Bila kakak fiezz dah terjebak hasil pengaruh member ofis yang share link tengok shopee live streaming. Ada juga kadang-kadang k.fiezz tertekan button tengok seller yang buat lelong kat shopee live streaming tapi tak tergugat sangat. Mungkin tak kena dengan barang yang di lelong. Tak menarik minat k.fiezz untuk membeli. 

Tapi tapi yang baru-baru ni kawan pejabat k.fiezz share link shopee live streaming seorang seller  shopee yang tengah buat live jual baju-baju bulus, arghhhh tergugat iman sis tau. Selain baju-baju bulus, seller ni ada jual juga baju-baju knitwear. Lepas tu kawan k.fiezz share pula shopee live streaming kedai beg di GM Klang. Adeh. kawan k.fiezz ni, part bag ni k.fiezz failed sangat tau. haha. 

Jadi hasil shopee live streaming kedai beg di GM Klang ni, tersangkut lah seketul beg bawah ni. 

HASIL REMBATAN DI SHOPEE LIVE

shopee live streaming,kedai bag di GM KLANG,shopee

Baju-baju dan beg-beg kakak fiezz is kalah dengan dua barang ni, tau. Alergik..Confirm mesti beli punya. hehe

So ni hasil tengok shopee live streaming dari kedai beg di GM Klang ni. Memula tengok gitu-gitu je. Tak lah tertarik sangat pun. Konon. Sekali bila dah lama sikit, baru datang mood berkenan dengan beg yang ada. Arghh. penyudahnya lekat seketul beg dalam gambar ni. Adeh. 

Harga asal beg ni RM69.90 tapi masa live penjual ni lelong RM45 sahaja. Beg ni dapat 2 ketul. Satu lagi beg belah depan tu. K.fiezz pun tak tahu beg ni ada 2, berkenan dengan design dia. Masa sesi live, seller tunjukkan detail beg ni. Seller beritahu beg ni dapat 2 ketul. Arghhh lagi lah k.fiezz tergoda weii.. 

Terus pinang tanpa ragu-ragu. Tanya dengan seller warna apa yang ada?So ada 6 jenis warna. Ni warna pilihan mr hubby. 

APA TU SHOPEE LIVE STREAMING?

Oo..lupa pula nak cerita serba sikit apa itu Shopee Live Streaming ni?Untuk yang tak berapa familiar dengan shopee, selain dari kita boleh cari barang-barang yang kita nak beli melalui carian di kedai-kedai dalam Shopee. Shopee Live Streaming ni salah satu cara lagi yang seller buat untuk menjual barang. Seller akan buat live & menjual produk-produk secara live. Jadi kat situ, kita akan bersaing dengan pelanggan lain yang mungkin tertarik untuk membeli produk / item dijual oleh seller. Seller akan tunjuk satu persatu barang & kalau kita berkenan, kita boleh locked produk tu. Kebiasaannya kita akan screenshot produk yang kita nak & lepas tu kita chat dengan seller bagi urusan pembayaran. Seller akan bagi satu link & kat situ kita terus buat bayaran. Jangan risau bayaran tetap di buat melalui shopee dulu. Selepas barang diterima oleh kita (pelanggan) baru bayaran release kepada seller. 

Semasa Shopee live streaming kalau kita ada apa-apa soalan mengenai produk / item yang dijual, kita boleh terus tanya. Yang menarik masa sesi Shopee Live Streaming ni, kita berlumba dengan pelanggan lain. Jadi konsepnya Siapa Cepat, Dia Dapat..hehe..

CEPAT SAMPAI

K.fiezz order beg ni hari Ahad. Selasa dah dapat beg nya..Pantas uoll. Seller ni guna FMX Courier. K.fiezz pun tak expect cepat benor sampai. Ingatkan lepas raya. Sekali dalam masa 2 hari dah sampai. Jadi beg ni, kategori beg raya..hehe..Memujuk hati tak dapat balik kampung. haha.

SHOPEE LIVE

Kalau korang nak tengok seller yang buat Shopee Live Streaming, cuma buka applikasi Shopee kat smartphone masing-masing & klik button  SHOPEE LIVE. Korang boleh cari dari list kat situ, seller yang tengah buat live. Kalau ada yang berkenan mana-mana item, klik saja kat sesi Live tu. 

Lagi satu cara, korang boleh follow mana-mana seller yang korang nak beli barang & kalau seller tu ada buat live streaming, akan naik notification di handphone kita..hehe

Selamat terjebak juga dengan Shopee Live Streaming. hehe

3 Comments

  1. Rajinnya join live.. lea masuk kejap pastu kuau.. hehe

    ReplyDelete
  2. Nasib baiklah dak mimi bum terjebak lagi dengan shopee live ni kak fiezz. Kalau x harus koyak poket. Hahaha

    ReplyDelete
  3. wohoo wajib usha ni menarik la

    ReplyDelete