Tahun ni raya norma baru. Tak dibenarkan balik kampung. uwaaaa.. touching benornya tapi tahan tahan tak nak melimpah air mata ni di pagi Syawal. haha. Jadi kita chill-chill sambut raya di KL saja. Semua disebabkan pandemik COVID-19 yang tengah hangat melanda satu dunia. Haih, marah tau dengan punca pembawa COVID ni. Tak pasal-pasal menyusahkan satu dunia. satu dunia tau. tapi apapun yang jadi sekarang ni ada hikmah dia. Jadi kita tarik nafas, lepas..tarik nafas, lepas. Nak marah-marah pun tak guna juga. Menda tengah jadi pun sekarang ni. Apapun kita doakan semoga virus ni cepat berlalu dari satu dunia ni & pakar-pakar perubatan berjaya mendapat penawar virus COVID-19 ni.

SAMBUT RAYA DI KL

Disebabkan tahun ni Perdana Menteri & kerajaan kita dah keluarkan arahan tak dibenarkan balik kampung & sambutan hari raya pada 1 Syawal sahaja. Kunjung-mengunjung seperti kebiasaan sebelum ni tak dibenarkan. Untuk tahun ni, ziarah-menziarahi cuma antara ahli keluarga sahaja dan tidak melebihi 20 orang dalam satu rumah. Jumlah ni pun tengok pada kediaman masing-masing. Kalau rumah flat, jumlah pengunjung lagi kurang dari yang dibenarkan.

Apa nak buat. Kita akur pada perintah kerajaan. 

Raya tetap raya walaupun dalam suasana tak ceria seperti selalu sebab tak boleh balik kampung, jumpa dengan keluarga. 

Jadi k.fiezz & mr hubby pun cuma sambut hari raya di rumah sahaja. Ada la pi berkunjung ke rumah kakak mr hubby di Subang. Pi ke rumah ni je lah sebuah. Adalah rasa suasana hari raya sikit. Kalau tak. 'raya ke ni'. haha..what to do?

Harapnya tahun depan, kita dah boleh beraya seperti biasa. 

fieza sani

Tema raya tahun ni purplicious uoll...onzzz tema w/pun beraya dalam tempoh PKP..
Ni kat rumah kakak mr hubby. Cantik dekorasi rumah dia. Kena lah posing..

fieza sani

Wefie sikit dengan biras & mr hubby. Sesambil tunggu turn nak makan.

fieza sani

Gambar ni kurang jelas sikit sebab biras k.fiezz snap candid. Lepas tu dia share kat WhatsApp..
Tapi sebab k.fiezz rasa macam cantik gambar ni, tak kira. Nak share kat blog. haha..

fieza sani

Pagi raya tahun ni mampu video call je. Ni mr hubby tengah video call dengan family dia..

fieza sani

My turn pulak dengan family k.fiezz. Alahai, bergegor plak 
gambar kitaorang yang kat bawah tu nak screenshot punya pasal. Ghasak lah kan..

fieza sani

Outfit of the day untuk Hari Raya,wajib lah uolll...Baju raya yang k.fiezz dah tempah awal dengan kawan pejabat. Hantar kat dia sebelum mula Perintah Kawalan Pergerakan lagi. Tak sangka pun kena PKP ni. Tu yang kemain semangat k.fiezz menempah baju raya siap bitau dengan kawan k.fiezz tu nak design macamana. hehe. 

fieza sani

Family k.fiezz kat kampung. Mak, Abah & adik k.fiezz pakai baju tahun lepas je. Mak  tak ada mood nak buat baju raya sebab anak-anak dia kat KL ni tak boleh balik kampung. Kuih raya pun tak buat. Adeh, bukan tak nak balik kampung. Tak dibenarkan.

Masa video call, mak k.fiezz cakap tak boleh sembang lama-lama, touching. Abah k.fiezz lari-lari, tak mau cakap sangat dalam video call. K.fiezz pun masa video call pagi raya tu, tahan tahan air mata. Jangan keluar jangan keluar. haha. Nasib mak k.fiezz pun tak nak cakap lama-lama.

fieza sani

Mak mertua & adik ipar k.fiezz di Ipoh. Ni kat laman rumah opah mr hubby. 

MENU RAYA

So menu di pagi raya, k.fiezz masak LAKSA, NASI IMPIT + KUAH KACANG & Daging Masak Hitam. 

Jadi lah buat makan-makan kitaorang & adik mr hubby yang datang beraya ke rumah kitaorang masa raya pertama haritu. 

fieza sani

Menu di pagi raya

fieza sani

LAKSA homemade - Resipi >> Cara Masak Laksa Simple & Sedap

fieza sani
Gambar animasi kartun k.fiezz & mr hubby ni order dari kawan mr hubby. comey dak. hehe.

Apapun k.fiezz nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog k.fiezz yang selalu singgah ke sini & tinggalkan komen ataupun yang rajin singgah tapi tak pernah komen..Tak kisah lah korang yang mana, k.fiezz nak ucapkan Salam Aidilftiri buat semua. K.fiezz menyusun jari 10 kalau ada terkasar penggunaan bahasa, ter maki tak sengaja, ter singgung perasaan sesiapa dalam setiap entry di blog ni. Salam kosong-kosong dari k.fiezz yang serba kekurangan ni. 

Untuk raya kita yang lain dari sebelum-sebelum ni, korang stay save di rumah & jaga kesihatan. Selalu basuh tangan & bersihkan diri bila balik ke rumah lepas keluar.
 
Tak lupa juga patuh lah dengan arahan kerajaan yang dah ditetapkan untuk kita sementara kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga 9 Jun 2020 ni. Dilanjutkan kah lagi tempoh ni, kita tunggu & lihat. 

5 Comments

  1. Salam raya PKPB
    Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya..
    maaf zahir batin. =)

    ReplyDelete
  4. happening walaupun berjauhan.. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga

    ReplyDelete
  5. nampak meriah jugaa sambutan raya tu.. alhamdulillah..
    janji kita happy2.. insyallah nanti semua okay semula =)

    ReplyDelete