Haritu k.fiezz ada beritahu kan yang k.fiezz terjebak dengan Shopee Live Streaming. Antara barang yang k.fiezz beli hasil setia menengok shopee live streaming ni, baju & beg. Baju paling banyak weiii.. Sakan lah kakak fiezz memborong. 

Acane tak borongnya, k.fiezz follow seller jadi bila diaorang buat live je naik notification. Mau kakak fiezz tak terjebak. Asal ternampak mana-mana seller ni buat live je, laju tangan ni pi tekan. hehe. Mula cadangnya nak tengok je, eh tetiba ter lock tanpa sengaja. ter je..hehe

Shopee Live Streaming, cara jual baju bundle online, pakaian bundle, online bundle shopping, baju bundle perempuan,


BUNDLE ONLINE MURAH

Sebabkan terjebak dengan Shopee Live Streaming ni juga, k.fiezz tahu dah nak cari baju bundle online murah. hehe. Sebelum ni tak berapa nak tahu. Selalu k.fiezz beli baju bila keluar pi mall je. Tapi tak selalu gak beli. Kalau ada sales baru beli. Ni dah sejak PKP, koser lah hai nak beratur masuk mall. Sekarang kan norma baru, nak masuk mana-mana tempat pun kena beratur, Cek suhu, tulis maklumat (nama, nombor telefon)..leceh la hai. Rindu waktu bebas keluar masuk kedai sebelum ni. eh..tercerita pasal musim COVID pula. 

Jadi bila dah terjebak dengan shopee live streaming ni, pandai dah la kakak mencari pakaian bundle. hehe. eh, pakai ke pakaian bundle. Ada orang malu,kan. Tapi k.fiezz okey je. Ukur baju di badan sendiri. Kita tak mampu nak beli baju sampai berpuluh/beratus sehelai, wak..Boleh lah pakaian bundle pun. Janji syantikkkk..tu yang penting. hehe..

Dan korang tahu tak pakaian bundle ni pun cantik-cantik tau tak?Tak caya, tengok gambar-gambar baju yang k.fiezz beli secara online di Shopee ni. Cantikkan. 

Shopee Live Streaming, cara jual baju bundle online, pakaian bundle, online bundle shopping, baju bundle perempuan,

Baju-baju kat atas ni yang k.fiezz berjaya lock hasil tengok Shopee Live Streaming. Murah-murah je uoll seller lelong baju bundle ni.. Ada yang 3/4 helai RM10 & ada yang sehelai RM2. Surprise kan tengok harga dia. Mana lah k.fiezz tak menggila tengok shopee live streaming ni. haha. Kontrol nafsu je kita tengok, wak..Kalau ikut nafsu, mau berpuluh k.fiezz membeli tapi mengenangkan dalam almari dah penuh baju-baju lama yang masih muat & k.fiezz pakai, tak ada tempat nak letak baju-baru hasil membeli online di Shopee ni. Jadi cuba-cuba lah kontrol nafsu serakah shopping k.fiezz ni. hehe..

Tu pun masa baju-baju baru ni sampai, k.fiezz terpaksa buang baju-baju lama yang k.fiezz tak pakai. Sebab rumah k.fiezz sempit. Nak menambah almari baju, tak ada tempat, u.

MANA NAK BELI BAJU MURAH?

Kalau korang yang tercari-cari nak beli baju bundle perempuan yang murah, boleh cuba masuk di shopee live streaming. Memang banyak seller yang jual pakaian bundle murah-murah. Kadang diaorang lelong beberapa helai RM10. Jimat dah kat situ, kan. Kadang ada antara seller ni offer pula free shipping, dah lagi jimat & untung di situ. 

Yang k.fiezz perhatikan di Shopee Live Streaming ni, banyak jual baju bundle perempuan. Mungkin seller lebih berminat buat jualan secara langsung macamtu sebab lebih menguntungkan diaorang dari cuma letak gambar & deskripsi berkaitan di kedai shopee masing-masing. Lagipun ni effort para peniaga juga untuk memasarkan pakaian bundle diaorang. 

Pakaian bundle yang ada di Shopee Live Streaming ni bukan setakat t-shirt,knitwear macam yang k.fiezz beli ni. Banyak lagi lain macam seluar jalan, seluar kerja, blouse, jeans, baju tidur seksi, beg. Eh, macam-macam lah ceritanya. Korang masuk je di Shopee Live. Cari lah seller mana tengah buat live yang korang minat nak beli barang diaorang jual masa tu. 

Untuk k.fiezz shopee ni memang tempatnya untuk online bundle shopping yang jadi pilihan k.fiezz selepas k.fiezz terjebak dengan Shopee Live Streaming. sebab utama jadi pilihan - MURAH. hehe. dah jimat di situ..

Bagi yang meniaga pakaian bundle, tak tahu cara jual baju bundle online, korang boleh cuba juga di shopee untuk joint Shopee Live Streaming macam ni. Mana tahu rezeki lagi lebat. Selain berdoa kena berusaha juga, yea tak. Jadi ni salah satu cara korang para peniaga memasarkan produk/pakaian bundle jualan korang. Cuba lah..mana tau..Rezeki kena di cari juga bukan datang bergolek pada kita. 

3 Comments

  1. Wak pun selalu cari pakaian kat bundle
    terutama pakaian kebun

    ReplyDelete
  2. Best g bundle boleh belek2 baju. Kalau kat shopping nak kena cari betul2 yang muat la.. Tapi RM2 je kan, sebarang je la kami pilih. Hehehe

    ReplyDelete