Abah Mohon Bantuan Warga Emas JKM
Saja nak kongsi pengalaman mohon bantuan warga emas JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) untuk abah k.fiezz..Reason abah mohon?Pendapatan atau pencen yang diterima kurang dari RM500 sebab abah dulu kerja dengan satu Jabatan kerajaan yang diswastakan. So masa Jabatan tu di swastakan, servis abah masa berkhidmat kurang dari 20 tahun. Pencen yang diterima memang sikit..Tak cukup lah ceritanya nak menampung kos hidup sekarang yang makin tinggi.
Ni pun cuba je, tak pasti dapat ke tak?Beberapa tahun lepas, abah pernah mohon bantuan warga emas JKM ni di salah satu daerah kat negeri Perak tapi permohonan ditolak terus atas alasan anak-anak bekerja..Hmmm..Memang lah sis & adik2 bekerja tapi nak membantu abah bagi setiap bulan tu idak lah banyak..Kitaorang pun memasing ada komitmen. Masa nak mohon kat situ, ada dokumen tak lengkap, gigih yea abah & mak berkejar nak dapatkan tandatangan ketua kampung kat dokumen tu..Ingatkan dapatlah sebab beria masa interview oleh Pegawai JKM tu macam bagi harapan..Selepas sebulan dua, dapat surat permohonan TIDAK BERJAYA..Ehhh geram betul rasa..Macam potong gaji dorang pulak kalau berjaya dapat bantuan ni..Lepas dari tu adik sepupu sis pun cerita pengalaman dia minta bantuan OKU (buta sebelah mata) kat JKM daerah yang sama ni jugak, permohonan adik sepupu sis pun di tolak..Bila adik sepupu dah duduk kat KL, dia cuba mohon kat JKM KL..Masa interview pegawai JKM tu tanya kenapa permohonan yang kat daerah tutttt di tolak..Adik sepupu sis cakap jujur lah, orang sana beritahu sebab suami adik sepupu bekerja tetap (kerajaan)..Terus pegawai JKM di KL tu cakap, laahhhh tu suami yang bekerja..Ni permohonan atas nama adik sepupu..Lepas tu baru dapat info, yang kat JKM daerah tutttt itu diaorang biased..Diaorang pilih orang yang puak-puak dorang sajo..Sekiannn...
MOHON BANTUAN WARGA EMAS BAWAH JKM
Ni pun try je..Dapat ke idak, entah lah..Ada rezeki, ada lah..Tapi nak story masa hantar borang ni, ada dokumen tak lengkap sebab kalau tengok syarat dia untuk surat akuan sumpah bagi yang tiada pendapatan tetap, jadi sefaham sis tak perlu lah memandangkan penyata pencen abah ada disertakan sekali..Eh rupanya kena juga yea surat akuan sumpah tu..
Sebelum tu sis ada isi borang bantuan warga emas ni secara online dalam website JKM tapi bila dah lengkap isi, tak ada button hantar pun..Jadinya sis print out borang & isi manual..Lepas setel appointment dak kinah kat Hospital, kitaorang rushing ke sini..Udah lah appointment Kinah pukul 11pg baru selesai..Kelam kabut kitaorang ke JKM KL pulak..Sampai-sampai kat sini dah pukul 12..ambil no giliran..Tunggu dipanggil..K.fiezz explain ada isi borang online tapi tak boleh nak hantar sebab tak ada button send..Pegawai JKM tu beritahu memang kena isi manual..Lorrr abis yang dalam website tu, fungsi untuk apa?haihhh tak paham lah kerajaan ni..
Masa tu lah dapat tahu kena ada juga surat akuan sumpah walaupun penyata pencen abah disertakan..Nak juga surat akuan sumpah..Udah kena cari pulak pejabat pesuruhjaya sumpah..Pegawai JKM tu beritahu ada pejabat pesuruhjaya sumpah dekat dengan bangunan diaorang..Berkejar lah kejap ke situ..Setel, patah balik nak hantar tapi kena tunggu lepas lunch..Kitaorang lari pulak ke bank..Mr hubby suruh abah buat akaun Maybank, senang sikit kalau dapat duit bantuan ni..Sebab Maybank cepat..Sekali nak bukak akaun kat Maybank, kena tunggu giliran..Tapi proceed jugak..Kitaorang pi makan jap sebab staff Maybank beritahu dalam 2.30 ke atas baru datang balik..Kitaorang ni kat Maybank bawah je pejabat k.fiezz..So memandangkan kena datang balik lepas 2.30ptg, kitaorang ke MARA pulak pi makan..Dalam 2.30 pegi balik ke Maybank, rupanya kena tunggu lagi..Aihhh dah rasa nak giveup je..Tapi proceed jugak proses..Dekat 4.30ptg baru selesai..K.fiezz dah redha je kena hantar borang bantuan tu kat JKM esoknya sebab k.fiezz ingat kaunter JKM tutup 4.30ptg...
Masuk je dalam kereta, mr hubby cakap kaunter JKM tutup pukul 5ptg..Apa lagi laju-laju ke sana..Sampai-sampai je kat kaunter JKM, orang dah tak ramai..Sekali diaorang nak salinan surat nikah pulak..Memang tak ada lah ceritanya..So pegawai JKM tu suruh pi ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah tulis dalam surat yang sama buat sebelum tu, cuma tambah tiada sijil nikah sebab ada di kampung..Tapiii nak tulis ni kena depan-depan Pesuruhjaya Sumpah tu..patah balik ke situ, tulis depan dia kejap..Aihhh mencabar yea nak mintak bantuan kerajaan ni..Ngam-ngam pukul 5ptg baru berjaya submit borang bantuan warga emas kat kaunter JKM..Tapi tu lah salinan cop terima untuk simpanan kitaorang, entah tercicir kat mana..Aiyhhhh..Tapi sis amik gambar bawah ni masa tengah kelam kabut duk ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah..So ada tarikh kalau nak semak semula kat JKM..

Dannn status masih tak tahu samaada permohonan bantuan warga emas JKM untuk abah k.fiezz ni lulus ke idak..Kalau ada rezeki, ada lah..
Tapi kalau tak dapat yang ni, ingat nak try bawah baitulmal pulak..
Pssttt - Begitulah proses nak mohon bantuan kerajaan ni..Mencabar betul..Tu yang kadang orang malas nak mohon, banyak karenah..hmmm...Jumpa pegawai tu, cakap tak lengkap yang ni..Kita lengkapkan..Jumpa pegawai lain, ehhh tak cukup yang lain pulak..Kenapa tak standard ni?
JKM Daerah yang k.fiezz tak mention atas tu, malas lah sis nak sebutkan dekat mana..Tapi kalau tahu sis orang mana, boleh tau pejabat JKM daerah mana yang sis beritahu ni...

0 Comments