Minuman Sarang Burung Untuk Awet Muda
Sebelum ni pernah viral pasal kelebihan minuman sarang burung untuk dapatkan kulit cantik, flawless. K.fiezz antara yang terpengaruh juga amalkan minuman sarang burung dari salah satu brand yang ada di pasaran. Brand apa tu?Korang boleh rujuk link entry bawah ni. Cuma k.fiezz dah stop amalkan minuman sarang burung dari brand tu sebab tak sesuai dengan salah satu kandungan yang ada dalam brand yang k.fiezz beli ni. Effect dia, jerawat-jerawat halus muncul di sekitar dahi. Selain dari tu, tak ada effect negatif. Cuma tak sesuai dengan salah satu kandungan dia saja. Sebab jerawat-jerawat halus muncul di kawasan dahi. K.fiezz memang tak ada masalah kat area dahi. Jadi bila jerawat halus muncul, mula lah susah hati. Perempuan. Alergik jerawat muncul kat kawasan muka, mula lah cari alternatif macamana nak bagi nyahkan jerawat-jerawat tu dengan cepat. Jadi k.fiezz berhenti amalkan minuman sarang burung untuk sementara waktu masa tu sebab nak bagi elok balik kat kawasan dahi. Memang plan nanti nak sambung cari minuman sarang burung yang tak ada campur dengan ginseng. Sebab yang k.fiezz minum tu ada campuran ginseng. K.fiezz tak serasi dengan ginseng. Gatal beli yang ada ginseng. Man lah nak tau tak sesuai pulak. Orang-orang tua ada cakap, tak cuba tak tahu. Dah cuba baru tahu. hehe.
Entry berkaitan < Lovlin Birds Nest >
PILIHAN MINUMAN SARANG BURUNG DI PASARAN
Dah banyak minuman sarang burung yang ada dipasaran samaada mengandungi sarang burung sahaja tanpa sebarang campuran atau ada campuran bahan lain seperti ginseng, aloe vera & lain-lain. Terpulang pada kita nak yang mana. Bahan lain tu sebagai tambahan rasa sahaja disamping khasiat dia.
Macam k.fiezz, sebabkan sebelum ni dah pernah amalkan minuman sarang burung yang ada ginseng dan dah tahu kesannya k.fiezz tak sesuai dengan ginseng jadi lepas ni k.fiezz kena cari yang ada sarang burung sahaja tanpa ada campuran bahan lain.
KESAN BERBEZA PENGAMBILAN MINUMAN SARANG BURUNG
Kesan ni mungkin berbeza untuk setiap orang. Jadi kalau korang yang baru nak berjinak dengan minuman sarang burung, jangan risau pula baca yang k.fiezz share ni. Haha. K.fiezz tak condemn pun. Ni k.fiezz nak cari jenama minuman sarang burung lain yang tak ada ginseng pula. Ramai yang amalkan minuman sarang burung ni sebab khasiat sarang burung yang menyeluruh untuk kesihatan & kecantikan. Contoh korang boleh tengok Datin Fouziah Gous, artis & founder FG Wallet . Awet muda kan sebab dia amalkan minuman sarang burung.
Tu yang k.fiezz semangat nak amalkan semula minuman sarang burung. Untuk awet muda. hehe. Faktor usia. Tak boleh terima kenyataan tau dah kertu. haha
SUPPLEMEN WAJIB UNTUK AWET MUDA
Sarang burung ni memang dikenali supplemen wajib yang kita wanita kena ambil sebabkan khasiat dia meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit & melambatkan proses penuaan (awet muda).
Kelebihan minuman sarang burung ni memang terkenal sebabkan khasiat dia untuk kesihatan dan kecantikan. Dalam Perubatan Tradisional Cina, sarang burung antara tonik yang popular. Untuk yang tak tahu, sarang burung ni dihasilkan oleh burung walet menggunakan air liur.
KHASIAT SARANG BURUNG
Dalam kajian perubatan Cina mendapati antara khasiat sarang burung adalah sebagai agen pemutihan & kesihatan mata. Dari segi kesihatan pula, bagi penghidap asma, sarang burung agen terbaik memulihkan sistem pernafasan & menguatkan paru-paru.
Selain itu, hasil dari eksperimen tersebut mendapati khasiat sarang burung :
- Dapat melancarkan pembuluh darah, tingkatkan nafsu makan & memperbaiki saluran pencernaan.
- Kurangkan kahak & sembuhkan batuk. Bagus untuk paru-paru & kuatkan saluran pernafasan.
- Bagi wanita hamil dapat kurangkan rasa sakit pada kawasan punggung, kuatkan paru-paru bayi dalam kandungan & cepatkan proses penyembuhan selepas bersalin.
- Bagi orang tua, pemakanan & pengambilan secara konsisten dapat kuatkan urat dan tulang serta tingkatkan daya tahan badan terhadap penyakit.
- Bagi kanak-kanak, sarang burung tinggikan daya serap nutrisi yang ada pada dalam makanan & kuatkan paru-paru.
- Untuk yang merokok, pengambilan sarang burung membantu kurangkan kesan daripada nikotin & mencegah serangan barah.
Banyakkan khasiat sarang burung untuk kesihatan dan kecantikan. Mana orang tak berlumba-lumba cari minuman sarang burung ni. Di pasaran pun macam-macam jenama muncul berasaskan sarang burung sampai pening nak cuba yang mana. Macamana nak pilih minuman sarang burung ni?Hah,baca sampai bawah. K.fiezz ada explain macamana nak beli minuman sarang burung yang ada pelbagai jenama di pasaran.
Sebelum tu jom tengok apa lagi info pasal sarang burung sebelum kita amalkan minuman sarang burung ni.
5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Amalkan Sarang Burung
- Dalam perubatan cina, sarang burung dikategorikan sebagai tonik. Jadi seeloknya ambil sebelum makan untuk bolehkan tubuh menyerap nutrien lebih baik.
- Warna sarang burung berwarna merah disebabkan pengoksidaan atau mineral yang diserap dari alam sekitar.
- Sarang burung terkenal dengan khasiatnya untuk awet muda dan rawatan kulit wajah & kaya dengan pertumbuhan epidermis yang bertanggungjawab untuk pembaikan kulit dan tisu.
- Sarang burung boleh mengurangkan batuk kering dan melegakan keletihan (faktor biasa yang dialami bila meningkat usia).
- Boleh diamalkan oleh kanak-kanak juga sebab kandungannya yang mengandungi protein, asid amino & mineral penting untuk pertumbuhan yang sihat. Dalam perubatan tradisional cina, penggunaan sarang burung untuk membantu menghalang selsema serta meningkatkan fungsi paru-paru dan buah pinggang. Ia juga boleh tingkatkan sistem kekebalan tubuh & tingkatkan daya tahan terhadap faktor-faktor luaran.
3 Comments
Yup, brand kinohimitsu ni bagi saya pun boleh dipercayai, pernah try tapi tak berapa kena dengan tekak >.<
ReplyDeleteika pernah beli sekali je dekat guardian lepastu tak beli dah mungkin sebab ika rasa mahal kot.
ReplyDeletebanyak khasiatnya sarang burung ni kan k.fiezz
ReplyDelete