Baru-baru ni k.fiezz mengalami muka breakout sebab tersalah guna skrub. Boleh baca di sini << Tersalah Guna Skrub Muka Jadi Bengkak >>. Akibatnya muka k.fiezz jadi bengkak & merah-merah. Pakej gatal merenyam sekali. Aduh...Tu lah sesuka hati try & error, muka sendiri merana beb. Bila muka dah jadi macamni, men Google cari cara merawat muka breakout. Risau kalau tak ambil langkah cara hilangkan muka breakout nanti lagi lambat proses pemulihan dia. Lambat tu dah satu hal. Dia tinggal kesan parut-parut tu yang tak mau. Tidakkkk!!Dah lah sis jual produk mekap Obsess. Macamana orang nak beli kalau tengok muka yang jual macam 'errrrrr'. 

Jadi mencari cara merawat muka breakout, banyak sebenarnya cara. Cuma kena konsisten & ambil masa sikit untuk pulihkan dan juga RAJIN. Rajin tu paling utama. Kalau tak rajin, apa pun tak jadi. Hadap je lah muka sendiri ada kesan parut-parut nanti. Kalau kita mencuba, kurang-kurang ada inisiatif kita mencuba cara hilangkan muka breakout ni dari tak buat apa. Tak buat apa, memang sah-sah lah muka macam tu je lah.

Cara Mengatasi Muka Breakout

Pertama sekali bila muka breakout ni, sepatutnya kena berhentikan pakai sebarang produk kosmetik pada muka sebab kita tak nak tambahkan lagi masalah pada muka yang sedia ada kecuali langkah mencuci muka. Hah, yang cuci ni tak boleh skip. Wajib buat juga macam biasa.  Dalam kes k.fiezz ni, memandangkan k.fiezz tak biasa tak bermekap, wajib juga k.fiezz mekap. Tambah pula k.fiezz kerja. Mana maunya tak mekap, rasa muka togel. So sebabkan k.fiezz bermekap, k.fiezz buat juga rutin penjagaan kulit seperti biasa cuma k.fiezz tukar mekap remover dengan minyak kelapa dara. Sebab kebetulan di rumah k.fiezz ada stok minyak kelapa dara ni. K.fiezz ada terbaca khasiat minyak kelapa dara untuk muka & boleh digunakan sebagai pencuci mekap. 

Selain dari menukar pencuci mekap kepada minyak kelapa dara, langkah penjagaan muka yang lain k.fiezz guna barang-barang sedia ada di rumah. 

Masa k.fiezz cari cara merawat muka breakout, memang banyak yang k.fiezz baca di blog-blog menukar beberapa item untuk hilangkan masalah muka breakout. Ramai yang mengalami masalah muka breakout mencari produk khusus untuk hilangkan masalah tersebut.  Terpengaruh juga k.fiezz masa baca tu. Tapi fikir-fikir balik, 'ishhh..membazir la'. Lagipun tak tahu produk-produk baru tu sesuai ke tidak dengan k.fiezz'. Jadi k.fiezz stick dengan barang-barang penjagaan muka sediaada. Kecuali skrub sahaja, k.fiezz beli baru. 

Langkah Penjagaan Muka Untuk Breakout

Ni antara langkah penjagaan muka yang k.fiezz buat semasa proses pemulihan muka breakout k.fiezz.
  • Cleanser (K.fiezz guna jenama Nutox) 
  • Primer Water (K.fiezz guna jenama dari Althea) - Primer water ni tak memedihkan. Gabungan antara Primer & Toner yang fungsinya untuk kecilkan liang pori dan melembapkan sebab semasa proses breakout, muka kita akan jadi kering. 
  • Serum Emdoll Beauty - Untuk perbaiki masalah kulit seperti jerawat, pudarkan parut-parut jerawat, samaratakan tona warna kulit & jadi base make up
  • Moisturizer (Nutox) - Melembapkan kulit. Sebab sama seperti Primer Water
  • Gel Aloe Vera (Original) - sebelum tidur, k.fiezz sapu gel aloe vera dari daunnya yang asli. Kebetulan k.fiezz balik kg masa ni so ada pokoknya kat rumah mak 
  • Bedak Sejuk - Selang seli dengan gel aloe vera. Punya nak cepat baik.
  • Gel Gamat - Dicadangkan oleh kawan k.fiezz. Katanya sesuai dan cepat pudarkan parut-parut
  • Garden of Eden Scrub (1x seminggu) - Untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati sebab masa proses breakout, kulit kita akan mengalami kekeringan & mengelupas. Jadi guna skrub untuk keluarkan sel-sel tersebut. 
Untuk mekap, k.fiezz buat sampai langkah moisturizer kemudian k.fiezz terus tepek dengan Obsess Foundation. Nasib juga Obsess Foundation boleh merawat disamping menutup bengkak-bengkak & merah pada muka k.fiezz cuma kena konsisten. Alhamdulillah proses pemulihan muka k.fiezz dah beransur elok. Dalam masa sebulan masa proses muka breakout haritu, k.fiezz cuma buat langkah-langkah ni sahaja. Nampak ada perubahan dan terkini (rujuk gambar di bawah)


cara mengatasi muka breakout, cara hilangkan muka breakout, cara merawat muka breakout,muka breakout, merawat kulit muka breakout

