Perlu ke double cleansing ni?Mesti ramai yang nak tahu. Tambah-tambah yang tak pakai makeup. Eh perlu ke saya nak buat double cleansing ni?Muka saya bukannya tepek apa-apa mekap. Jadi buat apa nak buat double cleansing. Kulit muka saya bersih je sebab tak ada sebarang mekap. Eh..confident nya muka dia bersih je. Betul ke bersih?hehe. Ramai yang malas nak buat double cleansing ni sebab tak ramai yang suka mekap. Jadi diaorang rasa kulit diaorang tak ada masalah. 

Itu yang silapnya sebab terlampau confident.

Nak tahu perlu ke double cleansing ni walaupun tak mekap?Meh baca kat bawah ni. Lepas tu korang nilaikan sendiri perlu ke idak buat double cleansing ni terutama yang tak bermekap. Kalau yang jenis mekap, memang sah-sah lah wajib buat double cleansing sebab nak bersihkan sisa mekap & kotoran yang melekat pada muka. Cuma yang ni k.fiezz nak explain pada yang tak suka bermekap samaada perlu ke double cleansing ni?

MUKA TAK MEKAP PERLU KE BUAT DOUBLE CLEANSING?

Perlu ke double cleansing bila kita jenis bukan kaki mekap?Hah, siapa yang confident sangat cakap muka tak pakai mekap tak payah buat double cleansing. Walaupun tak mekap tapi muka kita tak lari dari masalah-masalah di bawah ni. Jadi memang kita kena buat double cleansing untuk elakkan masalah kulit terjadi sebab kulit kita ni ada 2 jenis kotoran. 

Pertama - Kotoran yang kita boleh singkirkan dengan pencuci muka biasa iaitu :-

double cleansing, perlu ke double cleansing, Obsess Cleansing Balm,oil cleanser

PELUH

double cleansing, perlu ke double cleansing, Obsess Cleansing Balm,oil cleanser

DEBU

double cleansing, perlu ke double cleansing, Obsess Cleansing Balm,oil cleanser

HABUK

Kedua - Kotoran yang disebabkan dari pemakaian mekap, sunscreen yang perlu dicuci berasas dari minyak (oil cleanser).

TAK PAKAI MEKAP TAK PERLU LAH BUAT DOUBLE CLEANSING?


Hah, kat atas tu ada mention kalau tak mekap, kotoran biasa macam peluh, debu, habuk tu boleh cuci dengan pencuci muka biasa saja. So untuk yang tak bermekap perlu ke buat double cleansing? Tak perlu lah kan?

Eh. Nanti dulu. Korang kena tahu walaupun tak mekap tapi muka kita hasilkan minyak. Minyak yang berlebihan boleh sebabkan liang pori tersumbat. Bila dah tersumbat, haruslah akan menjadi punca masalah kulit contoh jerawatJadi untuk mengelakkan masalah kulit ni, wajib buat double cleansing. Langkah yang pertama wajib bersihkan dulu sisa minyak di muka kita dengan oil cleanser.  Kenapa oil cleanser?Sebab konsepnya oil saja yang boleh menarik oil (minyak tarik minyak). 

Dulu k.fiezz pun tak tahu yang kita ni wajib buat double cleansing terutama yang jenis mekap macam k.fiezz ni. Pernah lah nampak oil cleansing kat drugstore/farmasi bila tiap kali nak pi top up skincare. Duk belek juga apa benda lah oil cleansing ni. Bila dah terjebak dengan dunia kecantikan (ewah. hehe), baru lah k.fiezz tahu apa fungsi dia. Penting rupanya terutama yang suka sangat mekap macam k.fiezz ni. Kadang bila kita guna wet tissue/makeup remover untuk tanggalkan mekap, sunscreen yang kita pakai kat muka tak menjamin segala kotoran tu berjaya di keluarkan. Sebab mekap ni termasuk dalam kategori kotoran yang berminyak. Jadi nak keluarkan minyak, kena lah guna pencuci yang berasaskan minyak iaitu oil cleanser

OIL CLEANSER


Bercakap pasal oil cleanser ni, memang banyak jenama yang ada di pasaran. Terpulang pada bajet masing-masing sebab harga pun ada yang mahal, ada yang murah. Kat sini k.fiezz nak cadangkan antara yang murah Obsess Cleasing Balm ni. Walaupun murah, jangan pandang sebelah mata dengan dia tau. Kandungan Obsess Cleasing Balm yang dibuat dari Olive Squalane Oil bersifat non-comedogenic yang tak menyumbatkan liang pori dan dalam masa sama melembapkan kulit muka  serta membersihkan muka dengan sempurna

Mencegah kerosakan kulit lebih baik daripada merawat?Jadi wajib kita buat double cleansing walaupun tak mekap. Setuju ke idok?

Nak Order Obsess Cleansing Balm (link di bawah).



3 Comments

  1. thank for sharing kak fieza
    mmg ke pakai pencuci muka
    rabia cuci muka 3 kali sehari

    ReplyDelete
  2. WajiB double cleansing . Tak kisah laa sama ada tak mekap or mekap, ccl akan buat double cleansing dgn cleansing oil sebelum cuci pakai cleanser .

    ReplyDelete
  3. perlu, muka akan jadi segar bertambah2 lagi kan :)

    ReplyDelete