Mr hubby ni sangat lah failed kalau beli barang & orang yang jual tu beritahu 'ni ada promosi, bang' atau pun 'barang ni limited edition' atau 'tinggal yang ni je, bang'. Hah, memang dia alergik betul dengar ayat-ayat ni. Automatic dari tak nak beli, terus jadi beli. Perangai sangat tau. Haih. Sabo je lah sis. Ni contohnya lah. Semalam mr hubby balik dari kerja, dia singgah Mc Donald. Sampai rumah, sambil nak masuk rumah, mr hubby hulur paper bag McD & air. K.fiezz tengok air tu warna oren. Biasa bila amik set & air, mesti air berkarbonat. Ni air warna oren. K.fiezz agak macam air mangga sebab warna dia pekat. Hah, betul tekaan k.fiezz. Mr hubby beli set lepas tu tukar air karbonat dengan Ice Blended Mango Peach  McD ni sebab staff Mc Donald promote kat mr hubby tambah RM3 saja. Staff McD tu beritahu kat mr hubby Ice Blended Mango Peach McD ni limited edition kata dia. Mr hubby tak pasti lah part ni. Iya kan je lah. Yang penting harga tambah tu murah je.  Harga biasa RM7-RM8.  

Mr hubby memang tak boleh ayat-ayat yang berbaur promosi macamni. Memang dia cair. Dari tak nak beli dia boleh jadi beli.  

Dia cair dengan ayat-ayat promote tak apa. Jangan cair dengan perempuan. Hah, ada juga yang kena kejor. Haha. 


ice blended mango peach mcd

Ice Blended Mango Peach McD

Macamana rasa Ice Blended Mango Peach McD ni?Sedap tak? Untuk k.fiezz sedap, memang terasa buah mangganya tapi cuma manis saja. Manis tu k.fiezz tak pasti samaada dari buah saja atau gabungan gula sekali. Sorry tak pandai nak bezakan. Ada orang boleh bezakan rasa manis buah atau manis gula. K.fiezz tak pandai. Tapi rasa dia manis. 

Minum manis ni, k.fiezz pun tengah cuba kurangkan tapi sesekali kita layan lah. hehe.  Lepas habis sedut air ni, laju-laju minum air putih. Haha. 

pie keju blackcurrant
Pie Keju Blackcurrant 

Selain dari air yang very limited edition atas ni, mr hubby beli Pie Keju Blackcurrant sebab limited edition juga katanya. Betul ke tidak limited edition. Tak pasti lah pula. Tak mengikuti perkembangan sangat. K.fiezz makan je. Biasa kalau yang apple pie tu, k.fiezz kureng sikit tapi yang ni sedap untuk tekak k.fiezz. Inti dia penuh kat dalam. Selang seli keju & blackcurrant. Cuma rasa dia manis juga. Sesekali boleh lah layan. 

Overall k.fiezz suka dua-dua ni. Sedap & kena dengan tekak cuma manis saja. Halah, boleh lah kan kita cheat day sesekali. Eh, sejak bila pula k.fiezz diet ni. haha..

2 Comments

  1. Adoi lawak pulak baca part jangan cair dengan perempuan lain hahahaha. Yang pie blackcurrant tu memang ada masa masa tertentu. Nanti dah habis promosi blackcurrant, tukar pie inti lain pulak hehehe. Tapi apple pie sentiasa ada :D

    ReplyDelete
  2. Macam saya juga kak fiez..jika rasa terlebih minum manis..cepat2 minum air msk konon nk ballance kan hahaa..padahaaallll :D

    ReplyDelete