Baru-baru ni ada kenalan k.fiezz bertanya tips temuduga kerajaan. Allah. K.fiezz tak ada sebarang tips temuduga kerajaan yang nak dikongsi kan. Maksudnya tips untuk lulus temuduga kerajaan. Sorry. Untuk k.fiezz rezeki dapat kerja kerajaan sekarang ni. Masa interview, k.fiezz hadir sahaja temuduga macam orang lain. Tak ada guna sebarang kabel atau bantuan orang dalam pun. Masa tu pegang pada 'rezeki tak pernah salah alamat'. Kalau dapat, alhamdulillah. Tak dapat, cuba lagi sampai berjaya. 

Banyak Kali Interview SPA

K.fiezz bukan sekali dua hadir temuduga kerajaan SPA ni. Banyak kali tau. Banyak kali. Rasanya lebih dari 5kali. Macam-macam  jawatan k.fiezz pernah hadir untuk temuduga di SPA ni. Tapi bukan rezeki berpihak untuk jawatan-jawatan tu.

Alhamdulillah. Lekat untuk jawatan yang k.fiezz pegang sekarang. Rezeki...

Terkejut pun ada juga masa terima surat tawaran kerja dari SPA. Tak sangka benornya berjaya lulus temuduga SPA lepas beberapa kali cubaan. Alhamdulillah.

Jadi lepas dapat surat tawaran kerja dari SPA, kiranya lulus sahaja selepas temuduga SPA tu k.fiezz kena laporkan diri ke SPA. Dalam surat memang dah dinyatakan semua yang lapor diri akan menjalani kursus pengenalan selama seminggu di Awana Terengganu. Masa hari penutup, baru lah kitaorang tahu di mana akan ditempatkan. 

Dulu-dulu masa kursus pengenalan, seronok. Bawa hotel yang best-best. Sekarang je, penjimatan. haha..Nasib lah yea. Tak pe yang penting dah dapat kerja kerajaan..

Tips Temuduga Kerajaan

K.fiezz tak ada sebarang tips untuk LULUS temuduga kerajan cuma kat bawah ni antara beberapa tips yang k.fiezz boleh kongsikan cara menghadiri temuduga kerajaan.

Penampilan > Berpakaian kemas, tak kisah lelaki dan perempuan. 

Lelaki pakai kemeja, seluar slack, tie, kasut bertutup, baju tuck in (jangan biar mengelebeh keluar). Sembur sikit wangian. Kalau ada masalah tiak berbau, jangan lupa guna deodorant

Perempuan, pakai baju yang sopan (baju kurung atau kemeja labuh yang menutup punggung dan seluar slack), kasut bertutup penuh, ikat rambut (kalau free hair. Tak suka ikat, pastikan rambut dalam keadaan terurus) & mekap sesimple. Sekurangnya ada mekap, janganlah pucat je muka tu. first impression, okey. Nak cepat, mekap je dengan Obsess Foundation & Lipmatte Obsess. eh..ter promote..haha..Dan sama juga macam lelaki, sembur wangian sikit & guna deodorant kalau ada masalah tiak berbau. 

**Wangian pun jangan guna yang terlampau tengit atau kuat bau dia. Risau penemuduga tak selesa, nanti proses temuduga pun cepat je sebab penemuduga malas nak lama-lama duk 1 bilik dengan korang. Cepat tu tak pe lah tapi risau markah korang pun ciput dari temuduga tu. Kalau dah ciput tu macamana nak lulus.

Warna Pakaian - Pilih warna yang selamat seperti pastel. Warna-warna lembut. Elakkan pilih warna yang suram (coklat, kelabu) atau terlampau menyerlah (merah mak ngah, hijau pucuk pisang). Warna pun mainkan peranan tau. Kalau pakai warna suram, tak berseri rupanya. Penemuduga nak soal korang pun malas. Kalau pilih warna menyerlah, sat gi penemuduga yang sakit mata tengok warna terang benor. so paling selamat, pilih warna-warna lembut. 

Susun Dokumen - Sebelum temuduga, dah diberitahu dalam surat panggilan untuk bawa dokumen orginal & fotostat. Susun dokumen-dokumen tersebut mengikut susunan. Pegang pada prinsip ni, kita mudahkan urusan orang. Allah pun mudahkan urusan kita. 

Datang Awal - Kalau tak pernah sampai lagi ke tempat temuduga. Buat survey dulu sehari sebelum untuk elakkan sesat pada hari temuduga. 

Cari Info - Sebelum temuduga, cari serba sikit info berkaitan jawatan yang akan ditemuduga. Ambil tahu juga serba sedikit isu semasa.

Jangan Tunjuk Pandai / Berlagak - Mungkin ada yang berpengalaman kerja sebagai pekerja kontrak di sektor kerajaan, jadi elakkan tunjuk pandai. Penemuduga tak suka dengan orang yang berlagak pandai. Bukan penemuduga je, sesiapa pun tak suka dengan orang berlagak pandai ni. 

