Nak cantik juga. Kulit toink toink..Kalau korang ada baca kisah viral seorang budak perempuan yang jadikan pengambilan minum sarang burung untuk dapatkan kulit yang anjal, flawless, cantik..

Masa baca kisah ni, k.fiezz baca gitu je. Tapi bila asyik orang duk share yang sama je, lama-lama terminat nak cuba juga minuman sarang burung ni. 

Untuk permulaan, k.fiezz beli jenama Ecolite & jenama yang Fouziah Gous punya tu. FG Walet kalau tak silap nama dia. K.fiezz beli di KK Mart je. Ada beberapa perasa, k.fiezz pilih yang campuran aloe vera. Beli yang ni dulu sebab nak cuba rasa. Boleh lalu tak kat tekak?

Dan boleh. Sedap je rasa.

LOVLIN BIRD NEST

Nak teruskan 2 jenama tu, macam mahal. Sebotol yang Ecolite dalam RM6 lebih. Jenama Fouziah Gous punya tu RM belas juga. Fuh...rabak gak poket k.fiezz hari-hari beli. haha. Lari bajet. Memang nak kulit cantik. tapi bajet kena tengok, uoll..

So usya punya usya. K.fiezz pilih Lovlin Birds Nest ni. Lagipun pada pendapat k.fiezz, mana-mana minuman sarang burung, sama je khasiat dia cuma jenama je berbeza.

Lovlin Birds Nest ni k.fiezz dapatkan dari salah seorang agen yang k.fiezz cari di Instagram. Kebetulan masa cari minuman sarang burung ni, ada seorang seller ni asyik naik kat IG k.fiezz. Contact agen ni tapi dia cover area Selangor. Jauh nak COD ke rumah / pejabat k.fiezz. So dia bagi contact salah seorang agent lain. Dan tadaaa..dapat pun Lovlin Bird Nest ni..2x juga k.fiezz repeat beli. Lepas tu k.fiezz tak sambung minum sebab.... Nanti k.fiezz cerita lebih detail


Sebelum tu jom tengok apa kebaikan minum sarang burung ni..


www.fiezasani.xyz

Lovlin Bird's Nest

Cara Minum Lovlin Bird Nest - Goncang botol. Kemudian buka penutup & minum. Pastikan habis 1 botol setiap kali minum. Minum semasa perut kosong untuk penyerapan yang lebih baik. 

Kalau ada bajet lebih, boleh amalkan hari-hari (1 atau 2 botol). Tapi kalau bajet kurang, boleh ambil 1 botol selang sehari. 

www.fiezasani.xyz

RM20 / 3 botol (1 kotak)

yang k.fiezz ambil ni 7% kandungan sarang burung dia. 

Ada 2 jenis. Satu lagi 

Untuk 28% kandungan sarang burung, harga RM45 / 3 botol (1 kotak)

Apa beza 7% dan 28% ni, yang tinggi % tu lagi cepat nampak perubahan dan kesan dia + saiz botol lebih besar.. Tu sahaja. Yang mana nak?tepuk purse masing-masing..hehe

www.fiezasani.xyz

Kebaikan / Khasiat Lovlin Bird's Nest

Untuk Kanak-Kanak 

  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Meningkatkan selera makan
  • Menguatkan daya ingatan
Untuk Orang Tua 
  • Antioksidan untuk mencapai kesan anti penuaan
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ingatan
  • Mengurangkan kahak, menguatkan paru-paru dan buah pinggang
Untuk Lelaki
  • Kesihatan batin (menghasilkan lebih banyak sperma yang berkualiti)
  • Dapatkan tidur berkualiti
  • Pengambilan secara konsisten dapat meremajakan kulit wajah, mencantikkan, menganjalkan & mencerahkan kulit wajah
Untuk Wanita
  • Meningkatkan metabolisma
  • Menstabilkan hormon
  • Mengurangkan sakit sengugut ketika haid
  • Pengambilan secara konsisten dapat meremajakan kulit wajah, mencantikkan, menganjalkan & mencerahkan kulit wajah
Untuk Ibu Hamil
  • Meningkatkan stamina
  • Menyihatkan ibu dan bayi semasa kehamilan
  • Memberikan bayi tubuh badan yang sihat, kulit yang cantik,memperkuat paru-paru bayi yang dikandung
  • Mengurangi rasa sakit pada punggung semasa kehamilan
  • Mempercepatkan proses penyembuhan selepas bersalin
  • Melegakan keletihan laktasi dan mengekalkan kecergasan

Pengalaman Minum LOVLIN BIRD NEST

Okey tadi k.fiezz ada mention dah stop pengambilan Lovlin Bird Nest ni sebab k.fiezz tak SESUAI..uwaaaa..Masa minum Lovlin bird Nest ni, jerawat naik. Terutama bahagian dahi. Bukan jerawat besar-besar. Jenis halus gitu tapi tetap menganggu. Sebab muka sis licin je sebelum ni..haha. 

Jadi  k.fiezz stop Lovlin Bird Nest. Dalam Lovlin Bird Nest ni ada ginseng. Rasanya k.fiezz tak sesuai makan ginseng tu. Sebab teringat agen Lovlin Bird Nest yang mula-mula k.fiezz nak beli tu pernah cakap, macam dia kulit sensitif sebab tak sesuai dengan ginseng dalam Lovlin Bird Nest ni. So masa minum, dia buang ginseng dalam Lovlin Bird Nest. K.fiezz pun buat yang sama sebab ada stok lagi masa tu. Takkan nak buang. Sayang weiii.duit tu..haha..Tapi lepas habis je stok, k.fiezz stop Lovlin Bird Nest ni.

Mungkin orang lain sesuai je. K.fiezz yang tak sesuai. aiseh..baru sis nak fefeling kulit toink toink (anjal) sekali tak serasi bersama pula. tak pe lah. tak sesuai, jangan di paksa. kita minum ayor masak je lah. hehe..

Kalau korang yang nak mencuba Lovlin Bird Nest ni, korang boleh roger agen Lovlin Bird Nest yang k.fiezz beli ni >> IRA ZAINAL  / 019-392 1234 . Ira ni cover area Puchong dan yang berdekatan sebab dia tinggal di area ni..

3 Comments

  1. Macam berminat jugak nak toink toinkkan kulit muka ni... Tapi kena ketuk kuat-kuat dulu purse saya ni... hahaha

    ReplyDelete
  2. sedap air sarang burung.. suka sangat kalau dapat time raya cina

    ReplyDelete
  3. Nowadays, dah boleh dapat minuman sarang burung diyakini halal lagi suci, Dan harga pun mampu beli. Dulu2 mak oiii Mahal sungguh sarang burung ni ..

    ReplyDelete