambil. Jadi lelaki yang bergelar suami pun termasuk lah juga sebab isteri merancang untuk hamil. Mana datang benih kalau tak dari suami, yea tak?haha. Masa tu tak tahu apa kesan vaksin covid ni sebab baru lagi,kan.

Ada juga tanya dengan seorang kenalan k.fiezz, jururawat. Dia cakap ambil je vaksin covid ni dulu. Nanti lepas beberapa bulan, sambung lah planning untuk mengandung. Hah, gitu nasihatnya sebab dia cakap kalau tak nak ambil, rugi. Kerajaan nak bagi percuma ni.  Lepas tu k.fiezz terbaca dalam group TTC (trying to conceive), suami tak ada masalah untuk cucuk vaksin. Cuma untuk perempuan, tak pasti. Ada was-was di situ. Tapi mr hubby dah daftar pun. Proceed je lah. Takkan nak cancel pula. Lagipun mr hubby semangat nak daftar tu sebab dia dalam kategori berisiko. Dia ada darah tinggi & masalah obesiti. Jadi takkan nak halang pula,kan. Dia nak ambil untuk perlindungan diri sendiri & k.fiezz juga. 

SSelepas fikir punya fikir, bulan Jun 2021 baru k.fiezz daftar vaksin ni. Lepas seminggu daftar, pejabat k.fiezz minta senarai nama siapa yang dah dapat tarikh untuk vaksin dos pertama & kedua. Alamakkkk nasib baik dah daftar. Hehe. Kalau idak, kena aiming dengan bosess tak daftar lagi. Hehe. Tak nak lah diaorang ingat k.fiezz anti-vaksin. Sebelum daftar tu pun, bahagian k.fiezz memang ada minta senarai siapa yang dah daftar vaksin covid masa awal-awal lepas pendaftaran untuk vaksin covid ni dibuka. Masa tu k.fiezz senyap je, tak isi senarai tu sebab belum daftar. Duk fikir nak daftar ke idak?hehe..

DOS PERTAMA VAKSIN COVID


K.fiezz daftar bulan 6, 2021. Bulan 7, 2021 k.fiezz dapat giliran untuk cucuk vaksin covid. Terus nervous lepas tahu tu. Tak lalu nak makan. Masa k.fiezz dapat tahu kena vaksin covid ni, k.fiezz & mr hubby tengah makan malam. Terus debor dada bila tahu esoknya kena cucuk vaksin covid. haha. 

8 Julai 2021 - K.fiezz ke Pusat  Pemberian Vaksin di area KL untuk ambil cucuk vaksin covid dos pertama. Alhamdulillah semua berjalan lancar dari pendaftaran sampai lah habis proses cucuk vaksin. K.fiezz terima vaksin sinovac. K.fiezz tak kisah pun, mana-mana vaksin boleh. Jangan memilih vaksin. Ramai lagi yang tengah beratur tunggu giliran untuk vaksin masih tak dapat lagi. Kira syukur dah dapat giliran ni. 

Selepas proses vaksin tu, kena tunggu selama 15 minit untuk tengok kalau ada apa-apa alahan pada vaksin sinovac. Risau juga masa tengah tunggu 15 minit tu. Takut ada side effect apa-apa. Alhamdulillah, tak ada apa-apa. 

vaksin covid, vaksin sinovac

Dos pertama - 8 Julai 2021

Kesan selepas dos pertama vaksin sinovac - k.fiezz cuma alami sakit tangan yang cucuk tu je. Macam lenguh, lepas tu ada sekali k.fiezz sakit kepala. Sakit tangan tu dalam beberapa hari baru elok, sakit kepala, sekejap je. Itu je lah effect yang k.fiezz rasa lepas cucuk dos pertama vaksin sinovac ni. Kesan macam lapar, mengantuk ke memang tak ada. Macam biasa je. 

vaksin covid, vaksin sinovac

Dos kedua - 29 Julai 2021

Melengkapkan vaksin covid, k.fiezz ambil dos kedua seperti yang Kerajaan dah sarankan untuk 2x cucuk vaksin covid bagi kuatkan antibodi badan. 

Kesan selepas cucuk dos kedua vaksin sinovac - k.fiezz tak ada alami apa-apa kesan. Sakit tangan, demam, sakit kepala. Tak ada. Alhamdulillah. 

Mr Hubby pun dah lengkap kedua-dua dos vaksin covid. Mr hubby cucuk vaksin di PPV KLCC. Kelas tau tempat mr hubby kena cucuk. Area orang ada-ada je. haha. Mr hubby bising, sebab parking mahal kat situ. Per entry - RM9 & satu jam pertama RM5. Haritu kitaorang kena caj ikut jam. Nasib baik tak lama. Dalam masa 30 minit dah selesai. 

Mr hubby pun dapat vaksin sinovac juga. Kesan lepas vaksin sinovac ni kat mr hubby - badan panas, lepas tu macam lemah, tangan sakit. Dua-dua dos, mr hubby dapat effect yang sama. Tapi kesan dia tak lama pun, dalam 2 hari macam tu dah okey. 

Jangan takut tau baca kesan lepas cucuk vaksin covid ni. Sebab kesan ni berbeza setiap orang. 

Selepas selesai vaksin dos kedua ni, kita digalakkan untuk duduk di rumah sebab masa ni antibodi badan dalam keadaan lemah. Sebab setiap vaksin ambil masa untuk bertindak balas dalam badan kita untuk kuatkan antibodi. Macam sinovac, tak silap k.fiezz 14 hari. Kebetulan k.fiezz lepas selesai cucuk vaksin sinovac dos kedua, k.fiezz dapat kebenaran kerja dari rumah seminggu sebab salah seorang kawan pejabat k.fiezz positive covid & k.fiezz ada berjumpa dengan dia. Jadi bos k.fiezz suruh kerja di rumah seminggu untuk langkah berjaga-jaga. K.fiezz dah buat RTK Test, alhamdulillah -ve. 

Entry berkaitan < TEST COVID >

SELESAI VAKSIN COVID


Alhamdulillah lega bila dah selesai cucuk vaksin covid dua-dua dos. Moga dapat lindungi diri sendiri, keluarga & orang sekeliling dari virus ni. 

Korang yang dah daftar vaksin covid & masih tunggu giliran. Sabar yea. Insyallah nanti sampai giliran korang pula. 

Okey, dah lengkap cucuk vaksin covid dua-dua dos ni, bila Kerajaan nak umum boleh rentas daerah & negeri ni?haha. Sis rindu nak cuti-cuti & balik kampung. hehe.

6 Comments

  1. Alhamdulillah dah selesai. Saya menunggu dos ke dua hehe.

    Semoga dipermudahkan urusan. Selamat berhujung minggu!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. selesai.. smoga akak sntiasa dlm lindunganNYA. ameen

    ReplyDelete