Muka k.fiezz tak lah flawless benor sebelum breakout ni so bila bengkak-bengkak ni, haru lah juga weiii..muka nak jual produk mekap ni weiii..haha..kurang-kurang tak mau lah ada parut-parut teruk benor..hehe..so terkini yang 4 Julai 2020 tu, alhamdulillah dah makin okey...

Yang penting kena rajin & konsisten untuk merawat muka breakout ni. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 

MEKAP MASA PROSES PEMULIHAN MUKA BREAKOUT

K.fiezz cuma gunakan Obsess Foundation sahaja untuk menutup kesan bengkak-bengkak serta merah di muka. Blusher , Eyeshadow k.fiezz tak gunakan masa ni sebab tak ada mood nak mekap beria tapi muka breakout. haha. 

Masa guna Obsess Foundation dalam proses pemulihan muka breakout ni pun, alhamdulillah muka k.fiezz tak ada timbul sebarang masalah macam gatal-gatal ke, ruam ke. Memang tak ada. Lagi best kawan pejabat k.fiezz ada komen, tak nampak pun macam bengkak-bengkak kat muka k.fiezz. Yessss.. thank you Obsess Foundation. Berjaya menutup sampai orang pun tak perasan. hehe

Apapun ni antara tips yang k.fiezz gunakan sebagai cara merawat muka breakout. Mungkin berjaya pada k.fiezz, tak pasti pada orang lain. Tapi kalau nak cuba, boleh je. Langkah atau cara merawat muka dengan tips yang k.fiezz bagi ni lebih praktikal dan menjimatkan duit dari yang k.fiezz baca di blog-blog lain sebab kebanyakan mencadangkan untuk keluarkan belanja bagi membeli produk lain yang boleh membantu masalah merawat kulit muka breakout. Cara k.fiezz biasa lah.. Penjimatan uoll. Lagipun ada antara bahan yang k.fiezz gunakan berasaskan sumber alam. Jadi kalau guna sumber alam, hasilnya idak lah zasss esok dah kulit cantik..Ambil masa lah, uoll..

Menggunakan produk-produk sedia ada yang kita pakai sekarang pun boleh juga. Yang penting kita kena rajin. kalau keluarkan belanja mahal-mahal  untuk beli produk lain tapi kita malas nak merawat kulit muka breakout, tak guna juga..Pembaziran dah satu hal. Produk2 yang tak pakai tu, lama-lama buang dalam tong sampah. So apapun tepuk dada tanya selera. Ikut pilihan masing-masing cara merawat muka breakout kalau tetiba ada masalah ni. 

Tak kisah apapun cara,janji membuahkan hasil & kita dapat kulit muka yang sihat dan flawless..hehe

9 Comments

  1. buat apa yg kita rasa menjimatkan dan selamat. biar lambat asal menjadi

    ReplyDelete
  2. Aduhh takut kena breakout mcm ni. Nasib baik terus okay yer ... kita cepat jugak ni

    ReplyDelete
  3. SA punya cara plak, bedak sejuk_ putih telur+ lemon 1/2 biji, Cairkan bedak sejuk campur putih telur dan jus lemon dari 1/2 biji lemon...kacau rata..masukkan dalam fridge, jadikan masker sebelum tidur atau boleh pakai semasa tidur sampai pagi...insyaallah amalkan selalu kulit jadi lembut dan breakout beransur hilang...

    ReplyDelete
  4. muka saya pun dah naik jerawat besar-besar padahal kulit muka jenis licin, nak try tips sis ni, harap-harap tak melarat, huhu risau berparut

    ReplyDelete
  5. Boleh nampak lah getting better tu :)

    ReplyDelete
  6. Wah, berkesan betul. tahniah k.fiezz. Bestkan bila bebas kulit breakout ni. Baru confident

    ReplyDelete
  7. sapa2 yang went thru breakout phase ni mmg trasa stress kan.. kadang2 tatau punca n mmg kena pilih skincare yang betul.

    ReplyDelete
  8. Saya pun breakout since bulan 2, entah lah apa sebab. Now dah kurang sikit, guna althea sheet mask setiap malam, nampaklah kesan yg baik.

    ReplyDelete
  9. usia macam saya ni memang mudah naik breakout..so kenala pantang makan itu ini..kadang2 penat gak..

    ReplyDelete