Bulan lepas masa k.fiezz buat web check in untuk bos k.fiezz sebab dia nak ke Sabah atas urusan kerja, k.fiezz tertinggal nak masukkan no. big point air asia dia untuk dapatkan point. Mula-mula ingat nak senyap je. haha. sekali bos tanya, boleh tak masukkan nombor big point dia tu. adeh. terpaksa la ngaku yang k.fiezz tak jumpa column untuk masukkan big point air asia masa buat web check in. Dia kata ada belah bawah. Allah. rasanya k.fiezz tak scroll sampai bawah sebab PC k.fiezz slow & selalu 'hang'. Kadang memang k.fiezz pun malas nak scroll sangat kalau page tu ada lagi bahagian bawah sebab bila scroll , dia duk 'hang'. adeh. 

Dah buat mistake kena la perbetulkan. Tambah bos k.fiezz jenis concern sebab point kan. Boleh redeem macam-macam. hehe. Tak masukkan satu pun dah rasa rugi. 

Terpaksa lah k.fiezz google cari penyelesaian macamana cara claim missing big point air asia yang tertinggal k.fiezz tak masukkan. 

Cari punya cari. agak jenuh juga la mencari. Jumpa pun cara penyelesaian. So k.fiezz buat entry ni untuk rujukan k.fiezz juga yang selalu pelupa ni. hehe. Jenuh asyik duk google tiap kali nak cari. Sebab agak susah juga nak cari benornya, ni pun duk main klik, klik jumpa pun yang tepat. 

Cara Redeem Claim Missing Big Points Air Asia 



www.fiezasani.xyz

1 - Login kat website Air Asia Big Point. Lepas tu cari yang k.fiezz 
bulatkan yang tak berapa nak bulat kat atas ni..hehe. Cari 'Claim Missing Big Points'. Klik situ.

www.fiezasani.xyz

2 - Masukkan details macam kat atas ni. Booking number, departure place & date departure
www.fiezasani.xyz

3 - Semak semua details, kalau semua betul, klik 'continue'

www.fiezasani.xyz
4 - Klik 'submit'

www.fiezasani.xyz
5 - Dan siap..Dalam masa 24 jam, points akan masuk dalam akaun. 

So korang yang ada masalah tertinggal nak masukkan big point air asia, ni cara untuk claim missing big point yang tertinggal..

4 Comments

  1. Setakat ni belum miss lagi big point ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. Info yang menarik. Walaupun belum pernah ada missing point lagi. Tapi manatahu nanti kan. Thanks for sharing kak fiez

    ReplyDelete
  3. Hehehe.. Saya tak ada big point lg..

    ReplyDelete