Sebelum ni pernah viral pasal kelebihan minuman sarang burung untuk dapatkan kulit cantik, flawless. K.fiezz antara yang terpengaruh juga amalkan minuman sarang burung dari salah satu brand yang ada di pasaran. Brand apa tu?Korang boleh rujuk link entry bawah ni. Cuma k.fiezz dah stop amalkan minuman sarang burung dari brand tu sebab tak sesuai dengan salah satu kandungan yang ada dalam brand yang k.fiezz beli ni. Effect dia, jerawat-jerawat halus muncul di sekitar dahi. Selain dari tu, tak ada effect negatif. Cuma tak sesuai dengan salah satu kandungan dia saja. Sebab jerawat-jerawat halus muncul di kawasan dahi. K.fiezz memang tak ada masalah kat area dahi. Jadi bila jerawat halus muncul, mula lah susah hati. Perempuan. Alergik jerawat muncul kat kawasan muka, mula lah cari alternatif macamana nak bagi nyahkan jerawat-jerawat tu dengan cepat.  Jadi k.fiezz berhenti amalkan minuman sarang burung untuk sementara waktu masa tu sebab nak bagi elok balik kat kawasan dahi. Memang plan nanti nak sambung cari minuman sarang burung yang tak ada campur dengan ginseng. Sebab yang k.fiezz minum tu ada campuran ginseng. K.fiezz tak serasi dengan ginseng. Gatal beli yang ada ginseng. Man lah nak tau tak sesuai pulak. Orang-orang tua ada cakap, tak cuba tak tahu. Dah cuba baru tahu. hehe. 

Entry berkaitan < Lovlin Birds Nest >

PILIHAN MINUMAN SARANG BURUNG DI PASARAN


Dah banyak minuman sarang burung yang ada dipasaran samaada mengandungi sarang burung sahaja tanpa sebarang campuran atau ada campuran bahan lain seperti ginseng, aloe vera & lain-lain. Terpulang pada kita nak yang mana. Bahan lain tu sebagai tambahan rasa sahaja disamping khasiat dia. 

Macam k.fiezz, sebabkan sebelum ni dah pernah amalkan minuman sarang burung yang ada ginseng dan dah tahu kesannya k.fiezz tak sesuai dengan ginseng jadi lepas ni k.fiezz kena cari  yang ada sarang burung sahaja tanpa ada campuran bahan lain. 

KESAN BERBEZA PENGAMBILAN MINUMAN SARANG BURUNG

Kesan ni mungkin berbeza untuk setiap orang. Jadi kalau korang yang baru nak berjinak dengan minuman sarang burung, jangan risau pula baca yang k.fiezz share ni. Haha. K.fiezz tak condemn pun. Ni k.fiezz nak cari jenama minuman sarang burung lain yang tak ada ginseng pula. Ramai yang amalkan minuman sarang burung ni sebab khasiat sarang burung yang menyeluruh untuk kesihatan & kecantikan. Contoh korang boleh tengok Datin Fouziah Gous, artis & founder FG Wallet . Awet muda kan sebab dia amalkan minuman sarang burung. 

Tu yang k.fiezz semangat nak amalkan semula minuman sarang burung. Untuk awet muda. hehe. Faktor usia. Tak boleh terima kenyataan tau dah kertu. haha

SUPPLEMEN WAJIB UNTUK AWET MUDA

Sarang burung ni memang dikenali supplemen wajib yang kita wanita kena ambil sebabkan khasiat dia meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit & melambatkan proses penuaan (awet muda). 

Kelebihan minuman sarang burung ni memang terkenal sebabkan khasiat dia untuk kesihatan dan kecantikan. Dalam Perubatan Tradisional Cina, sarang burung antara tonik yang popular. Untuk yang tak tahu, sarang burung ni dihasilkan oleh burung walet menggunakan air liur. 

KHASIAT SARANG BURUNG

Dalam kajian perubatan Cina mendapati antara khasiat sarang burung adalah sebagai agen pemutihan  & kesihatan mata. Dari segi kesihatan pula, bagi penghidap asma, sarang burung agen terbaik memulihkan sistem pernafasan & menguatkan paru-paru

Selain itu, hasil dari eksperimen tersebut mendapati khasiat sarang burung : 

  • Dapat melancarkan pembuluh darah, tingkatkan nafsu makan & memperbaiki saluran pencernaan.
  • Kurangkan kahak & sembuhkan batuk. Bagus untuk paru-paru & kuatkan saluran pernafasan.
  • Bagi wanita hamil dapat kurangkan rasa sakit pada kawasan punggung, kuatkan paru-paru bayi dalam kandungan & cepatkan proses penyembuhan selepas bersalin.
  • Bagi orang tua, pemakanan & pengambilan secara konsisten dapat kuatkan urat dan tulang serta tingkatkan daya tahan badan terhadap penyakit.
  • Bagi kanak-kanak, sarang burung tinggikan daya serap nutrisi yang ada pada dalam makanan & kuatkan paru-paru.
  • Untuk yang merokok, pengambilan sarang burung membantu kurangkan kesan daripada nikotin & mencegah serangan barah. 

