Resipi laksa simple dan sedap. Eh sedap ke.. Hehe.. Masuk bakul angkat sendiri, tau.. Haha.. Untuk k.fiezz sedap la homemade laksa ikut resipi mak k.fiezz ni .. Org lain, tak pasti la pula.. kalau nak tahu sedap ke tidak, cuba lah masak sendiri.  

resipi laksa simple,

Laksa ni k.fiezz buat masa sambut birthday mr hubby bulan lepas. Tak boleh nak keluar, pi makan-makan kat kedai memandangkan kita dalam tempoh PKP..Jadi kita masak la resipi laksa simple macam ni. Untuk k.fiezz simple la resipi ni sebab cara mak k.fiezz..Mungkin lain orang lain cara dia..

Lagipun memang favourite k.fiezz laksa ni..hehe..Bukan ikut selera birthday boy. Ikut selera yang tukang masaknya..hehe..Resipi laksa simple ni dari mak k.fiezz. Sebab laksa mak je yang k.fiezz boleh masuk kat tekak. Laksa beli atau makan kat kedai, k.fiezz memilih sikit sebabnya tulang dalam kuah laksa bersepah..Mencik makan kuah laksa bersepah dengan tulang..patah selera nak makan..Jadi k.fiezz memang choosy sangat kalau laksa luar..


Jom check it out resipi laksa simple ikut cara mak k.fiezz

RESIPI LAKSA SIMPLE by Mak K.Fiezz

Bahan-Bahan :

Laksa Kering / Basah (terpulang pada selera masing-masing) **laksa kering - rebus dahulu / laksa basah - celur sekejap dalam air panas
Ikan Sardin (k.fiezz guna 1/2 kilo) ** Rebus & kisar
Bawang Besar (2-3 biji) ** kisar
Cili Kisar (1-2 sudu) ** kisar
Asam Keping (1)
Daun Kesom
Air (2 cawan atau lebih) **terpulang nak kuah pekat atau cair
Garam
Gula 

Hiasan - 

Bawang (potong kecil)
Daun Salad
Timur
Telur (Rebus dahulu & belah 2 atau 4)
Cili Merah

Note - ni untuk 2 orang makan. Kalau masak untuk makan beramai-ramai, lebihkan lah kuantiti bahan-bahan.

Cara Masak - 
  • Rebus ikan. Jangan buang air rebusan. Gunakan untuk proses mengisar isi ikan & tulang ikan.
  • Asingkan isi ikan & tulang.
  • Kisar isi ikan dengan sedikit air rebusan untuk mudahkan proses mengisar, selepas itu masukkan dalam periuk & kisar tulang ikan pula, campur sikit air rebusan juga untuk mudahkan proses mengisar. Selepas itu tapis tulang ikan yang telah dikisar sebelum masukkan dalam periuk sebab style k.fiezz, tak suka masa hirup kuah laksa, ada gangguan tulang-tulang. Jadi k.fiezz tapis dulu tulang.
  • Kemudian masukkan bawang kisar, cili kisar dalam periuk. Diikuti dengan daun kesom, asam keping, garam, gula dan air. Kemudian baru nyalakan api.. Kacau sekata semua bahan & biarkan sampai mendidih. 
  • Sambil tu rasa lah ikut selera masing-masing, terkurang apa-apa, tambah lah apa yang terkurang tu.
Dan SIAP...

Hidangkan laksa bersama timun, daun salad, bawang, telur & cili merah...Walaaaa layannnn...


5 Comments

  1. ohh camni caranya sis, saya baru terjebak dan tergian dengan laksa ni. especially if isi ikan nya kaw, mabeles!

    ReplyDelete
  2. i usually had laksa masa raya je.

    ReplyDelete
  3. Ulala.. Sedapnya laksa😋

    ReplyDelete
  4. bestnyaa. Ina kna pantang laksa setahun ni. Adehhh, best lah tengok resipi kak fiez ni. Banyak ikan kuahnya.

    ReplyDelete
  5. lom pernah try lg buat laksa ni, tp kalau makan berkali2 😂😂😂

    ReplyDelete