Dah terima barang yang beli dari shopee tapi tak cukup. Jangan risau, jap gi k.fiezz cerita cara refund di shopee. First time beli kat shopee dapat barang tak cukup. Sebelum ni, tak pernah dapat barang langsung pun ada atau barang rosak. Barang tak cukup. Ni pertama kali experience. 

BARANG BELI DI SHOPEE TAK CUKUP KUANTITI


Excited kakak fiezz beli kf94 mask & mask biasa yang 3ply, sekali tak sampai weiii. Mask biasa hat 3ply tu dapat. KF94 mask yang tak dapat. Barang tak cukup lah senang cerita. Seller tertinggal ataupun stok kf94 mask dah habis stok kat diaorang. Sabor je lah sis.  Jenuh sis scroll masa nak beli mask tu, tau. Duk cari lah seller yang ada jual mask 3 ply biasa & kf94 mask tu sebab senang shipping kos sekali. 

Selain duk cari seller yang sama, k.fiezz duk tengok juga harga kat kedai mana yang murah. Sebab harga kf94 mask ni agak mahal berbanding 3ply mask. Kf94 mask ni dia dah siap-siap letak dalam satu plastik 10 keping saja. Harga dia pun agak mahal sebab setiap keping satu kf94 mask. Kira terjamin dari segi kebersihan. Nak bawa travel pun senang yang ni. Sebab dah asing setiap keping lain-lain plastik dia. Buh je dalam bag. 
 

KF94 Mask

Saja gatal nak cuba kf94 mask ni sebab tengok review, ramai cakap elok. KF94 mask ni tutup penuh kat bahagian hidung, mulut. Tak ada ruang di tepi macam pakai 3ply mask yang biasa tu. Lagipun tengok design kf94 mask ni nampak stylo. Cantik kat mata k.fiezz. Hehe. Itu yang gatal nak cuba. 

Tapi seller yang k.fiezz order kf94 mask ni boleh tertinggal pula. Tak masuk dalam packaging. Eh. geram je sis tau. 



kf94 mask,cara refund di shopee

Kat kedai ni, harga kf94 mask RM4.46 (10 keping). K.fiezz beli 2 pek. Saja nak cuba dulu. 


kf94 mask,cara refund di shopee

K.fiezz dapat 3ply mask saja. Yang ni k.fiezz beli 8 pek (50keping setiap pek). Mr hubby suka mask yang ni sebab harga murah sikit. Itu yang beli dari kedai ni sebab dua-dua jenis mask yang k.fiezz nak ada bawah satu kedai. Senang, kos penghantaran kira sekali. Tapi kf94 mask tak diterima.

CARA REFUND DI SHOPEE BILA DAPAT BARANG TAK CUKUP

Masa sampai je mask dari seller ni, sanitize dulu. Sekarang memang rutin, dapat barang dari luar je sanitize dulu dengan gun sanitizer. Lepas tu style k.fiezz, biarkan dulu dalam beberapa jam & baru unboxing parcel(sorry sis over protective. hehe. rasanya semua pun sama bila kita tengah pandemik sekarang,kan). Masa buka parcel ni exited nak tengok mana ke ghupa kf94 mask. Sekali ambil keluar satu per satu, semua 3 ply mask je. Eh. mana kf94 mask nya. 

Hah.. apa lagi meh minta refund dari seller. Ni cara refund di shopee untuk kes barang diterima tak cukup.

Dah keluarkan semua. Confirm memang kf94 mask tak ada. Eiiii. Apa ni apa ni. K.fiezz rekod video & tangkap gambar. Chat dengan seller. Tunggu punya tunggu tak ada reply. Tak adalah lama mana pun tunggu seller reply tapi k.fiezz kan sejenis tak menyabor. Bila dah confirm barang yang diterima tak cukup, k.fiezz tak klik button order received tu. K.fiezz terus klik return/refund

Dah klik return/refund tu, isi form/detail yang diminta & berapa jumlah yang kita nak refund (yang ni kira berapa RM jumlah barang yang tak diterima tu). Alasan return/refund - barang diterima tak cukup kuantiti

Hari yang sama juga, seller respond pada request return/refund k.fiezz tu dan dia reply chat k.fiezz &maklumkan team dia akan proses request refund k.fiezz.

Jadi okey je lah sebab seller pun bagi response yang agak cepat & dia tak banyak cerita. K.fiezz tunggu saja proses ni sampai dapat duit refund. Tak lama pun proses nya, dalam masa 2 hari saja. K.fiezz request 26hb Ogos 2021 & 28hb Ogos 2021, duit dah masuk dalam shopee pay k.fiezz. Sebab bayaran untuk order ni k.fiezz guna shopee pay



kf94 mask,cara refund di shopee

Ni detail request return/refund k.fiezz punya. 

Bila seller dah terima request refund k.fiezz, naik notification kat shopee kita. Jadi tengok saja dari situ seller dah masukkan duit refund dalam shopee pay atau tak. 



kf94 mask,cara refund di shopee

Check kat shopee pay & confirm ada duit refund. SELESAI!! 

Duit refund yang k.fiezz dah dapat ni, k.fiezz beli kf94 mask dari kedai lain. Kat kedai yang baru ni lagi murah harga kf94 mask dari kedai atas ni. Nanti lah k.fiezz share. Confirm dah dapat barang, baru kongsi. Buat masa ni status barang masih lagi pending. Kedai yang k.fiezz beli tu tak hantar lagi ke courier.

Berbalik pada cerita di atas, kalau korang menghadapi masalah sama, ikut saja cara refund di shopee bagi barang tak cukup yang k.fiezz ajar di atas ni. Tak susah pun. Confirm tengok barang yang diterima tak cukup, buat lah langkah-langkah di atas. 

MOGA MEMBANTU MASALAH KORANG!!!

2 Comments

  1. Tq sebab share caranya k.fiezz. Betul, ramai juga yang guna mask ni sekarang kan

    ReplyDelete
  2. Sepanjang CCL beli belah di shopee ni pernah sekali juga shopee refund kembali duit

    ReplyDelete