Banyakkan khasiat sarang burung untuk kesihatan dan kecantikan. Mana orang tak berlumba-lumba cari minuman sarang burung ni. Di pasaran pun macam-macam jenama muncul berasaskan sarang burung sampai pening nak cuba yang mana. Macamana nak pilih minuman sarang burung ni?Hah,baca sampai bawah. K.fiezz ada explain macamana nak beli minuman sarang burung yang ada pelbagai jenama di pasaran.

Sebelum tu jom tengok apa lagi info pasal sarang burung sebelum kita amalkan minuman sarang burung ni. 

5 Perkara Perlu Tahu Sebelum Amalkan Sarang Burung

  1. Dalam perubatan cina, sarang burung dikategorikan sebagai tonik. Jadi seeloknya ambil sebelum makan untuk bolehkan tubuh menyerap nutrien lebih baik.
  2. Warna sarang burung berwarna merah disebabkan pengoksidaan atau mineral yang diserap dari alam sekitar.
  3. Sarang burung terkenal dengan khasiatnya untuk awet muda dan rawatan kulit wajah & kaya dengan pertumbuhan epidermis yang bertanggungjawab untuk pembaikan kulit dan tisu. 
  4. Sarang burung boleh mengurangkan batuk kering dan melegakan keletihan (faktor biasa yang dialami bila meningkat usia). 
  5. Boleh diamalkan oleh kanak-kanak juga sebab kandungannya yang mengandungi protein, asid amino & mineral penting untuk pertumbuhan yang sihat. Dalam perubatan tradisional cina, penggunaan sarang burung untuk membantu menghalang selsema serta meningkatkan fungsi paru-paru dan buah pinggang. Ia juga boleh tingkatkan sistem kekebalan tubuh & tingkatkan daya tahan terhadap faktor-faktor luaran. 
Semak Kandungan % Sarang Burung Sebelum Beli

Jadi kalau korang yang nak cuba minuman sarang burung ni, check dulu berapa % kandungan sarang burung. Sebab % kandungan sarang burung berbeza untuk setiap jenama. Sebelum ni yang k.fiezz amalkan tu, kandungan sarang burung 7% sahaja. Ada yang 28% tapi harga dia mahal sikit. Jadi tepuk poket tanya lah wallet, k. Penting ke % kandungan tu. Penting lah uolls. Lagi tinggi % kandungan sarang burung tu, lagi banyak khasiat dia yang kita boleh dapat bila amalkan minuman sarang burung tersebut. 

Kita amalkan minuman sarang burung untuk apa?Tentu lah untuk dapat segala khasiat dia macam k.fiezz explain atas ni. Kalau sikit % kandungannya, lambat lah nampak kesannya. 

K.fiezz ada baca di Mr Google satu brand minuman sarang burung ni yang tak ada ginseng & nak cari pun senang di drugstore iatu Kinohimitsu Snow Lotus Bird Nest.  Kandungan dia > Rock Sugar, Bird’s Nest (28%), Honey, Snow Lotus. . Dalam bentuk botol & satu kotak ada 6 botol. Jenis sedia untuk diminum pada bila-bila. Nanti nak try usha di Guardian/Watson. Untuk cantik & kesihatan, pakej gitu. Reward untuk diri sendiri juga,kan. hehe

Kelebihan minuman sarang burung,minuman sarang burung,awet muda
Brand Kinohimitsu, untuk k.fiezz dikenali & dipercayai. Jadi boleh proceed untuk cari & cuba nanti. hehe. 


3 Comments

  1. Yup, brand kinohimitsu ni bagi saya pun boleh dipercayai, pernah try tapi tak berapa kena dengan tekak >.<

    ReplyDelete
  2. ika pernah beli sekali je dekat guardian lepastu tak beli dah mungkin sebab ika rasa mahal kot.

    ReplyDelete
  3. banyak khasiatnya sarang burung ni kan k.fiezz

    ReplyDelete