Kalau ada pengalaman bekerja di sektor kerajaan sebagai kontrak, alhamdulillah bonus untuk korang. Cuma tak perlu terlalu menunjuk atau cara jawab berlagak bila di tanya. Cerita saja macam biasa bila penemuduga soal. 

Ketuk Pintu / Bagi Salam - Sebelum masuk dalam bilik temuduga, ketuk dulu pintu dan bila nak melangkah masuk, baca Bismillahirrahmanirrahim dalam hati kemudian bagi salam pada penemuduga. Bila penemuduga dah bagi kebenaran untuk duduk, baru duduk. Letak beg di bawah (di kaki kerusi) & duduk dalam keadaan selesa. Nak menyandar boleh tapi menyandar dalam keadaan badan tegak bukan posisi macam lepak-lepak di kedai. 

**Off /Silence handphone sesiap sebelum masuk bilik temuduga. 
**Sebab baca Bismillahirrahmanirrahim ? Kita nak mengaji (membaca al-quran), mesti kita baca Bismillahirrahmanirrahim dulu,kan. Jadi apa salahnya sebelum buat apa-apa kita buat yang sama juga.

Eye Contact - Semasa proses temuduga, pandang mata penemuduga bila menjawab soalan-soalan yang diberikan. Jangan pandang ke sana ke sini. Ni untuk menunjukkan keyakinan kita pada setiap jawapan yang diberi.

Jawab dengan yakin - Setiap soalan yang dikemukakan oleh penemuduga, jawab dengan yakin. Elakkan penggunaan 'errrr..emmm...' yang menampakkan korang tak tahu. Even tak tahu pun goreng je apa-apa jawapan. Jangan jawab 'saya tak tahu'. 

Ucap Terima Kasih - Selepas habis sesi temuduga, ucap terima kasih pada penemuduga sebelum keluar. Ni untuk menunjukkan kita hormat & hargai masa diaorang untuk temuduga kita. Lagipun keputusan dan pemarkahan di buat oleh panel penemuduga, jadi tak salah buat baik. hehe. 

REZEKI TAK PERNAH SALAH 

Apapun semua tips temuduga kerajaan yang k.fiezz kongsi atas ni mengikut pandangan peribadi sahaja dan pengalaman k.fiezz sendiri sebagai salah seorang pekerja di sektor kerajaan yang gred beshe-beshe je. hehe. tapi mempunyai pengalaman lulus temuduga SPA. hehe. Kalau tak lulus, idak lah kerja kerajaan sekarang ni. haha. 

So terpulang pada korang nak ikut tips temuduga kerajaan yang k.fiezz kongsikan ni.Tak nak pun boleh. Yang penting korang pegang pada ayat 'rezeki tak pernah salah alamat'. Kalau dah tertulis tu rezeki korang, tetap jadi rezeki korang. 

Yang mana macam bosan asyik tak lulus saja temuduga kerajaan, keep trying okey. Jangan putus asa. Insyaallah, rezeki akan sampai juga pada waktu  yang tepat. 

5 Comments

  1. ehehe dulu pun mak kalau kursus cikgu2 mesti hotel mewah2.. lagi2 kalau pangkat tinggi. skrng hehe ehehe.. mampu sengih saja. meeting kat sek sajalah..

    saya x pernah dapat interview dengan kerajaan. tak ada rezeki..
    semua ditahap application saja lepas tu senyap =P

    ReplyDelete
  2. Tips bagus ni. Semoga yang nak pergi iv dipermudahkan urusan mereka sentiasa.

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan semua tips yg Fieza share nie.. harap ia dpt membantu mereka yg nk dptkan kerja sektor awam. Swasta pun boleh

    ReplyDelete
  4. setakat ni pernah lalui ujian bertulis dan ujian kesihatan utk PTD je, tak pernah sampai ke temuduga, rezeki kat GLC

    ReplyDelete
  5. Betul akak ni cakap.. rezeki x pernah salah alamat. Saya dah pergi iv SPA ni setiap tahun sehingga la kali ke 6 (selepas 6 tahun).. yg ke 6 tu akhirnya sangkut.. tp asalnya cuma calon simpanan je. Lepas setahun je terdetik kat hati nak cek spa8i, status calon simpanan tu dah tukar jadi Lantikan Tetap. Alhamdulillah.. ada orang mungkin iv je kali pertama dah dpt.. ada orang iv lepas 6x br dpt.. Percaya la tu rezeki. Guna la camne cable sekali pun, kalau Allah xbagi, xdpt jga.. So kne yakin kat sana.. Lantak pi la kat depa yg dapat guna cable. Mungkin tu la rezeki dorg. Bersangka Bai..k:)

    ReplyDelete